Rabu, Oktober 07, 2009

Timbang


Dalam ruang kerja di pejabat, saya letakkan alat penimbang. Ia menjadi tempat dimana teman sepejabat berpusu masuk menimbang berat badan mereka, melihat betapa banyaknya lemak yang telah terkumpul lalu bercita-cita mahu menguruskan badan.

Ada yang  lebih pandai membuat pertandingan untuk menurunkan berat badan. Dalam masa sebulan, dicatatkan berat asal dan di lihat kembali berat selepas sebulan. Siapa yang turun paling sedikit akan didenda belanja makan tengahari di McD bertentangan pejabat.

Itu satu usaha kecil bagi memotivasikan diri supaya menjaga berat badan. Apatah lagi selepas tamat sebulan berpuasa, bagi yang gembira kerana berat telah turun nampaknya tidak berpuas hati bila berat badan mereka naik lagi selepas raya. Alat penimbang itu juga menjadi mangsa kemarahan dan kutukan. Jarum yang berpusing jarang di puji betul.


Itu penimbang berat badan. Kita boleh nampak berapa berat semasa, boleh menilai turun naik berat, boleh merancang untuk membanyak atau mengurangkan makan, boleh memilih untuk kekal atau berubah. Kita boleh ubah mengikut kemampuan. Kita boleh pilih untuk menjadi kurus atau gemuk. Kita boleh rekodkan prestasi dan bandingkan dengan catatan sebelum.

Itu timbangan berat badan yang boleh kita lihat dan direkodkan. Bagaimana pula dnegan timbangan amalam kita?Apakah mizan nanti memberat ke kanan atau kekiri?



3 ulasan:

elmaaniq berkata...

tu la. apa alat untuk muhasabah diri? melainkan kita sendiri yang menilainya

Khairulhak H. berkata...

Menarik juga idea ini. Letak satu penimbang di tempat umum, percuma tanpa bayaran. Kemudian letak satu notis, 'Berat badan boleh diukur, tetapi berapa berat amalan anda hari ini?'

Ha, kurang-kurang berfikir juga barang sedikit orang yang mahu menimbang itu.

Norziati Mohd Rosman berkata...

Elmaaniq, kena buat muhasabah setiap hari sebelum tidur.

Khairulhak H, ada sesiapa berani mencuba. Nak letak shopping complex kalau boleh

:-)

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...