Saya sedang membaca Tunggul-Tunggul Gerigis. Babak awal berkisar kepada Su Usul. Bunga. Poseng. Goh. Bedul. Medang. Jangan tertipu dengan nama sesetengah watak. Ada nama manusia. Ada nama haiwan. Kita dipaksa menggambarkan perwatakan itu adalah watak siapa. Kita didera dengan perasaan Su Usul yang tua renta. Mungkin pikun. Mungkin nyanyuk.
Begitulah cara SN Shahnon melukiskan ceritanya. Ketika membaca Beruk karya Azizi Hj Abdullah beberapa minggu sebelum ini, saya bercerita pada kawan yang saya tidak berpuas hati dengan penceritaan novel tersebut yang seperti 'cerita tidak habis'. Tidak puas. Tidak seronok. Lama saya mencari sebab. Akhirnya saya mengerti yang gaya penceritaan SN Shahnon sudah melekat dalam diri. Teknik berulang-ulang dengan perincian yang sangat meletihkan kita, apatah lagi gambaran alamnya terlalu teliti dan halus. Terlalu. Hingga kadang-kadang membicarakan alam bagi menggambarkan suasana kampung sahaja sudah memakan dua tiga bab. Kita didera. Kita terdera.
Tetapi itulah kekuatan SN Shahnon. Gayanya itu memperkukuhkan penceritaan dan gambaran yang akhirnya menyedarkan kita bahawa perincian, ketelitian dan kehalusan itu amat diperlukan bagi memahamkan pembaca apa yang ingin disampaikan seterusnya. Sehingga meniti ke muka terakhir, kita akhirnya faham, perasaan terdera dan didera itu adalah kepuasan tahap tertinggi bagi melunaskan pembacaan terhadap karya SN Shahnon.
Gambar ini dari adalah koleksi peribadi. Saya benarkan untuk sesiapa sahaja gunakan. Tiada hak cipta. Malah saya suka dengan kulitnya yang buruk dan lusuh. Buku ini baru saya miliki, dan ia bukan baru dari segi rupa dan gaya. Harga yang saya bayar untuk buku buruk ini pun sangat murah. Namun itulah saya suka. Edisi asal yang langka. Kalau orang lain mahu buang, saya sudi mengutipnya.
Selasa, September 27, 2011
Isnin, September 26, 2011
Sepotong kisah waktu hujan
Hujan turun sebaik sahaja rumet saya menyalakan Astro yang baru sahaja saya tutup. Dia dari tadi berkurung di bilik sebaik sahaja masuk Isyak. Agaknya dia teringatkan rancangan kegemarannya. Dan dia merungut sebaik sahaja Astro menayangkan warna hitam pada skrin dengan tulisan-tulisan yang antara lain bermaksud siaran terganggu akibat hujan.
Saya mendengar guruh dan bangun memeriksa tingkap pada kamar buku. Bukan sekali dua buku bermandi hujan kerana tingkap terbuka luas. Hujan akhir-akhir ini turun sebelah petang, sebelum saya tiba ke rumah, menyebabkan saya gagal menyelamatkan buku. Mujur sahaja ia buku nota dan catatan tangan. Sejak itu saya belajar sesuatu - rapatkan tingkap sebelum keluar. Atau pun letak barang tidak berharga berhampiran cermin. Pasport atau buku cek, bukanlah benda yang bagus untuk di pamerkan pada tingkap. Meskipun rumah ditingkat dua dan tiada kemungkinan berlakunya adengan pecah masuk.
Rumet saya menekan punat Astro meskipun tiada apa yang boleh di tonton. Di bangun dan mencari wayar yang menyambungkan ariel - yang kami guna sebelum melanggan Astro tiga bulan yang lalu. Dia cuba memasang siaran biasa tanpa bantuan ceper Astro yang kesejukan. Lantas saya teringat kutukan pelanggan Astro - apa guna ada satelit serba canggih, dekoder hebat, pakej serba sempurna dan pemancar yang bagus tetapi sebaik sahaja hujan turun, langsung tak boleh tengok tv. Bayaran tetap sama.
Maka saya pun bertanya pada diri sendiri - adilkah untuk saya bayar sewa bulanan kalau saya tak menonton siaran yang dilanggan? Tiga angka sebulan bukan sebarangan duit. Soalan itu adalah untuk rumet saya. Cuma tanya dalam hati. Kerana saya rumet yang baik dan tak banyak kerenah. Maka saya gasak tonton EPL biarpun awal pagi. Dah bayar, rugi tak tengok.
Saya teringat pula pada emak. Masa kecil dahulu, pantang hujan turun, emak dah bising suruh tutup tv. Itu belum lagi kilat dan guruh berdentum. Tak berbaloi katanya nanti bila tv di sambar petir. Nak tengok tv bukan sehari dua. Tapi selama-lamanya. Jaga tv elok-elok. Bila rosak nanti nak membetulkannya satu masalah. Mana nak cari duit repair tv. Nak cari duit untuk makan pakai. Tv yang dibeli itu pun, bukannya sehari dua menyimpan. Kena main kutu dulu baru dapat tv. Dan bebel emak pun makin panjang. Maka kami selaku anak yang baik segera tutup tv dan berbaring-baring dalam gelap sampai terlelap meskipun adik dah melalak nak tonton tv.
Siaran biasa tanpa bantuan Astro pun keluar di kaca tv. Di luar, petir sesekali menyambar. Saya yang sedang menyunting manuskrip, segera melarikan laptop ke dalam kamar buku. Tidak mahu jadi saksi tv di sambar petir meskipun tv itu saya yang beli. Saya singgah ke dapur sebentar sambil mengacau Nescafe decaffanate yang tidak pekat lalu membawanya ke kamar. Perut pula berbunyi minta diisi meskipun petang tadi sudah melunaskan hak tekak. Saya terpandangkan roti di atas meja dan jem dalam peti sejuk.
Hujan yang tadi lebat kian halus rintiknya. Petir pun tidak lagi berbunyi. Hanya guruh kedengaran sayup-sayup dari jauh. Saya menukar mood dengan mengambil buku yang sudah lama saya inginkan. Baharu sahaja dibeli minggu lalu. Ada kaitan yang akrab dengan kerja-kerja yang sedang saya lunaskan.
Sambil menghirup nescafe yang kurang pekat, saya dengar bunyi tv kian rancak. Astro sudah pulih. Selamatlah tv saya dari disambar petir.

Khamis, September 22, 2011
Membariskan aksara
Comfort zone, zon nan selesa pada fikiran saya adalah zon bahaya.
Sehari dua ini saya sedar, bahawa saya hanya boleh menulis dengan lancar dan nikmat apabila jiwa merasa gelisah, kacau, risau, keliru, kecewa, takut, gagal, hampa.
Saya merenung hari-hari semalam yang penuh kecewa, dan saat itulah ilham berpusu-pusu mengetuk pintu kreativiti hingga tidur pun seperti satu kerugian. Saya baca kembali puisi yang diluahkan dan cerpen yang sempat di tulis. Semua mengundang senyum. Mungkin kerana semua berbau emosi. Tetapi itulah titik produktiviti yang sangat mahal buat diri. Saat dimana ia tidak bisa berulang lagi.
SN Usman Awang dalam zaman gelisah dan kecewa dekad 60-an dan 70-an di saat kemuncak mogok Utusan dan protes pelajar berjaya menghasilkan pelbagai puisi bernada santun tetapi sinis. Caranya menegur sangat beralas dan penuh sopan. Tetapi bait katanya sangat pedas dan tajam. Puisi beliau dalam buku Ini Saya Punya Kerja dan Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang hampir lusuh saya selak dari satu halaman ke satu halaman kerana takjub dengan pilihan diksi beliau yang pelbagai tetapi tuntas. Beliau polos menegur. Malah tidak gentar dengan bicara yang boleh menggegarkan lawan.
SN A Samad Said dalam novel adikarya Salina lahir selepas kucar kacir perang yang membinasakan. Masyarakat porak poranda, kampung jadi bisu, bandar jadi debu. Kelaparan, kedinginan, penderitaan menjadikan mereka keliru. Masing-masing mementingkan diri sendiri. Kemanusiaan telah musnah oleh bom dan peluru yang membunuh. Derita perang berlanjutan beberapa dekad sehingga zon selesa kembali menutup ruang luka. Kemodenan menjadi raja dalam impian insan.
Namun tidaklah bisa kita memohon berada dalam daerah sukar kerana sudah menjadi tanggungjawab untuk kita meminta yang terbaik buat diri. Soalnya, kitalah yang menentukan arah agar nikmat itu melancarkan ilham untuk selalu mengetuk dan memaksa diri membariskan aksara pada nota-nota yang kosong dan suci. itu tugas saya. Dan saya berdoa untuk itu.

Mimpi Tolstoy
Malam tadi saya tidur lewat. Menjelang dua pagi baru kepala mencecah bantal. Sebelum tidur, saya menyemak buku Buku Kekasih
tulisan
Shaharom TM Sulaiman. Tiba dihalaman berkenaan penulis Leo Tolstoy, tertera nota pendek saya di hujung artikel: Leo Tolstoy adalah seorang Muslim.
Pengamatan saya adalah berdasarkan pembacaan terhadap novel Haji Murat dan kisah beliau di hujung hayatnya yang berupa perjalanan rohani dan pencarian diri. Saya terlalu percayakan yang beliau seorang Muslim. Lihat sahaja cara beliau menuliskan novel Haji Murat. Ikhlas dan jujur.
Dalam tidur, saya bermimpi Tolstoy datang dan berkata-kata dengan saya. Saya tidak ingat apa yang beliau sampaikan. Mungkin saya mengigau. Mungkin oleh letih membaca.
Saya teringatkan Anna Karenina dan War and Peace. Saya teringatkan bukunya yang sudah diterjemah DBP. Saya teringatkan Dawama.

Rabu, September 21, 2011
Cerpen - Tiga Belas Tahun Selepas Unjuk Rasa
Cerpen Tiga Belas Tahun Selepas Unjuk Rasa ini tersiar dalam akhbar Harakah sebanyak empat siri pada bulan Mei 2011. Kepada teman yang berjuang dan menghuni kiri dan kanan jalanan tiga belas tahun yang lalu, cerpen ini adalah untuk anda.
Selamat menghayati.
Selamat menghayati.
*****
Tiga Belas Tahun Selepas Unjuk Rasa
DIA ialah
serpihan siswa yang sibuk dengan unjuk rasa akhir dekad lalu. Setiap Sabtu juga
Ahad, dia dilihat berada di sebatang jalan di tengah ibu kota. Berteriak,
menjerit, mengacu tangan ke udara, memegang sepanduk dan mengedar risalah
provokasi. Bersama ribuan marhaen, dia kemudian disembur air gatal yang
memedihkan mata. Lalu, dia yang tetap bersemangat meski berbaju kurung,
menyinsing kain lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Dia susup-sasap di
lorong-lorong pejabat. Celah-mencelah di antara bangunan rumah kedai. Sorok-menyorok
di masjid, rumah dan sekolah. Akhirnya, dia tiba dengan selamat di kampus.
Tiga belas tahun
lalu dia saban waktu sibuk dengan perjuangan, kebenaran dan keadilan. Di
kuliah, pensyarah turut serta membakar semangat ketika sibuk mengira statistik.
Turut memberi soalan provokasi ketika menjawab matematik. Mereka mengukur pendapatan
pemerintah dalam kelas percukaian, menimbang tara perbelanjaan untuk rakyat
dalam kelas mikroekonomi. Selalu juga menilai debit-kredit akaun jabatan ketika
menyiapkan imbang duga. Memerhati tadbir urus dan hierarki birokrasi dalam subjek
pengurusan. Mereka semakin maklum akan peranan agama dalam kehidupan usai
berkuliah selepas solat. Tidak ketinggalan, memahami hadis dan Quran ketika
menghadiri kelas tafsir.
Sering dia
mengingatkan teman-teman dan pimpinan persatuan, “Pejuang, kita berjuang. Jika
ramai-ramai, kuatlah kita. Seorang diri, fikiran sengsara dan derita. Ayuh,
kita sama-sama.”
Ketika usrah.
Ketika mesyuarat pimpinan. Ketika perbualan di meja makan atau saat bicara di
kelapangan, mereka pasti bualkan perjuangan. Dia turut melatih kader baru yang
masih ayu usai sesi suai kenal. Dia tidak kenal penat mengecat sepanduk juga menaip
berita terkini. Kemudian, ligat memfotostat buletin dan mengedar isu di setiap kamar
asrama.
Dia juga turut serta menjadi mata-mata kampus apabila SB dikhabarkan
berkeliaran dengan pakaian awam. Waktu itu tidak seperti sekarang. Tiada telefon
bimbit, Facebook, blog, myspace, friendster, mahupun twitter. Namun demikian, maklumat
mereka tetap pantas. Malah dia tidak peduli untuk membuat semua kerja itu
walaupun ada sesetengah pimpinan lelaki membeliakkan mata apabila mendengar kisah tentang dia yang memanjat pagar untuk menampal
poster.
Darahnya panas bersama
api perjuangan. Bibirnya tidak henti dengan ajakan mencegah kebatilan. Mulutnya
tidak putus membicarakan kebenaran. Dia tidak kenal rasa gentar. Tidak
menghiraukan AUKU, ISA, OSA juga Akta Mesin Cetak. “Untuk apa takut sekiranya
itu hal yang benar,” katanya. Maka seluruh negara pun gempar dengan bicara
tentang perjuangan, kebenaran dan keadilan.
Itu tiga belas
tahun dahulu. Ketika dia tahu apa yang dicari, apa yang dimahukan. Dia pasti.
Kini selepas usia
menjengah dewasa, dia tiba-tiba mahu menjejaki kawan-kawan seperjuangan dahulu.
Tiba-tiba, dia
mahu melihat hasil perjuangan mereka. Apakah mereka sudah menjadi manusia atau
hanyut dengan cita-cita sang kapitalis. Apakah masih berjuang atau senang menjadi
manusia biasa. Dia sudah kehilangan mereka usai majlis graduasi. Mula-mula
membawa diri ke selatan tanah air lalu bekerja dengan bermacam-macam syarikat.
Dia tetap juga dengan sikapnya itu – memberontak bagi mencari perjuangan,
kebenaran dan keadilan. Mujur dia tidak pernah dibuang kerja, sekadar
bertelagah dengan majikan. Berbalas hujah dengan ketua yang bagi dirinya adalah
biasa. Katanya, “Mereka kapitalis, untung sangat utama. Pekerja diperah, dikerah
sehingga kering titik peluh dengan balasan yang tidak memadai.” Itu yang
menyebabkan dia sering marah-marah.
Sehingga dia
akhirnya bosan dengan pelbagai karenah majkan yang sungguh bobrok dan
menjijikkan lantas memilih untuk menjadi sukarelawan dalam sebuah NGO. Itu pun
selepas empat tahun. Setelah dia gundah melihat Acheh dibadai tsunami. Dia
kerap ke luar negara selepas itu. Membantu menyulami kedaifan serta berhadapan
dengan birokrasi bantuan untuk menyelamatkan mangsa bencana alam yang tetap
juga wujud. Tetapi, dia menemui nilai kemanusiaan, keikhlasan, persahabatan dan
kehidupan. Semakin mereka ditimpa pelbagai kemalangan alam yang menduga.
Semakin juga dia memahami maksud kemanusiaan. Semakin hatinya dipanggil-panggil
pulang mencari sahabat yang sudah bertebaran di pelosok negara.
Dia mahu menanam
sikap ikhlas, mahu mereka sepakat akan hasrat terhadap perjuangan, kebenaran
dan keadilan. Semuanya berlaku selepas dia sedar yang dia tidak boleh lari daripada
kedurjanaan dunia. Sang penindas ada di mana-mana. Insan yang angkuh ada di
kiri dan kanan. Si rakus dengan harta dan kemewahan bersedia membaham segala
peluang. Dia tahu mereka harus berani berhadapan. Seperti tiga belas tahun
dahulu, ketika sibuk dengan unjuk rasa.
