Selasa, Oktober 06, 2009

Warkah berusia sembilan tahun


Assalamualaikum.

Before I start to comment on you, I would like to tell something which is interesting. But, let me use Malay for easy understanding in order to avoid any miscommunication.

Meminta orang lain memberi komen terhadap kita merupakan satu cara muhasabah yang berkesan untuk mengesan kelemahan diri. Dalam hal pembelajaran seperti saya dan kawan-kawan yang lain alami, masalah utama yang dihadapi ialah bukan terhadap lecturer atau subjek yang diambil tetapi masalah yang datang dari diri pelajar itu sendiri.

Bukanlah saya mahu menyalah sesiapa dalam hal ini tetapi sekurang-kurangnya ada orang yang mampu untuk mendengar apa yang telah saya fikirkan sejak kebelakangan ini.

Masalah diri pelajar itu berpunca dari sistem pendidikan disekolah. Pengenalan KBSR dan BSM tidak banyak membantu pelajar menggunakan kemampuan yang ada pada diri mereka sendiri. Keupayaan berfikir terlalu lemah, selalu mengharapkan bantuan orang lain (terutama guru dan kawan-kawan), tiada inisiatif memajukan diri serta kurang motivasi. Disekolah, pelajar diajar dan diberikan input-input oleh guru secara terus (direct) tanpa meminta mereka fikir sebab, akibat dan kesan serta menganalisa sesuatu perkara tentang natijah dari sesuatu kejadian. Semua ini menjadikan pelajar sebagai ‘tong sampah’ mampu mengisi tetapi tiada hasil dari apa yang dipelajari.

Terlalu mengharapkan kepada orang lain merupakan salah satu faktor penting. Mereka kurang meminta bantuan tetapi sekadar mengharapka bantuan hingga menyebabkan mereka tiada inisiatif untuk memajukan diri sendiri. Tidak hairanlah jika kia perhatikan para pelajar dikatakan belajar untuk lulus periksa, belajar kerana peperiksaan tetapi hasilnya, tiada.

Saya anggap diri saya dan rakan-rakan yang lahir pada tahun 1978 adalah generasi percubaan kerana kami adalah mangsa kepada sistem pengenalan KBSR (melalui UPSR tahun 1990, pertama kali menggunakan KBSR dengan empat matapelajaran), kepada sistem pengenalan KBSM (PMR pertama  kali pada 1993 dan SPM KBSM pertama pada 1995). Melaiui peperiksan-peperiksaan ini, generasi ‘eksperimen’ ini dikatakan lulus cemerlang melalui percubaan-percubaan yang dilakukan terhadap sistem pembelajaran. Hasil yang memuaskan bagi mereka merupakan suatu tekanan bagi kami. Tiada siapa yang sudi mendengar isi hati pelajar. Mereka melakukan ujian terhadap kami, tapi keputusan  / apa yang berlaku ke atas kami tidak diambil peduli.

Akibatnya, PMR yang rendah standardnya tidak menjamin apa-apa bagi pelajar yang mahu berhenti. Lihat sahaja apa yang ada didalamnya (bukan stakat PMR tetapi SPM dan UPSR). Tiada soalan yang boleh memaksa pelajar untuk berfikir. Semua adalah direct berdasarkan kepada text, malahan disertai juga dengan pilihan objektif. Memanglah ketika belajar kita mahukan kesenangan, tetapi apabila kita berada ditahap yang tinggi seperti saya sekarang ini, barulah saya mengerti betapa ‘teruknya’ sistem pembelajaran seperti itu.

Akibatnya, seperti yang Dr dapat lihat sekarang ini. Bagi saya, cara pengajaran Dr tiada salah, tiada cacat celanya. Kerana bagi saya itu adalah standard pengajian di university yang memerlukan pelajar berfikir serta membuat sendiri kajian dan kerja-kerja rumah tambahan jika mereka mahukan gred / pangkat yang terbaik.

