Semalam
ada dua orang berkongsi pandangan akan seminar yang sama. Kedua-duanya
dari sisi bertentangan. Satu menyokong satu menentang. Kalau tak cukup
ilmu, boleh hanyut jika ditarik jauh ke dalam. Mungkin juga lemas. Zaman
serba keliru ini, perdalamkan ilmu dahulu sebelum memutuskan untuk
menyokong yang mana. Sebelum ini aku cenderung ke pihak yang lain.
Setelah membaca dan mengkaji, dibetulkan pandangan dan meneliti, ada
kesilapan dari apa yang aku fahami. Pandangan itu pun tidaklah seratus
peratus betul, kita masih boleh menerima jika ada yang salah. Yang silap
ialah kita terasa terlalu maksum untuk menerima salah. Berlapang
dadalah jika ditegur, bersedialah belajar jika salah, terimalah ilmu
jika ia benar. Banyak hikmahnya jika kita mahu belajar dengan betul.
Berkenaan gambar, dalam banyak pandangan Merah Silu, aku rasa ini boleh
diterima
Tiada ulasan:
Catat Ulasan