Hari ini selepas terkial-kial
melakukan pencarian menerusi laman maya, cuma lima teman punya kelapangan dan
sepakat bertemu di sebuah kedai kopi di pinggir ibu kota. Ketika itu, matahari
sudah tegak di atas kepala. Cuaca sangat terik dengan cahaya mentari memancar
memanah bumi kekeringan. Dia tetap dengan baju kurung, belum berteman. Masih
ayu, potongan badan yang sama tetapi dengan kematangan yang berbeza. Dia tetap
tiba lebih awal dari masa yang ditetapkan. Selesa menunggu dari ditunggu.
Senang menanti daripada dinanti. Lima temannya tiba seorang demi seorang. Paling
lewat, sepuluh minit sebelum dia angkat punggung. Mereka pun
membuka bicara dengan perbualan awal. Bermula dengan kehidupan diri.
Lantas dia
berfikir, “Ya, di mana-mana pun awalnya haruslah mudah sebelum memberatkan
pengakhiran.”
Dia lebih senang diam daripada bercakap. Mahu mendengar
dan menghayati sosok teman-teman. Setelah tiga belas tahun unjuk rasa
menyatukan mereka dan selepas dia lari daripada kenyataan kehidupan.
Mereka pun gigih
bercerita dan dia pun telus memerhati. Amrul dahulu periang, tubuh tinggi renjong,
jadi pujaan gadis memandang. Dia menjadi harapan bagi mengangkut teman-teman menghadiri
perjumpaan dengan kereta kecilnya. Sering menjadi orang terawal menangkap isu
sebelum dipanjangkan kepada teman lain. Kemudian terjun ke kancah politik,
aktif lalu dilantik sebagai penasihat kepada seorang pemimpin kanan parti.
“Aku menyambung perjuangan kita dahulu,” katanya berapi-api dan muka berseri-seri. “Kita harus teruskan momentum perjuangan kita, jangan biarkan api semangat itu padam. Kita harus terus berjuang!”
Dia pernah begitu kagum dengan Amrul. Masih tetap seperti dahulu. Dia mahu bertanya banyak cuma, sesaat kemudian nada Amrul berubah. Wajahnya menjadi sayu dan kelam. “Tetapi, ah! Politik, ah!” Dia terdiam. Tidak tahu apa terjadi dengan Amrul. “Benci! Aku benci! Benci!” Amrul menjerit-jerit. Lima cawan kopi hitam pekat yang tersusun di hadapannya bergegar setelah meja kayu kedai kopi ditumbuk geram. Mujur sedikit sahaja yang terpercik.

Badariah yang ralit
memainkan aplikasi pada telefon bimbit cita rasa terkini di genggaman membeliakkan
mata memandang Amrul. “Kau salah! Kau lelaki! Kau kena kawal isteri. Kau dayus
membiarkan dia main kayu tiga,” Badariah kemudian ketawa mengekek. Mata Amrul tajam
merenung Badariah. Mengetap bibir menahan marah.
Amrul segera menyandarkan
badannya ke kerusi. Mendongak seraya merenung kipas yang berputar perlahan di
siling. Khabarnya rumah tangga yang berusia enam tahun itu sudah berantakan. Isterinya
lari dengan lelaki lain akibat sering ditinggalkan lantaran kesibukan Amrul dengan
parti. Amrul tidak membalas kata-kata Badariah tetapi mengomel sendirian. “Aku
ke hulu ke hilir di pentas politik, isteri pula main kayu tiga dengan teman
separti. Aku ceraikan talak tiga. Padan muka. Ah, persetan politik.”
Dua anak tinggal
bersamanya. Bekas isteri langsung menghilang tetapi kini datang menuntut hak. Dia
tertekan dengan masa untuk menjaga anak dan khabarnya mahu mencari-cari
pengganti. Lalu, dia menjadi seorang yang sering marah-marah kerana tidak puas
hati diperlakukan begitu. “Aku sudah cukup baik, apa lagi yang dia mahukan daripada
seorang lelaki? Wang, harta, masa? Cukup!”
Badariah masih
menyambutnya dengan ketawa. “Politik?” dan dia ketawa lagi. “Kau bodoh! Dengan
politik, aku dapat macam-macam.” Telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Dia senyum
memandang skrin. Tanpa memohon izin, Badariah bangun mencari ruang privasi bagi
menjawab panggilan. Dia menelan liur memerhati Badariah yang nampak moden
dengan potongan rambut perang kemerahan. Badariah asyik dengan telefon. Senang melayan
alat kecil itu daripada membalas kata-kata teman. Ada kalanya Badariah senyum.
Ada saatnya masam mencuka. Dia tidak tahu permainan Badariah melalui telefonnya.
Tetapi dia pasti, gaya yang menggoda itu mampu saja menarik pelbagai habuan
daripada kontrak dan wang ke akaun simpanan.
Dia beralih kepada Dalilah yang duduk di sebelah kirinya. Dalilah dahulu sangat berbangga dengan namanya. “Maksudnya pemimpin, dan akulah pemimpin sebenar.”
Tamat
Dia beralih kepada Dalilah yang duduk di sebelah kirinya. Dalilah dahulu sangat berbangga dengan namanya. “Maksudnya pemimpin, dan akulah pemimpin sebenar.”
Benar, dia dahulu
antara pimpinan wanita yang digeruni. Kata-katanya sering mematahkan hujah
lawan. Sudah beberapa kali dipanggil menghadap meja pengadilan kampus kerana
terlalu lantang bersuara. Sangat kuat mempertahankan hak pelajar. Tidak langsung
gentar. “Aku pemimpin,” ulangnya selalu.
Kini, Dalilah memang
sebenar pemimpin. Menjadi ketua bagi sekumpulan kakitangan yang berada di bawahnya.
Memimpin sekumpulan pakar yang merencana dasar, menggubal akta, mengkaji
peraturan.
Memang Dalilah sangat yakin diri dan tegas peribadi. Sering dia
melihat Dalilah muncul di kaca televisyen menjawab soalan pemberita. Mengulas perkembangan
terkini politik negara. Menghadiri perhimpunan besar bersama rakyat jelata. Dia
tahu susuk tubuh Dalilah sangat kuat dan berpengaruh.
Lalu dia
mengimbas Dalilah kini dan dahulu. Pemimpin. Kereta hitam berkilat milik
Dalilah menjalar di parkiran.
Dia menilai:
duduk di bandar, berkereta besar. Dengarnya sebuah rumah agam diperbukitan itu
juga miliknya. Dia berkira-kira. Nilai pendapatan selaku penjawat awam dengan
harta di pangkuan terserlah tidak sepadan. Dia mengetap bibir. Bukankah dahulu Dalilah
sangat menentang pemerintah?
Dia cuba menguji
Dalilah dengan memuji. “Hebat kau sekarang, selalu di kaca tv, wajah dalam
akhbar. Punya ruangan sendiri di majalah. Aku kagum.” Dia sebenarnya menyindir
tetapi Dalilah sangat gembira. Perempuan memang suka dipuji!
“Kau anggap aku
berubah?” Dalilah senyum. “Ya, dahulu ya. Kita menentang kerana kita tidak
faham. Aku puas mencari kerja selepas tamat belajar. Ke mana-mana saja, permohonanku
ditolak kerana dikatakan bahaya dan menakutkan. Kau mahu aku sara apa untuk
diri sendiri dan adik-beradik? Pinjaman pelajaran perlu dibayar, makan pakai
perlu diusahakan sendiri. Mana bisa meminta-minta lagi daripada ibu bapa.”
Dia terasa
secawan kopi yang masih berasap di cawan tersimbah ke muka.
“Bila dalam
keadaan begini, aku senang. Ke mana-mana masyarakat memandang aku. Mereka
sambut aku. Tak perlu marah-marah, terjerit pekik yang akhirnya kita rugi
dihambat polis dan pemerintah. Hidup dalam ketakutan,” sambung Dalilah sambil
menghirup nikmat kopi pekat.
“Kamu semua
penakut,” balas Amrul. Dia merenung Amrul yang berwajah tidak puas hati. Dia
tahu dalam kepala Amrul ada jadual padat ketua politiknya. Ada anak-anaknya
yang ditinggalkan berdikari di rumah. Ada kes bekas isterinya yang menuntuk hak
penjagaan. Sementelahan, dirinya sendiri tidak terurus.
“Kamu semua takut
berhadapan dengan realiti. Itu yang kita perjuangkan dahulu. Kau semua menjaga
perut sendiri,” Amrul berbicara tegas, menampakkan ketidaksealiran pemikiran
mereka berlima. Sedikit sebanyak dia setuju dengan Amrul.
Ghazi yang sedari
tadi diam akhirnya bersuara, “Amrul, kau lihat diri sendiri. Hidup kau porak-peranda
bukan? Kau harus berubah, berpalinglah kepada kenyataan. Aku tahu pendapatan kau
di sana kecil. Ikut aku, nanti kau tahu bagaimana menjadi kaya. Isteri kau
tinggalkan keluarga kerana dia sudah tidak tahan dengan kesempitan hidup,
bukan? Mengaku sahajalah. Ariani selalu memberitahuku begitu. Kau masih muda,
punya tenaga. Alirkan momentum kau ke tempat yang sepatutnya. Bukan dengan
membangkang mengikut nafsu.”
Amrul bangun. “Celaka
kau Ghazi. Kau gunting dalam lipatan!” Amrul menudingkan jari ke Ghazi. Ada
kata-kata yang mahu disambung tetapi terputus sebaik sahaja mata Amrul berbalas
pandang dengannya. Amrul terus meninggalkan mereka, mengenakan topi keledar dan
memecut laju dengan motorsikal tanpa menoleh ke belakang. Dia terpempan.
Drama apakah ini?
Badariah yang
masih di talian segera memutuskan perbualan dan kembali ke kerusi sebaik-baik
melihat kekecohan.
“Mar, tidak ada gunanya
kita melawan. Kita diikat kiri dan kanan. Ke depan melanggar api. Undur
belakang terpijak duri. Apa yang kita dapat nanti? Daripada melawan
habis-habisan dan kau makan pasir, ikutkan sahajalah arus. Tidak terseksa,
tidak terbeban. Malah, habuan dan ganjaran jatuh bertimpa-timpaan.” Ghazi
bersuara lagi sambil memujuk. Dia merenung Ghazi.
Dia tahu Ghazi –
seorang kontraktor – ada lesen kelas A dan berpuluh kelas F. Dia pandai mencari
kontrak, kemudian dipecahkan kepada syarikat kelas F-nya. Semua wang masuk ke
poket sendiri. Dia akur Ghazi hebat merancang, dan itulah senjata Ghazi. Sejak
dahulu menjadi pakar strategi pimpinan dan sering merancang agenda untuk
persatuan. Kini, Ghazi memanjangkan kehebatannya terhadap perniagaan dan nyata dia
berjaya.
“Aku berniaga,
kalau tidak diturutkan, ah, masuk angin keluar asap. Bisnes harus untung cepat.
Ahli politik kena rapat. Perlu cari kroni. Pandai melayan kehendak. Menurut arahan
dan jangan melawan. Turutkan segala yang diminta, kontrak juta-juta pasti dalam
tangan. Wang harus kau alirkan pada arus yang betul supaya kantungmu sentiasa
kembung!”
Ghazi, Dalilah
dan Badariah ketawa. Kini dia mengerti mereka bertiga sangat rapat dalam urusan
perniagaan. Dia dapat mengesan sumber kereta Dalilah, punca tawaran kontrak
Ghazi dan strategi pemasaran Badariah yang mencari ahli politik sebagai mangsa.
Dia semakin gelisah lalu meneguk kopi. Terasa seperti menggelegak di kerongkong.
Inikah sahabat seperjuanganku dahulu? Dia sudah berkira-kira mahu bangun apabila
Arif terkocoh-kocoh tiba.
“Tiba-tiba aku
dipanggil ke sekolah. Ada pelajar bergaduh, warden tidak tahu apa yang harus dibuat.”
Dia terus memesan kopi dan membuka kotak rokok. Terus dicucuh api dan asap disedut
rakus.
“Macam-macam
pelajar sekarang. Cikgu tak dipandang hormat. Mujur sahaja mereka itu perlu aku
jaga dengan elok. Kalau tidak, sudah kutampar semuanya.” Arif menyedut asap
lagi.
Ghazi ketawa
menyindir Arif. “Hah, Ustaz Arif yang mengajar Pendidikan Jasmani sudah mula
bersuara!” Mereka ketawa lagi. Arif juga, sebelum menyambung bicara.
“Kau tahu Mar, tiga
tahun aku tiada kerja tetap. Sekadar kerja sementara atau kontrak dari bulan ke
bulan. Mujur sahaja bukan menganggur. Akhirnya akur dengan bidang ini. Aku
berusaha mengajar mereka bersungguh-sungguh. Ikhlaskan diri. Kasihan anak
bangsaku jika aku cepat berputus asa. Tapi kami dibebani tugasan luar bidang. Aku
perlu siapkan kertas soalan peperiksaan. Aku cuba yakinkan diri. Tapi aku harus
bawa mereka ke pertandingan sukan saban minggu. Aku harus pastikan anak
bangsaku dapat ilmu, tapi mesyuarat memanggil tidak kira masa. Aku perlu berdepan
dengan disiplin pelajar. Tapi ibu bapa sibuk nak saman sekolah. Dengan
kokurikulum, dengan sukan sekolah, PIBG, musabaqah membaca al-Quran, susu
percuma, skim pinjaman buku teks. Argh!”
“Kau sudah di bawah
telunjuk pemerintah, apa bisa kau lakukan mengikut kehendak peribadi? Sudah
tentu kau perlu turutkan!” Dia membalas geram. Arif serba salah melihatkan dia
mula bersuara.
“Jangan kau
ungkit kisah lepas. Inilah perjuangan aku sekarang. Tetapi beginilah nasib
guru, berbuat baik tidak dipandang. Silap sikit, jadi muka depan akhbar.”
“Kau degil, aku
dah kata dahulu berhenti sahaja. Kerja dengan aku. Berapa sangatlah gaji kau di
sekolah. Kononnya kejar bonus, cuti panjang, jaminan hari tua. Kalau setakat
gaji kecil, berapa sangatlah kepuasan kau di sekolah? Jurusan agama mengajar
Pendidikan Jasmani?” Ghazi ketawa kuat. Arif diam menyedut lagi asap rokok yang
semakin pendek puntungnya.
Dalilah mencelah.
“Sudah, jangan fikir panjang lagi. Tawaran kami masih lagi terbuka. Kau tahu,
Mar, Badariah sudah dapatkan Arif kerja sebagai pembantu peribadi. Tugasnya
senang, sekadar menjadi penasihat agama seorang Tan Sri. Kau tahu sahajalah
sekarang ini, isu agama sangat sensitif lalu Tan Sri perlukan pakar agama untuk
mendampinginya. Membantunya mengulas perkara yang tidak mampu dijawab.”
“Arif, kau boleh
mula pada bila-bila masa. Aku sudah usahakan gaji kau tiga kali ganda daripada
yang kau dapat sekarang. Jangan fikir panjang, buat surat peletakan jawatan
segera,” Ghazi menambah semangat.
“Selepas ini
nanti, urusan kita bertiga jadi mudah. Kita sudah ada pakar macam-macam bidang,”
Dalilah memberi saranan. “Dan kau Mar, bila mahu menyertai kami? Aku akan cuba
tempatkan kau di pejabatku. Aku perlukan kau sebagai pembantu peribadiku untuk
membuat kajian atas arahan pemerintah. Aku telah berjaya mendapatkan geran penyelidikan
juga untuk pelbagai agenda. Aku perlukan kepakaran kau seperti dahulu.”
Dia mengetapkan
bibir sambil memandang tepat ke arah Dalilah. Dadanya berombak kencang menahan
marah dan geram. Dia sudah tidak dengar segala perbualan Ghazi, Badariah, Dalilah
dan Arif selepas itu. Dia teringat akan kejadian sewaktu tiba di kedai kopi tadi.