Saya tidak pernah berada dalam kelas Dr sebelum ini tetapi saya banyak mendengar tentang Dr melalui kawan-kawan. Ada yang mengatakan Dr ini terlalu ‘strict’, subjek yang susah, terlalu theoretical dan soalan-soalan yang memerlukan pelajar berfikir. Saya mendengar dan menilai apa yang mereka perkatakan dan berharap suatu hari nanti saya mahu berada dibawah pengajaran Dr dan menilai sendiri. Apa yang saya dapati seperti yang saya katakan tadi, ini bukan masalah student, bukan masalah lecturer tetapi learning system dinegara kita yang tidak menggalakkan pelajar befikir (mungkin kesalahan besar bagi pelajar yang tidak mahu / malas berfikir). Saya mengambil beberapa subjek dengan lecturer yang ‘diblacklistkan’ oleh pelajar  seperti Dr Muhammad Anwar dan Mr Zakariya Man (yang mana mereka menyampaikan input untuk berfikir, seperti Dr) dan hasilnya result saya tidaklah terlalu mengecewakan malah sama seperti subjek-subjek melalui lecturer yang’digemari’ ramai.

Dari itu saya berfikir sejenak. Apakah kesalahan itu harus ditanggung oleh lecturer terbabit atau pelajar. Pada saya, tiada masalah dalam apa yang Dr lakukan kerana itu adalah cara Dr (setiap orang ada cara sendiri).  Pelajar harus meletakkan kesalahan dibahu mereka sendiri kerana mereka ini kebanyakkannya malas berusaha, kurang berfikir, tiada inisiatif untuk memajukan diri serta terlalu mengharap kepada orang lain (masalah yang sama ketika disekolah). In kerana saya pasti Dr bukanlah jenis yang suka melihat studentnya fail kerana melalui Mid-Term Dr yang lalu, soalan-saoalnnya memeranjatkan saya (jauh dari apa yang saya sangkakan). Itu pun masih ada yang tidak mampu berbuat dengan baik. Jadi, jika Dr buat soalan objektif, isi tempat kosong atau T/F sekalipun, tanpa usaha dari pelajar, mereka akan gagal juga.

Satu lagi contoh yang ingin saya bawa. Ketika di semester 1, saya mengambil subjek Management dengan Ms Azura Omar (tiada sekarang ini). Pada saya beliau adalah perfect lecturer (pendapat ini disokong oleh beberapa orang rakan).  Beliau sentiasa memberikan kuiz-kuiz untuk menilai prestasi pelajar-pelajar. Tetapi hasilnya mengecewakan beliau. Saya lihat beliau adalah seorang lecturer yang bermotivasi tinggi dan sentiasa cuba untukmemajukan /  meningkatkan prestasi anak didiknya.  Setiap kuiz merupakan kekecewaan bagi beliau, walaupun telah diberitahu akan tarikh kuiz, tetapi masih ada yang tidak dapat buat dengan berkesan. Kerajinan beliau ini membuatkan saya terharu dengan usaha-usaha yang beliau lakukan tetapi tidak dibalas setimpalnya  melalui result yang baik. Kesimpulannya disini, walau sebagus mana lecturer, tetapi jika pelajar masih tidak mahu berubah, tiada makna. Yang penting, sikap pelajar itu sendiri.

Seperti Dr, setiap kali kuiz, Dr akan mentioned dalam kelas. Tetapi mengapa masih ada yang tidak berjaya buat dengan baik (seperti saya)? Masalah-masalah yang saya utarakan diatas bukanlah bertujuan untuk menambah bebanan Dr tetapi sekadar menyampaikan situasi sebenar yang berlaku dikalangan pelajar dinegara kita. Secara keseluruhannya, boleh saya simpulkan kepada dua:
1.       Sistem pembelajaran yang tidak memaksa pelajar berfikir
2.       Pelajar malas dan kurang motivasi diri untuk memajukan diri

Masalah pertama begitu menghantui saya. Saya masih lagi terbawa-bawa dengan sistem disekolah sehinggakan memberi kesan terhadap keputusan exam. Saya mengambil masa empat tahun (2 tahun matric, 2 tahun disini) untu melakukan perubahan pada diri dengan lebih banyak berfikir dan berusaha. Mungkin usaha ini tidak seberapa kerana apa yang penting saya tidak mahu result saya cantik hanya kerana saya menghafal dengan intention untuk lulus periksa. Biarlah result saya buruk tetapi saya boleh apply dalam dunia sebenar dan ilmu itu berkekalan dalam kepala saya.

