
Sejarah Muhammad SallaLahu 'alaihi Wasallam menghidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang di kalangan keluarga dan sahabat; seorang manusia menyeru umat manusia ke jalan Allah secara lemah-lembut dan bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah; seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar; seorang suami yang halus pergaulannya; seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri; seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah, keluarga dan sahabat handai (RadiyaLlahu 'anhum ajma'in).
Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SallaLahu 'alaihi Wasallam ialah memahami semua sudut kemanusiaan.
Petikan dari ms 19 & 20, Fiqh Al-Sirah 1 karya Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti. Diterjemahkan oleh Ust Mohd Darus Sanawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan