Isnin, September 19, 2011

Belian buku September


Minggu lalu dengan dua kali membeli buku. Pertama dengan jualan gudang MPH di Petaling Jaya. Pertama kali tiba tiba disini. Rasa terharu dengan gudangnya yang besar dan susun atur yang kemas. berbeza dengan susunan di jualan gudang Dawama (dulu, sekarang tak ada lagi). Namun tak berkesempatan membelek satu-satu. Bukunya terlalu banyak. Duduknya diatas lantai. Jadi untuk mencangkung, membongkok dan berdiri, kemudian mencangkung, membongkok dan berdiri untuk melengkapkan pusingan gudang memang tak mampu. Boleh patah pinggang dibuatnya. Masa pun terhad. Apatah lagi 95% adalah buku berbahasa Inggeris. Pilihan saya sekarang terhad pada buku bahasa ibunda. Kalau saya beli pun, nanti duduk sahaja di rak. Ada buku yang telah menjadi prioriti hingga hujung tahun. Jadi, yang di dalam gambar itu sahajalah yang dapat saya beli. Termasuk Nota Kaki yang sangat menarik harganya. Dan Histroy of Iran yang jarang ditemui.

Kali kedua ialah ketika beraya di rumah penulis Nisah Haron, pemilik dan pengusaha Ujana Ilmu yang sangat gigih. Rumah penulis, mestilah banyak buku. Dan rak serta kamar Ujana Ilmu menjadi sasaran buku yang perlu dilengkapkan dalam koleksi. Paling menarik ialah Iga karya Zaen Kasturi. Kekasih Sam Po Bo pernah beli tetapi dijadikan hadiah kepada teman jauh. Jadi, pembelian adalah untuk menambah-nambah khazanah.

Cukup dua trip. Kena menyimpan untuk Big Bad Wolf pula awal bulan depan.


8 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

rajinnya beli buku tebal-tebal.. :-)

ASaL berkata...

kena habiskan cepat untuk wacana seterusnya :)

Wan A. Rafar berkata...

Ulat buku memang begitu, asyik dengan buku. Sayang saya tak berkesempatan ke jualan gudang MPH itu.

Norziati Mohd Rosman berkata...

Blog Kurus,
Tebal isi, tebal ilmu :-)

Norziati Mohd Rosman berkata...

As,
Setiap kali wacana, pasti pengsan. Wacana berat!

Norziati Mohd Rosman berkata...

Pak Wan,
InsyaAllah, kita ke BBW pula bulan Oktober nanti. Borong disana pula
http://www.bigbadwolfbooks.com/

ASaL berkata...

Dah 3 hari, masih berlegar2 tentang ta
ksonomi jiwa. Sangat menarik dan mengujakan. Tak boleh buat selalu, nanti kedai tutup lambat tunggu kita berwacana.

(menulis di samsung 10.1 testing kawan punya)

Norziati Mohd Rosman berkata...

As,
Kena cari yang buka 24 jam. Boleh bercakap sampai bercawan-cawan kopi.

Lepas ni boleh saya test 10.0 milik As :-)))

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...