Seorang gadis berjaya menyelamatkan diri daripada diragut selepas menendang
pemuda yang mahu merampas telefon dalam genggaman. Beberapa orang di sekeliling
bersiap sedia mahu membantu tetapi pemuda itu lekas melarikan diri. Dia gembira
dengan situasi itu kerana pada pandangannya, tanah air ini sudah berubah. Rakyat
sudah yakin, ada keberanian. Boleh bertindak di luar kawal. Mampu melanggar
undang-undang dan peraturan. Inilah bicara yang dia mahukan daripada teman-teman.
Bukannya seputar hal keuntungan dan kekayaan.
Sikap mereka kini
serupa dengan para majikan kapitalisnya dahulu yang memerah keringat pekerja
tanpa habuan yang setimpal. Mementingkan diri sendiri untuk kepuasan peribadi.
Melaksanakan dasar matlamat menghalalkan cara. Kiranya, dia tidak boleh
mengaitkan kejadian ragut dan ketangkasan anak gadis tadi sebagai simbolik
kebebasan. Masih ada lagi yang tewas dengan kapitalis, fikirnya. Dia mengelamun
jauh. Selepas itu, dia cuma dengar perkataan ‘kontrak’, ‘perolehan’, ‘duit’, ‘kereta’,
‘tender’, ‘perempuan’, ‘karaoke’, ‘melancong’, ‘skuba’, ‘Gold Coast’.
Kapitalis.
Kapitalis. Kapitalis!
Tiba-tiba dia terdengar
namanya dipanggil beberapa kali. Dia memandang Arif.
“Kau, apa jadi dengan kau sekarang?”
Empat pasang mata
menanti jawapannya. Dia mengambil masa yang lama sebelum menjawab. Menghela
nafas panjang, memikirkan ayat penamat. Dia mahu berundur. Situasi di situ rupa-rupanya
lebih kalut!
“Aku jadi
manusia.”
“Apa, kami bukan
manusia? Apakah menjadi manusia itu dengan terjerit-jerit di jalan macam
dahulu?” Ghazi membalas sinis.
Seorang demi
seorang dipandangnya. Celaka apakah ini? Selepas tiga belas tahun. Lebih banyak
perkara yang bobrok terpapar.
“Mar, sudahlah. Berpijaklah
di bumi yang nyata. Nanti aku cuba ... .”
Dia bangun.
Tiba-tiba, dia jadi benci. Jadi marah. Dia menuju ke kaunter, membayar dan meninggalkan
semua tanpa pamit. Dalilah memanggil. Arif melambai. Badariah mengilai. Arif
terkekeh.
Mereka sudah
besar, perjuangan yang sudah bermula dahulu tidak benar masuk ke hati. Apa yang
merubah fikiran dan keyakinanmu sahabat? Mengapa kau tunduk dengan keadaan?
Tiga belas tahun
selepas unjuk rasa, sahabat – kamu benar-benar menjadi manusia!
Tamat
Tiba-tiba
Tiba-tiba terasa dikejutkan dari mimpi yang panjang. Mimpi indah. Mimpi yang melenakan. Mimpi yang enak. Dibawa pergi terbuai-buai dalam alam khayal. Apabila sedar, kita telah ditinggalkan jauh. Dibiarkan terpinggir ke tepi. Diketawakan, mungkin. Menjadi mangsa amarah, mungkin juga. Mereka sudah jauh. Mereka sudah berlari. Kita masih tercicir. Masih bermimpi. Bangunlah.
"Tetapi, pengorbanan memerlukan kos," kata seorang kawan.
"Kalau dikorbankan ringgit masa kini untuk keuntungan hari muka, apakah kau mahu tetap berkira?" balas saya.
Dia diam.
"Kau fikirkan kerugian atas pengorbanan? Risaukan tiada balasan yang berbaloi?"
Dia diam lagi.
"Kita usaha dengan sasaran kejayaan. Fikirkan laba dari pelaburan. Itu pun doa juga. Jika asyik risau akan kegagalan, kerisauan itulah yang menjadi selimut terhadap usaha. Kau tak kan berusaha lebih kerana sering risau. Di takutkan dengan kerisauan."
"Jadi?"
"Usaha. Selagi kau tak cuba, selagi itu kau tak tahu."
Dia angguk. Chicken Cornish yang besar memenuhi piring bagi menu minum petang itu dipotong halus dan disuap ke mulut. Lalu dikunyahnya perlahan-perlahan.

Isnin, September 19, 2011
Belian buku September
Minggu lalu dengan dua kali membeli buku. Pertama dengan jualan gudang MPH di Petaling Jaya. Pertama kali tiba tiba disini. Rasa terharu dengan gudangnya yang besar dan susun atur yang kemas. berbeza dengan susunan di jualan gudang Dawama (dulu, sekarang tak ada lagi). Namun tak berkesempatan membelek satu-satu. Bukunya terlalu banyak. Duduknya diatas lantai. Jadi untuk mencangkung, membongkok dan berdiri, kemudian mencangkung, membongkok dan berdiri untuk melengkapkan pusingan gudang memang tak mampu. Boleh patah pinggang dibuatnya. Masa pun terhad. Apatah lagi 95% adalah buku berbahasa Inggeris. Pilihan saya sekarang terhad pada buku bahasa ibunda. Kalau saya beli pun, nanti duduk sahaja di rak. Ada buku yang telah menjadi prioriti hingga hujung tahun. Jadi, yang di dalam gambar itu sahajalah yang dapat saya beli. Termasuk Nota Kaki yang sangat menarik harganya. Dan Histroy of Iran yang jarang ditemui.
Kali kedua ialah ketika beraya di rumah penulis Nisah Haron, pemilik dan pengusaha Ujana Ilmu yang sangat gigih. Rumah penulis, mestilah banyak buku. Dan rak serta kamar Ujana Ilmu menjadi sasaran buku yang perlu dilengkapkan dalam koleksi. Paling menarik ialah Iga karya Zaen Kasturi. Kekasih Sam Po Bo pernah beli tetapi dijadikan hadiah kepada teman jauh. Jadi, pembelian adalah untuk menambah-nambah khazanah.
Cukup dua trip. Kena menyimpan untuk Big Bad Wolf pula awal bulan depan.
Selasa, September 13, 2011
Igau yang kembali menyapa
Saya pulang ke kampung sebaik sahaja selesai waktu pejabat pada petang Jumaat
yang disiram hujan renyai-renyai. Sepanjang perjalanan berteman dingin. Hujan tidak
berhenti sejak saya mula bertolak. Kabus menutupi pandangan tatkala melewati
kawasan berpokok rendang. Kereta membelah senja pada kelajuan sederhana. Jalan licin
dan pemandangan terhad boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya tidak
berhati-hati.
Saya tiba dipintu rumah beberapa minit sebelum azan Maghrib berkumandang. Sebaik
memakir kereta, beberapa ekor kucing yang emak bela sudah menanti dan
menggeselkan badannya di kaki saya. Pokok kelapa yang sudah tinggi melangit
kelihatan dahannya terbuai-buai ditiup angin. Beberapa pelepah kedengaran jatuh
mencium tanah. Esok nanti pasti abah akan berpusing sekitar rumah mencari
apakah ada kelapa yang gugur, yang nanti boleh emak perah santannya ke dalam
lauk-lauk atau kuih muih. Pelepah yang sudah dimakan usia itu akan abah heret
ke tempat pembakaran. Apabila kering nanti, abah akan cucuh dengan api. Maraknya
cepat sahaja meninggal abu.
Pokok-pokok bunga dalam pasu kelihatan menggigil kesejukan. Pokok bunga
kertas yang dicantas rapi sedang ralit mengeluarkan bunga merah. Beberapa kuntum
layu jatuh mencium rerumput yang segar menghijau. Pokok puding disebelahnya
tunduk memeluk dahan. Titis-titis air hujan pada helaian daunnya turun ke tanah,
ke akar yang kian mencengkam ke dasar bumi.
Usai solat Maghrib, saya mencapai pinggan, membuka periuk di dapur. Masakan
emak berbeza hari ini daripada biasa kerana dia tahu yang saya biasanya pulang
dalam keadaan lapar. Mengenepikan makan tengahari supaya dapat menyantap lauk
emak yang lazat. Saya lalu membawa pinggan yang membusut dengan nasi, sayur dan
ikan asam pedas ke meja makan.
Sebaik suapan pertama mencecah kerongkong, adik bongsu membuka buku
sekolah. Dia menunjukkan kepada emak kerja rumah yang perlu di selesaikan hari
ini. Emak yang sedang melipat kain sambil matanya terpaku pada Gerak Khas di
kaca tv, melihat buku adik bongsu dengan ekor matanya. Belajar di Sekolah Melayu
yang tidak habis kerana sering ponteng, apa sangatlah yang dia tahu akan apa
yang tertulis pada buku latihan adik bongsu.
“Minta Along tunjukkan. Emak mana tahu bahasa orang putih ni,” kata emak. Adik
bongsu terkial-kial melihat soalan. Saya melihat dari jauh. Emak bukannya tidak
tahu membaca atau menulis, tapi tahapnya sekadar dalam bahasa ibunda.
“Macam mana nak buat kerja sekolah kalau soalan dalam Bahasa Inggeris. Emak
tak tahu nak ajar. Nak tunggu abah kau, lepas Isyak terus dengar ceramah. Ada
kuliah, ada tazkirah, ada kenduri, ada baca Yassin, ada tahlil, ada mesyuarat. Nak
suruh adik kau yang lain, menangis tangan budak ni diketuk-ketuknya. Dikata adik
bongsunya ni bodohlah, beranganlah, tak pandailah. Semua jenis tak sabar.” Emak
berbicara separuh membebel, sekaligus menyimpulkan kesukaran adik bongsu
menyiapkan kerja rumah.
Saya mengerti apa yang emak katakan. Abah pernah mencecah sekolah Inggeris
tetapi sumber kewangan terhad menyebabkan dia perlu melepaskan pulang belajar
tinggi kepada adiknya. Abah boleh mengajar, pernah mengajar sekolah agama
rakyat tetapi masa abah pula suntuk. Dua orang adik yang tinggal bersama pun
tidak boleh membantu. Bahasa Inggeris, apalah sangat pada kami luar bandar ini?
Kerja rumah matematik yang adik bongsu perlu siapkan itu dalam Bahasa
Inggeris. Soalannya tidak susah. Boleh sangat disiapkan. Tetapi siapa yang
boleh mengajar mereka di rumah? Siapa yang boleh membantunya membacakan soalan
dalam Bahasa Inggeris? Siapa boleh memahamkan soalan? Siapa yang boleh menunjuk
ajar?
Emak tidak faham Bahasa Inggeris, abah tahu sedikit-sedikit. Saya yang
dahulu belajar sains dan matematik dalam Bahasa Melayu boleh mengajar adik bongsu
yang mahu menyiapkan soalan matematik dalam Bahasa Inggeris. Saya dahulu cuma belajar
Bahasa Inggeris dalam kelas Bahasa Inggeris. Bukan belajar Bahasa Inggeris
dalam kelas sains dan matematik. Saya tidak tahu nanti, apakah adik bongsu faham
matematik, sains atau lebih hebat berbicara dalam Bahasa Inggeris.
Saya bukan mahu menentang keberadaan bahasa penjajah itu, tetapi bukankah lebih
baik Bahasa Inggeris di ajar dengan lebih menarik dalam matapelajaran Bahasa
Inggeris tu sendiri. Bukannya menjadi serampang dua mata dalam matapelajaran sains
dan matematik, yang semakin disukarkan pembelajarannya. Yang kian mengundang
trauma untuk tahu lebih lanjut akan sains dan matematik.
Saya terus menyuap nasi sambil adik bongsu menanti saya mengajarnya
sebentar nanti. Hujan sudah berhenti. Katak mula memanggil hujan kembali. Dingin
kian memeluk malam.
Isnin, September 12, 2011
Bukan sebarang teknik
Ada sesuatu yang menggelitik tangkai hati tatkala membaca tiga buah cerpen dari buku ini. Awalnya saya teruja dengan permulaan yang memikat, kemudian dibuai-buai dengan cerita, dipertengahan pula emosi dimainkan, lalu masuk kedalam jiwa pengarangnya menjadikan saya seorang watak dalam watakk-watak yang ada. Tidak kiralah kerusi, cawan, kereta adau sebatang rokok. Kemudian saya menggambarkan setiap bait kata dalam cerpen ini dan memvisualkan setiap perbualan seolah-olah ia benar-benar berlaku dihadapan mata.
Kemudian berlaku sesuatu dan tamat. Di penghujungnya saya rasa seperti mahu melompat-lompat, atau panjat kerusi dan terjun ke lantai atau berguling-guling di ruang tamu. Kemudian ketawa. Seminit kemudian saya insaf, inilah teknik kepengarangan yang membolehkan pembaca menjiwai cerpen yang dikarangnya. Gaya yang bukan datang secara tiba-tiba, bukan dapat dari kuliah, bukan wujud dari mana-mana buku teks. Kalau ada pun, apakah sama teori dengan kenyataan?
Cerpen Pertemuan berkisar pertemuan seorang teruna dan dara. Dengan gaya seorang gentleman, teruna (saya) mengajak dia makan disebuah Snack Bar saat melihat dia keseorangan menunggu teksi ke rumah kawan. Cerita sekadar di meja makan. Saya berbual-bual dengan dia, memesan makanan sambil membayangkan apa yang mahu dilakukan selepas ini. Agak nakal saya berfantasi dan usai makan, sehelai nota kecil dari pelayan menyebabkan saya terus berdalih untuk menghadiri mesyuarat malam nanti,bukan meneruskan angan-angan nakalnya dengan dia.
Selama sepuluh minit saya berfikir, apakah yang dituliskan dalam nota tersebut? Dia pisau cukur, pelacur, anggota penjenayah terancang, gadis tidak siuman yang cantik ataupun sebenarnya lelaki?
SN Usman Awang membiarkan pembaca menjawabya sendiri.
Cerpen Rimbaku, Air Mataku pula lebih memikat. Watak-watak dalam cerpen ini adalah keluarga rusa yang menjadi mangsa pembangunan. Pembaca hanya akan sedar bapa, ibu, aku, adik dalam cerpen adalah keluarga rusa apabila tiba pada ayat 'sebentar kemudian kulihat bapa mendekati beberapa kelompok pohon lalu memakan pucuk-pucuk yang sedang segar itu.' Pastinya kita kan rasa hairan, manusia spesis apa pula yang makan pucuk segar sebegitu rupa? Kalau pun ulam, ianya dipetik dahulu. Apabila tiba pada ayat seterusnya, lebih membingungkan. 'Aku terkecur juga melihat bapa mengunyah pucuk-pucuk muda yang menjadi idaman dan kegemaran kami itu.' Dari sini pembaca sudah boleh menangkap yang watak tersebut sudah pasti bukan manusia.
Cerpen ini tentang haiwan yang kehilangan habitat tatkala pokok-pokok ditebang dan sungai menjadi lubuk racun. mereka merasa tidak selamat apabila menjadi buruan senapang pemburu, kehilangan sumber makanan dan air yang tidak selamat untuk diminum.Ceritanya ringkas tetapi sarat maksud. Apatah lagi mengangkat watak haiwan, kita sebagai manusia terasa sangat berdosa mengabaikan makhluk Tuhan.
Cerepn ketiga berjudul Betisnya Bunting Padi. Melihat judul, sudah pasti betis itu milik seorang dara. Betis digambarkan sangat indah. Kembang bulat, benar-benar seperti padi bunting. Maka pembaca pun hanyut dalam imaginasi aku yang berhasrat mahu memegang, menyentuh, mengusap malah meramas, menikmati betis yang bulat penuh. Aku mahu merasai kenikmatan itu tetapi belum ada kesempatan. Dia cuma sempat membandingkan dengan betisnya yang berbulu dan gelap dengan betis temannya yang cantik.
Ah, apakah ini, cerita tentang betis, tentang ramas-ramas dan usap-usap pula. Tetapi jangan terperangkap dengan imaginasi sendiri. Si pemilik betis bunting padi digambarkan sebagai seorang yang tidak menghargai kecantikan betisnya yang menurut aku haruslah digunakan dengan bermain bola misalnya. Kaki yang mempunyai betis secantik itu menurut aku mestilah bertuah kalau main bola. Tetapi pada betis itu kemudiannya sebiji mata ikan telah duduk betul-betul pada buah betisnya. Aku diberi peluang menekan kawasan mata ikan, maka aku berpeluang menyentuh betis bunting padi itu.
Sebelum imaginasi penmbaca terbuai jauh, datang pula ayat berikut:
Ketika isterinya keluar membawa dua cawan kopi, sahabatku itu masih lagi melumuri betisnya dengan minyak'
Eh, apakah ini? Isteri bawa kopi, jadi siapa pemilik betis bunting padi? Kemudian ayat berikut:
"Abang Manap memang begitu. Dulu pun bisulnya tumbuh pada betis juga. Entah apa kenanya itu tak tahulah," kata isterinya.
Danggggggggg!!!
Dua perenggan selepas itu kalau tak baca pun tak apa.
Soalan raya yang klise
Kepada sesiapa sahaja, jemputan rumah terbuka sempena Syawal memanglah berderet-deret setiap Sabtu dan Ahad. Itu pun berselang seli dengan undangan perkahwinan. Belum lagi jamuan oleh syarikat sendiri, jemputan pelanggan dan rancangan untuk mengadakan rumah terbuka sendiri. Itu pun belum lagi rancangan menziarahi jiran di sebelah menyebelah. Ada kalanya tak sempat kerana jiran pun sibuk memenuhi undangan luar.
Dua tiga tahun kebelakangan ini, ramai mengeluh jalan-jalan sekitar ibu kota sesak yang teramat sangat pada Sabtu dan Ahad. Ramai orang keluar berhari raya, ramai yang terlewat hadir kerana tersangkut dalam kesesakan, malah banyak yang terpaksa meninggalkan jemputan dek kerana letih memandu. Maka facebook menjadi ruang pertemuan untuk mana-mana jemputan yang tidak sempat disinggahi.
Ada sesetengah orang beranggapan jemputan rumah terbuka adalah ruang untuk saling mengenali apatah lagi jika terlibat dalam perniagaan. Mencari pelanggan, mendapatkan kontrak, mengenali pengedar atau mendapatkan ruang untuk menyelit dalam perniagaan. Manalah tahu rezeki terpijak. Jemputan yang hadir pun bukan calang-calang dan bukan sebarangan. Lihat dari pakaian dan beg tangan yang dibawa pun sudah menunjukkan dia itu siapa. Itu belum lagi dengar tutur bicaranya yang sekerat ular sekerat belut. Gaya orang kota.
Jadi dari mengelakkan dari menjadi bodoh sombong - tak kiralah kita datang oleh jemputan atau sebab mahu meluaskan contact - say aperturunkan soalan-soalan yang patut ditanyakan bagi memenuuhi masa lapang ketika menghadiri jemputan. Kita harus ingat, tuan rumah sangat sibuk melayan semua tetamu dan kita bukanlah sesiapa dimatanya ketika itu. Ada lagi orang lebih penting. Jadi,daripada duduk membatu di sudut rumah sambil berulang alik membawa pinggan kosong, maka eloklah bertegur sapa dengan soalan-soalan klise berikut. Pastikan anda menggunakan sapaan yang betul supaya tidak silap bicara.
Akhir sekali soalan:
Boleh dapatkan no telefon, manalah tahu pusing-pusing sekitar ..................... (tempat tinggal kawna baru tu).
Bila dah dapat no telefon barulah boleh tanya nama.
Akhirnya kita akan dikenali sebagai orang yang tidak sombong meski pun kita ini berat mulut.
Amacam, ok?

- Boleh tahan ya jalan sesak, nampaknya semua orang ke rumah terbuka. Datang dari mana?
- Sudah lama datang / Baru tiba?
- Banyak rumah terbuka hari ini?
- Tadi saya dari ........... terus ke sini. Mujurlah jalan tidak sesak.
- Cuaca hari ini panas / redup / hujan.
- Kawan kepada ........... (suami tuan rumah) atau ......... (isteri tuan rumah)?
- Tinggal di mana?
- Datang dengan siapa?
Akhir sekali soalan:
Boleh dapatkan no telefon, manalah tahu pusing-pusing sekitar ..................... (tempat tinggal kawna baru tu).
Bila dah dapat no telefon barulah boleh tanya nama.
Akhirnya kita akan dikenali sebagai orang yang tidak sombong meski pun kita ini berat mulut.
Amacam, ok?
Sabtu, September 10, 2011
Libang libu pasca raya
Pasca raya,
perbualan berkisar keluhan. Mengeluh harga barang kian naik tetapi gaji tidak
naik, mengeluh bonus tak banyak tetapi barang yang nak dibeli kian banyak, anak
saudara bertambah saban tahun perlu diberikan duit raya, lebuhraya yang kian
sesak biarpun bayar tol, jalan kampung yang berlopak-lopak kerana peruntukan
dipotong dek ekonomi tak bagus. Gaji perlu dicatu untuk untuk beli barang-barang sambut raya, ongkos balik kampung, belanja di kampung, beri duit raya. Mengeluh dan merungut.
Ketika memandu ke pasar bagi membeli kuih-muih untuk jamuan raya pejabat yang ringkas (kerana peruntukan dipotong), dia yang duduk di sebelah mula bersuara. Dia ambil kisah saudara mara yang pulang ke kampung. Katanya orang kaya dan orang miskin hidup mereka sangat berbeza. Orang miskin masih mampu menghulur duit raya yang banyak tetapi orang kaya semakin kedekut. Bila buka sampul, cuma ada sehelai wang kertas warna biru. Orang miskin boleh bagi lima helai wang kertas warna biru, atau sehelai wang kertas hijau. Ada yang bernasib baik dapat warna merah.
Lampu trafik berwarna merah dan kereta berhenti. Namun mulutnya tak henti mengeluh. Katanya lagi orang kaya semakin kedekut kerana terlalu bergaya. Beli rumah besar dan kereta besar menyebabkan gaji cukup-cukup untuk makan sampai hujung bulan. Kereta mestilah keluaran luar negeri kerana ada kelas dan eksklusif. Baju mestilah ada nama dan ranggi. Kasut mesti berkilat dan jenama terpampang jelas. Beg tangan kena beli di butik bukannya celup di Jalan Tunku Abdul Rahman. Telefon bimbit selang tiga bulan mesti bertukar dengan keluaran terkini. Makan seminggu sekali mestilah di restoran barat yang sekali makan cecah tiga angka. Gaya mesti ada, hidup mesti selesa.
Tetapi, katanya lagi, siapa tahu hujung bulan dia makan atau tidak. Bil elektriknya entah berapa bulan tertunggak, Astro cuma ambil pakej paling murah. Mujurlah bil air tak perlu bayar kerana kerajaan negerinya adalah kerajaan berkebajikan. Bila gaji hujung bulan mulai menyusut, kad kredit jadi sasaran. Belanja tetap belanja. Bila rasa kad kredit pun dah cecah paras bahaya, mohon pula pinjaman peribadi. Bukankah bank kata boleh lulus dalam masa dua jam?
Lampu bertukar hijau. Saya memasukkan gear satu lalu kereta melompat laju. Dia sambung cerita. Ketika di kampung, saudara maranya yang kaya-raya itu cuma sesekali menghulurkan duit untuk belanja dapur sedangkan masakan itu nantinya untuk perut mereka anak beranak mereka juga. Akhirnya, dia juga yang perlu ke pasar, perlu ke kedai, bertungkus lumus di dapur, sedangkan saudara maranya itu pagi keluar beraya, senja baru balik. Malam keluar beraya, tengah malam baru pulang.
Saya membelok ke kiri menghampiri pasar basah yang bukan sahaja menjual sayur, ikan, udang, sotong, tetapi juga kuih-kuih pada kedai sederet menghadap pintu masuk. Dia mengeluh sambil menggelengkan kepala beberapa kali. Saya selesa diam. Kereta buatan tempatan saya itu kadang kala tersengguk-sengguk bila gear bertukar. Dia di sebelah tidak pun mengomel tentang itu. Mungkin dia tahu ini adalah kereta tempatan. Bukan keluaran luar negeri seperti saudara maranya yang ada kelas dan eksklusif itu.