Jadi kesimpulannya, dapat saya kira Dr dapat mengambil apa yang tersirat dari apa yang cuba saya sampaikan. Ini adalah luahan hati dari mangsa kesilapan sistem pembelajaran disekolah. Pada saya, cara pengajaran Dr seperti sekarang ini tiada salahnya dan ‘boleh’ dikekalkan jika Dr mahu. Saya tahu, Dr sudah berusaha sehabis baik untuk bantu kami tapi jik kami tak bantu diri sendiri, tiada inisiatif untuk berusaha, keputusannya akan tetap sama. Jadi, terpulanglah kepada Dr sama ada cara Dr Itu betul atau tidak.

Saya minta maaf jika apa yang saya sampaikan sekadar membuang masa Dr.  Jika ia tidak memberi kesan, biarlah ia berlalu seperti biasa. Tetapi jika Dr merasakan ada sesuatu yang tak kena pada sistem pembelajaran di negara kita, fikirkanlah. Untuk melakukan sesuatu terlalu sukar jika diperhatikan dengan keadaan kerajan kita sekarang.

Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri.

Andai Dr ingin berhubung dengan saya, saya akan e-mel Dr dalam masa terdekat.


Benar, sudah sembilan tahun dalam simpanan. Dengan bahasa yang kurang cermat dan ayat yang kurang menarik, apa yang terkandung dalam kepala tercurah sudah. Apa hasilnya?


4 ulasan:

Nowwa berkata...

Zeti,kau antar kat sapa ni?
Erkkk..aku dapat A dengan Anwar yang orang kata killer tu.Ok jeakkkk...dan aku mmg tak score pun dgn lecturer yang sumer orang cakap boleh senang dapat A...hahhaha..
Mmmm...memang betul apa yang kau cakap kita mangsa eksperimen.
Aku mahu komen lagi lanjut,tapi ruang maya ni selalu membataskan idea aku untuk berkata panjang.
Cukup aku tahu apa yang aku buat,aplikasi ilmu yang aku ada,bukan bekerja untuk sama macam orang lain,tapi lebih mencari self satisfaction,freedom & redha Allah, suami & keluarga...insya Allah doakan aku berjaya dengan jalan yang aku pilih walaupun sukar untuk buktikan orang tak keje gomen ni pun boleh BERJAYA gak..hihih..

Norziati Mohd Rosman berkata...

InsyaAllah, kerja sendiri, makan sendiri lagi senang. Tak pening dengan orang, dengan majikan, dengan workload, dengan beban tugas. Tapi cabarannya tetap sama. Disiplin menjadi pennetu. Kalau nak rezeki lebih, usaha lebih, bukan?

Dr ni Dept Econs. Rasanya tak perlu mentioned nama kot. Aku kesian pada dia sebab tengok dia frust mengajar kami (kelas campur senior), guna sistem, pening sikit. At last dia minta kami buat surat hantar pada dia, komen tentang dia, tentang subjek. Jangan tulis nama, dan tulislah apa yang tak puas hati. Manalah tahu student tak suka pada dia dan dan tak boleh terima cara dia mengajar. Tapi kesian, sampai macam tu sekali - mahukan student berjaya, dia ketepikan egonya snediri

z'kea m.s berkata...

Zeti, itu 9 tahun dulu... stdnt zaman tu jauh beza dgn zaman sekarang. At least kita respect diaorg wpun kita tak sepandai mana.

Aku dalam akademik line ni..selalu rasa kecewa. Sekarang jangankan kemahiran berfikir, menjawab soalan pun kami kena tunjuk satu-persatu. Aku baru lepas jaga exam tadi..sampai nak ikat kertas jawapan pun ko kena tunjuk. fenin..fenin...Itu belum lagi kes tak hormat lecturer, dlm kelas bersembang, makan, keluar-masuk ikut suka hati, yg dtg kelas time ko nk collect attendance pun ada.
Minta-mintala... diaorang ni diberi hidayah dan petunjuk...

Norziati Mohd Rosman berkata...

Zkea, sekejap sahaja masa berubah. DUlu kita belajar, sekarang mengajar. Cabaran berbeza, zaman mengubah itu semua. Janganlah kita ditakuk lama

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...