Sejarah meskipun penting untuk kita menilai, ia juga patut dilupakan supaya tidak menjadi beban untuk meneruskan hidup di masa hadapan.
Begitulah yang saya fikirkan bila berhadapan dengan insan yang merasakan hidupnya sukar dan tidak putus-putus dengan dugaan. Tidak. Tidak ada hidup yang senang malah tidak ada pun hidup yang sukar. Seperti yang biasa kita dengan dari mulut para ustaz dan ustazah, semua yang telah ditetapkan untuk kita ada sebabnya, namun sedalam mana kita memahaminya adalah terletak pada diri sendiri. Dan kitalah yang menentukan jalan itu.
Saya pernah cerita bagaimana saya melupakan sesuatu kerana tidak mahu mengingatkannya. Sejarah yang lepas perlu saya tinggalkan supaya ia tidak menjadi beban ke masa hadapan. Perkara yang pahit mahu dilupakan supaya tidak selalu dikenang-kenang. Perkara yang manis perlud ilupakan supaya tidak menjadikan diri terbuai-buai oleh kegembiraan dan kejayaan, sedangkan sekarang kita ini entah apa yang ada di tangan. Mengenang-ngenang perkara lepas tidak membawa kita ke mana. Sebaliknya kita belajar dan memperbaiki diri dengan segala yang ada supaya dapat mempersembahkan sesuatu yang baik untuk kehidupan.
Seorang kawan selalu bercerita tentang apa yang dibuatnya di alma mater. Segala jawatan yang dipegang, aktiviti yang disertai, VIP yang ditemui dan ahli politik yang didampingi. Namun melihatkan apa yang dia ada ketika itu, orang tidak akan percaya dengan apa yang dikatanya. Dia tidak ada apa-apa, ligat ke sana ke mari dengan hanya berkata-kata. Jadi sama ada yang dikisahkan itu sekadar kata-kata atau sebuah kebenaran, sukarlah orang mempercayai. Perkara lepas yang penuh kegemilangan seperti satu beban untuknya ke hadapan, kerana dia melihat silau gemilang di masa lalu dan mengharapkan hidupnya akan datang juga disinari dengan lampu-lampu yang indah dan gemerlap seperti itu. Sekadar berharap dan mengenang-ngenang. Tenggelam dalam kegembiraan dan nostalgia yang telah menghilang.
Jalan hidup kita berbeza-benza. Tidaklah bermakna kita ini hidup tanpa ada apa-apa. Orang yang lahir dengan silver spoon, erti hidupnya ialah pada memberi. Orang yang tidaklahir dengan silver spoon, menerima tidaklah bermakna rugi. Ada pelbagai cara untuk memberi, ada banyak cara untuk menerima.
Semua orang ada pengalaman pahit dan manis. Tetapi pengalaman itu tidak akan menjadikan kita apa-apa jika kita sekadar bernostalgia. Sekarang adalah masa untuk kita menggunakan pengalaman itu bagi memecut laju ke hadapan. Siapa kita pada masa dahulu tidak ada apa maknanya sekarang. Ia cuma masa lalu.
Sekarang adalah apa yang kita ada. Kita adalah apa yang kita ada sekarang.
Rabu, Julai 03, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
1 ulasan:
"Jalan hidup kita berbeza-beza. Tidaklah bermakna kita ini hidup tanpa ada apa-apa. Orang yang lahir dengan silver spoon, erti hidupnya ialah pada memberi. Orang yang tidaklahir dengan silver spoon, menerima tidaklah bermakna rugi. Ada pelbagai cara untuk memberi, ada banyak cara untuk menerima."
Super like!
Catat Ulasan