Kami keluar dari kereta dan dia menyambung lagi. Katanya, mereka yang kaya itu kian miskin budi bahasa. Sudah duduk kota, balik kampung pun mahu bicara guna bahasa orang putih. Cakap sekerat belut sekerat ular. Macamlah pakcik makcik mereka faham apa yang mereka cakap. Sudahnya, pakcik dan makcik mengumpat mereka kembali dalam bahasa Jawa. Sambil bercakap itu pula, katanya lagi, sekejap-sekejap belek telefon yang canggih, sekejap-sekejap senyum dengan telefon, sekejap-sekejap menaip entah apa-apa. Hilang rasa hormat dengan orang tua.
Kami tiba di gerai pertama. Ada kuih warna merah, warna kuning, warna hijau, warna coklat, ada yang di kukus, ada yang di goreng. Bau nasi lemak, sup, kuih laksa, sambal tumis, rendang, teh tarik, kopi pekat dan nescafe berlumba-lumba menerjah deria bau. Dia memuncungkan mulutnya melihat kuih yang kian kecil saiznya. Berapa kira, dia bertanya kepada penjual. Satu empat puluh sen, balas penjual. Lima dua ringgit, sambungnya lagi.
Saya bertanya kepada dia yang mula memasukkan kuih warna hijau putih ke dalam bekas polisterin. Berapa peruntukan kita, soal saya. Dua puluh ringggit. Ini pun spesis orang kaya kedekut, katanya dengan nada marah. Makan pun hendak catu. Kalau nak buat jamuan raya, buatlah betul-betul. takkan nak bagi pelanggan makan kuih sahaja, bebelnya lagi. Saya membalas, tapi kita cuma jemput kakitangan, bukan pelanggan. Dia menjeling saya. Ya, nasib baik kita nasihatkan dia begitu. Kalau tidak, pelanggan makan kuih dengan air sirap, balasnya lagi.
Saya senyum sambil memandang ke arah mee hoon sup yang sedang berasap dibawa pelayan ke meja pelanggan. Selera tiba-tiba terbuka, perut mula berbunyi. Baru saya ingat sejak pagi belum makan apa-apa, kerana mahu makan banyak-banyak ketika jamuan nanti. Kuih pun kuihlah, getus hati saya.
Saya terasa tangan saya di tarik segera ke kereta. Cepat balik ke pejabat, katanya lagi. Kita kena potong kuih ini lebih kecil supaya tetamu dapat rasa semua kuih.

Saya ketawa sambil menghidupkan enjin. Cuma ketawa dalam hati.
Selasa, September 06, 2011
Lari, lari, kita lari
1)
Rancangan tv masih banyak berkisar raya. Bosan pun ada juga. Tekan-tekan punat Astro, termasuk ke ruangan sukan. Ketika ini memang sedang heboh dengan Kejohanan Olahraga Dunia di Korea Selatan (dah habis pun). Para atlit dunia dalam acara olahraga berkumpul menandingi kehebatan masing-masing, mencari siapa terpantas (berlari), tertinggi (melompat), terbanyak (kumpul mata), terjauh (membaling), dan terhebat dalam lapangan masing-masing. Bagi para atlit, kejohanan ini dianggap sebagai pemanas badan atau misi mengenali musuh dan menjangka kehebatan pesaing sebelum berlangsungnya Olimpik Britain 2012 tahun hadapan.
Dah macam pengulas sukan pula.
Acara yang ditunggu sudah pastilah 100m bagi mencari siapakah pelari terpantas di planet bumi. Usain Bolt yang dinantikan lariannya dibatalkan penyertaan kerana false start lalu memberi peluang teman senegara, Yohan Blake menjadi juara. Namun begitu, Bolt tak pernah menghampakan lalu menebus kekecewaan 100m dengan mendapatkan emas bagi acara 200m pula.
Begitupun, acara 4x100m lelaki menjadi kemuncak yang penuh dramatik. Dilangsungkan sebagai acara terakhir, Jamaica memecahkan rekod dunia dengan satu persembahan yang mantap. Bayangkan sahaja dalam empat pelari yang melengkapkan satu pusingan 400m, pelari USA jatuh tergolek, Perancis terlepas baton, Usain Bolt lari macam melompat, Saint Kitts and Nevis dapat gangsa. Eh, dimana pula ceruk Saint Kitts and Nevis ni sampai boleh masuk Kejohanan Dunia? Apa bezanya Malaysia? Dimana atlit Malaysia ketika kejohanan ini berangsung? Mabuk ketupat dan rendang?
Bezakan saiz badan mereka dengan atlit kita. apakah atlit kita tak cukup makan, kurnag zat atau kurang latihan sehingga mereka tertinggal jauh dibelakang. Tak usah bandingkan dengan atlit Afrika atau Eropah, lihat atlit Korea Selatan atau China atau Jepun atau terdekat, Thailand pun sudah cukup membezakan.
Patriotisme? Mata duitan? Entahlah.
Atlit Malaysia juga ada bertanding disini. Tetapi janganlah dnegan alasan mengutip pengalaman, mahukan pendedahan. Alasan ini sudah lebih 10 tahun diguna pakai setiap kali hantar atlit ke luar negara. Bila pula mahu maju ke haapan? Kejayaan dalam olahraga kian berkurangan, kian menyuramkan. Persatuan bercakaran, atlit kebingungan.
2)
Sukan khususnya olahraya memberi banyak nostalgia kepada saya. Pernah jadi atlit, pernah jadi pengurus, wakil sekolah sampailah wakil U (wakil negara sungguh tak layak). Segala sepak terajang dan birokrasi sudah saya telan. Pernah berangan jadi atlit negara yang sungguh Muslimah. Saban petang berlatih di tepi tasik bagi menguatkan stamina, setiap semester tak balik rumah sebab menyertai pelbagai acara. Setiap kali ada acara sukan, sayalah orang yang terpacak depan tv. Sebutkan apa sahaja - Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan Olimpik, Piala Dunia, Piala Malaysia. Siapa menang, siapa kalah, siapa hebat, malah boleh saya sebutkan sejarahnya sekali tanpa silap. Semuanya dihujung jari. Tiada satu pun terleps dari tatapan saya. Setiap suratkhabar jadi sasaran, buat buku skrap dan simpan segala liputan dan berita kejohanan. Sehingga kini, berkotak-kotak khazanah saya simpan sebagai kenangan. Sambil menonton itu pula, berangan juga nak jadi pengganti Dato Rahim Razali, Datuk Hasbullah Awang atau Sherkawi Jirim, jadi pengulas sukan wanita pertama di Malaysia. Bercakap depan tv, depan cermin, dan kemudian saya menyedari yang saya tidak petah berbicara!
Itu semua kenangan yang tiba-tiba mengusik memori tatkala melihat kejohanan dunia ini. Ada banyak perkara menarik yang mengusik sebenanrya. Tba-tiba juga terasa mahu meluahkan segalanya disini. Apakah ia bakal menjadi satu catatatan Kenang-Kenangan Seorang Atlit? Heh!
Sabtu, September 03, 2011
Mau tulis apa?
Banyak perkara yang mahu dituliskan disini, tapi tidak tertulis. Banyak yang mahu dikata tapi tidak terucapkan. Maka ia terus tersimpan, terkunci dalam diri, terbenam dalam hati, tersisip kemas dan kejap hingga kemudian hilang dimakan hari.
Begitulah hasil jika selalu bertangguh, menangguh, menanti dan ternanti.
Eid mubarak. Kullu 'amm wa antum bikhair. Semoga eid memberi lebih pengertian terhadap kejayaan kita kembali kepada agama. Selamat tinggal Ramadhan. Jumpa lagi tahun depan andai Tuhan masih mengizinkanku bernyawa lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Alhamdulillah, berita yang sedap untuk di dengar di penghujung Ramadhan. Akhirnya, penantian lebih setahun Tee Hui Yi, 14, berakhir semalam...
-
Saya tahu, sesiapa yang meyinggahi blog ini tertanya mengapa saya tidak mengemaskini atau menghantar entri terbaru. Bukan sekadar pengunjung...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...