Dalam usaha memuatnaik gambar-gambar dari memori telefon genggam dan kamera ke dalam beberapa laman FB yang saya selenggarakan, tiba-tiba telefon bergetar menandakan ada pesanan masuk. Diikuti dengan beberapa pesanan berikutnya yang berturut-turut masuk. Dia meminta pandangan terhadap kekeliruan yang dialaminya, kekeliruan yang boleh memberikan bencana pada masa depan jika tidak di atur dengan sebaiknya.
Mudah sahaja isunya, dia berkenalan dengan seorang lelaki yang tidak berada dalam jalur fikiran yang sama. Mereka sudah berbincang dan cuba mencari titik temu, supaya boleh meneruskan langkah selanjutnya memandangkan keluarga pun sudah bersetuju. Tetapi malangnya tiada kata sepakat setakat ini.
Saya diam seketika. Namun saya katakan kepadanya, jika tidak boleh membuat keputusan ini, bagaimanalah nanti mahu pimpin keluarga, dan kemudian memimpin ummah seperti yang dihasratkan? Jika tidak berkorban atas perbezaan yang ada sekarang, maka tiadalah kesefahaman. Bila berumahtangga nanti, masing-masing akan kekal dengan ego masing-masing. Akibatnya rumahtangga menjadi goncang, anak-anak menerima musibah, hidup menjadi gundah.
Beberapa peristiwa lain yang berlaku disekitar saya juga memperlihatkan perkara yang sama. Atas dasar ego dan mahu menjaga air muka, mereka senang melepaskan perkara yang baik dan menuruti kehendak hati. Biarlah, asalkan tidak malu, biarlah asalkan tidak jatuh ego, mereka berterus-terusan dengan hidup sebegitu. Mereka enggan menerima teguran, sukar berubah, tidak mahu dengar cakap. Kekal dengan jiwa yang keras dan kering dari nasihat.
Orang begini biasanya saya biarkan selepas berusaha menasihati. Biasanya mereka akan jatuh tersungkur dan kemudian barulah sedar apa yang perlu dilakukan. Tetapi mengapa kita perlu menunggu jatuh tersungkur sedangkan kita boleh mengelak dari jatuh dan tersungkur?
Jumaat, Julai 19, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan