Sebelum berbicara tentang Paulo Coelho, saya berulangkali
mengingatkan diri bahawa beliau adalah seorang katholik seperti yang diakuinya
dengan bersungguh dalam temubual bersama Laura Sheahen dari beliefnet.com di
dalam buku The Alchemist versi gambar diatas.
Sebelum ini, saya sedang meragui tentang manusia bernama
Coelho. Sekali baca The Alchemist, kemudian melihat kepada judul novelnya yang
lain seperti The Zahir atau The Pilgrimage, gambaran awal saya ialah beliau
seorang manusia yang sedang mencari. Ibaratnya Tolstoy yang pernah saya cerita
disini. Ya, itu adalah pandangan dangkal, pandangan pada sekali kelip. Selepas beberapa
kelip berikutnya, saya harus bertaklid bahawa Coelho adalah seorang Katholik
yang taat. Bukunya boleh di baca, tapi janganlah sampai memesongkan akidah.
Saya petik perbualan beliau dengan Sheahen. Perbualannya menarik,
tapi - sekali lagi - jangan sampai memesongkan akidah. Ini menjadikan saya begitu
percaya pada kuasa pena. Ia boleh membina, membangun, menjatuh dan
menumbangkan. Hebat!
Your death is
always sitting by your side?
By my side, sitting
in the chair right in front of me. I see death as a beautiful women.
What is she
saying?
She is saying, “I
am going to kiss you,” and I say to her, “Not now, please.” But she says, “Ok,
not now – but pay attention and try to get the best of every moment because I
am going to take you.” And I say, “Ok, thank you for giving me the most
important advice in life – to live your moment fully.
Coelho, saya percaya cuba membina keyakinannya terhadap
agama dengan menuliskan apa yang difahaminya. Begitu juga kita, menulis apa
yang kita percaya dan yakin dengan niat menyebarkan keyakinan tersebut kepada
khalayak. Pembaca boleh memilih untuk percaya atau tidak. Atau tidak mahu
mengambil kisah akan pilihan tersebut. Samalah seperti gambar diatas. Sama ada
mahu percaya atau tidak harganya RM 3, terpulang kepada diri sendiri. Si pemilik
asal tentu tidak mengerti apa yang tertulis dalam The Alchemist lalu
mencampakkannya ke kedai barangan terpakai lalu jatuh kepada insan yang
mengenal manikam. Dialah jauhari, dan dia akan membelek setiap aksara The
Alchemist bagi memastikan naskhah ini tidak dicampakkan semula ke kedai buku
lusuh yang lain pula.
Agaknya, itu hayat sebuah buku meskipun hasil pena
tersebut sebenarnya boleh membina, membangun, menjatuh dan menumbangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan