Jumaat, Julai 25, 2008

Teladan

Sudah lama saya tidak mengemaskini blog saya yang lagi satu ini. Usahkan kemaskini, buka pun tidak. Sama seperti dengan dua blog yang lain. Kali terakhir tarikh yang tertera ialah Disember 2006. Lama. Masuk Disember ini, hampir dua tahun.

Pada permulaan entri, saya tuliskan satu entri khusus seperti berikut:
Salam untuk semua.

Blog ini saya buat khusus untuk mereka yang gemar membaca cerita-cerita pendek (atau kadangkala menjadi panjang) tentang kisah para Nabi, sahabat, alim ulama, abid dan sebagainya sebagai renungan dan teladan buat kita semua.

Kisah yang saya paparkan disini saya ambil dari pelbagai sumber. Ada yang saya ambil dari laman web yang telah saya SAHKAN kebenarannya melalui sumber yang BOLEH dipercayai. Ada yang saya ambil daripada bacaan - sama ada melalui buku, suratkhabar mahupun artikel yang telah lama saya simpan sebagai khazanah yang berkotak-kotak dirumah sewa dan dikampung.

Perlu diingatkan bahawa saya cuba sedaya upaya memastikan setiap kisah yang tersiar adalah benar dan sahih, atau dengan kata lain bukan sekadar cerita yang disampaikan, tetapi ia berdasarkan kepada sumber yang diakui kebenarannya.

Saya amat mengalu-alukan sebarang komen mahupun kritikan bagi menjadikan blog ini lebih menarik. Jika ada cerita yang didapati tidak benar, segeralah beritahu saya agar segera juga saya edit atau delete, atau apa-apa juga tindakan yang perlu.

Saya boleh dihubungi di norziati@gmail.com atau SMS di 019-6357148.

Sekian, dan semoga blog ini memberikan teladan untuk semua.

Mewujudkan blog ini bukan mudah. Saya mengambil masa yang lama mencari, membaca, menyunting dengan bahasa yang mudah, membuat rujuk silang dengan mencari bahan-bahan yang berkaitan kerana dikhuatiri sumbernya tidak sah. Saya memang amat berhat-hati akan hal ini. Berhati-hati. Terlalu berhati-hati. Apa yang ada difikiran saya ialah 'persoalan orang lain tentang status saya untuk menghidangkan cerita seperti ini'. (Ingat ya, orang kita amat berkira dengan status kau-siapa- aku-siapa)

Blog Teladan in asalnya saya bina dengan dua tujuan. Pertama ialah untuk diri sendiri, supaya mudah membaca tanpa perlu mencari buku. Dan tujuan kedualah yang menyemarakkan lagi SUATU hasrat. Dan apabila hasrat itu saya lengah-lengahkan, maka blog ini terbiar. Tidak terjaga. Segala komen tidak berbalas, tidak bertukar wajahnya dan settingnya tetap begitu.

Sejak sebulan yang lalu, saya banyak menerima e-mel bertanyakan mengenai laman blog ini. Hairan juga. Tetapi bila difikirkan mengapa, mungkin kerana kita menghampiri Ramadhan. Mungkin. Dari e-mel yang saya terima, ada yang meminta izin mencetak bahan cerita, ada yang menyatakan gembira dengan wujudnya laman yang menghimpunkan cerita teladan. Tetapi ramai yang menegur frasa akhir yang saya letakkan di akhir setiap cerita. Ramai yang tidak setuju. Ramai yang memberikan rasional dan menegur dengan alasan yang amat saya senangi. Kebanyakan darinya meminta saya untuk membuang frasa tersebut, yang menimbulkan perasaan kurang senang.

Saya tahu frasa tersebut tidak begitu disenangi. Apa yang boleh saya lakukan disini, saya perlu bertanya dan merujuk kepada yang pakar. Bukanlah niat saya untuk menjadikan entri tersebut milik mutlak saya. Masih boleh berkongsi, masih boleh di baca, masih boleh diambil, dicetak dan disebarkan. Saya tahu ini adalah antara usaha yang Allah kurniakan kepada saya untuk berkongsi ilmu, menyebarkan ilmunya di muka bumi dan menegakkan agama-Nya. Inilah juga doa saya kepada-Nya, dan saya harap saya tidak tersasar dari matlamat nan satu ini. Frasa tersebut memang nampak menganggu, tetapi bukan itu niat saya sebenarnya. Saya berharap agar tidaklah menjadi masalah kepada semua untuk mengambil apa-apa sahaja dari dalam blog ini tanpa sebarang perasaan prejudis atau prasangka. Saya izinkan sepenuh hati.

Semoga semua memaklumi niat saya.

(Apabila saya lihat kembali blog ini, saya perlu betulkan kembali niat dihati. Janganlah kerana terpaksa, janganlah dengan niat yang salah. Saya akan hidupkan kembali dengan entri yang terbaharu)







3 ulasan:

iSunik berkata...

Laman blog anda menarik perhatian saya. Akan saya siarkan di Google Gadget saya.

Google Gadget boleh ditempatkan di laman blog dan dibaca oleh pelayar internet (hanya ringkasan cerita). Pembaca perlu kelaman asal untuk membaca cerita penuh.

Anda juga boleh melihat tulisan anda disiarkan dengan menempatkan Kod Gadget di blog ini.

Maklumat lanjut di blog saya di
Sesiar B3Lima.

Semoga anda terus menulis

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat anda memang gemar membaca dan berkongsi dengan menulis. bagi saya, frasa akhir dalam blog kisah seribu teladan adalah kerana rasa tanggungjawab terhadap penulisan dan juga terhadap sumber. semoga saudari diberi kesempatan dan kekuatan untu kemaskini blog tersebut. semoga memberi manfaat.

Norziati Mohd Rosman berkata...

isunik,
Terima kasih
:-)

wmazmi,
Dugaan menulis bukannya sedikit. Saya sudah dapat maklumbalas akan hal ini. Terpulanglah kepada diri sendiri untuk menilai. Terima kasih di atas saranan dan doa sdr

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...