Aku
sedaya upaya tidak akan meninggalkan kelas walau macam mana keadaan
sekali pun. Semester lepas, aku tinggalkan satu kelas Aqidah kerana dah
berjaga dari jam 11 malam dan langsung tak tidur-tidur. Kerja gila yang
aku buat hari ini ialah keluar rumah jam 7.10, sampai pejabat 7.30.
Kemas dewan dan susun kerusi kemudian memecut ke kelas, tiba 8.44.
Sempatlah menarik nafas. Aku minta izin keluar jam 11 supaya dapat
berkejar ke pejabat untuk acara yang melibatkan tetamu luar. Tiba jam
11.55 dan dapat mendengar ceramah Ahmad Keelar yang membuka mata. Cuma
aku tak boleh nak fokus kerana terlalu lapar sedangkan aku sejenis
manusia yang ambil heavy breakfast. Duh, dengan jadual padat begini,
manakan smepat makan? Kemudian buat kerja hinggalah makam, tiba di rumah
jam 10.30. Ketika itu barulah aku terasa penat, kaki bergegar dan mata
bertukar merah biji saga.
### Dalam kelas Qur'an and Hadith tadi,
perbincangan adalah tertumpu kepada isu kontemporari dalam kajian
Qur'an. Kelas Dr Syam paling aku seronok ikuti kerana beliau sangat
teliti sehinggakan setiap perkataan yang kita gunakan ditegurnya. Beliau
membantu aku menyusun fakta yang bersepah dalam kepala, mengajak
memandang dari pelbagai arah, membetulkan sudut pandang yang
terpisah-pisah, mengatur idea dan maklumat dengan baik, menyusun
kronologi maklumat dengan kemas supaya dapat menyediakan hujah yang
tidak mampu dibalas pihak lawan. Beliau mengajakku memilih perkataan
paling tepat bila menulis dan menyedarkanku hakikat maksud setiap
perkataan yang kita gunakan. Oleh itu modernis, sekularis, liberalis,
feminis, literalis walaupun datang dari acuan yang sama tetapi
menghasilkan bentuk yang berbeza. Sayang sekali tak dapat bersama satu
jam lagi kerana beliau akan bagi beberapa lagi poin penting sebagai
peluru tambahan menentang puak-puak yang tak faham atau pura-pura tak
faham agama
## Dan, tujuan ku di sini ialah menimba sedalam-dalamnya
ilmu, bukan sekadar menyiapkan tesis. Masih jelas misi mereka - kami
mahu melahirkan scholar, bukannya graduan. Apakah kau faham???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan