kalendar masihi pun bertukar baju. tahun baru dengan bunga api memercik di angkasa menjadi penanda hari baru. usia kita pun nanti kan bertambah setahun. masing-masing mula menderetkan azam yang mahu di laksanakan tahun ini. apa yang patut dibuat, apa yang mahu di capai, apa yang mahu di kejar. yang penting nanti, 31 disember tahun yang sama akan di tutup dengan senyuman kerana berjaya menewaskan semua deretan azam. telah menjadikannya kenyataan. telah mengecap semua kejayaan. tapi kalau kita murung bila bunga api memercik untuk tahun berikutnya, maka kitalah orang yang rugi. 365 hari untuk semua orang, tak ada kurang tak ada lebih.
saya, seperti orang lain, cuba membariskan azam satu persatu. kononnya itulah kpi 2012. tapi, ia tetap berkisar pada apa yang di harapkan pada tahun sebelumnya. dan tidak semua dapat saya capai. maka ternyatalah saya adalah orang yang rugi. lalu saya fikir kembali. untuk apa semua azam ini. kalau ia hanya cantik tertera pada kertas tapi tertinggal selepas sehari dua di tuliskan.
maka saya hanya berazam mahu menulis di blog sahaja. masterpiece telah banyak membantu saya berkarya dan menyudahkan tugasan dalam bidang yang luar dari lingkungan diri. blog menyaksikan saya naik dan saya turun. juga saksi saya tidak turun dan tidak naik. bukan facebook, bukan twitter.
maka azam saya hanyalah memberi nyawa pada blog ini. dan blog yang lain juga.
selamat tahun baru masihi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan