32/2015.
Bagaimana Abuya Ashaari Mohammad membangunkan pergerakan Arqam dan
mendoktrinkan pengikutnya sentiasa menarik perhatian ku. Khususnya dalam
membangunkan perniagaan dan ekonomi, daya usaha Arqam tidak terbanding
dengan apa yang kita ada sekarang. Usahkan kicap dan sos, mee dan
beehon, sekolah Islam pun ada. Mereka juga punya upaya dalam mengasilkan
lagu Islami lama sebelum nasyid pop dan lagu dakwah memenuhi selera
pendengar. Juga kejuruteraan rakaman audio dan video yang hebat. Bas dua
tingkat pun dah ada ketika kita masih naik bas berhenti-henti. Kalau
tidak, tidaklah kita terhegeh-hegeh nak memboikot produk tapi tiada
produk pengganti kerana yang buatnya bukan dari tangan Muslimin. Mereka
sudah melabuhkan serban ke seberang. Banyak negara sudah dijelajahi.
Banyak hati tertawan. Banyak insan terkesan. Tetapi akhirnya tersungkur
oleh selera dunia. Sungai Penchala kini tinggal nama setelah disodok MK
Holdings dan Penchala Link. Yang baik kita ambil, yang buruk kita
ketepikan
Sabtu, April 18, 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Alhamdulillah, berita yang sedap untuk di dengar di penghujung Ramadhan. Akhirnya, penantian lebih setahun Tee Hui Yi, 14, berakhir semalam...
-
Saya tahu, sesiapa yang meyinggahi blog ini tertanya mengapa saya tidak mengemaskini atau menghantar entri terbaru. Bukan sekadar pengunjung...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan