Saya amat berbesar hati menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada para pembaca, silent reader, stalker dan pengunjung tetap blog Masterpiece.
Setelah sebulan kita menikmati bulan Ramadhan yang penuh barakah dah rahmah, dengan seribu kenikmatan dan keredhaan, kita tiba pula di penghujungnya dengan penuh kesyahduan dan keinsafan bahawa kita belum pasti akan menikmati Ramadhan pada tahun akan datang.
Marilah kita mengamalkan diet yang sihat dan pemakanan yang betul seperti yang telah kita lalui ketika berpuasa sebulan. Semoga raya kali ini kita mampu mengelakkan dari memakan terlalu banyak kolesterol dan lemak. Kurangkan pengambilan minuman manis, ais dan bergas. Cubalah minimumkan kuantiti hidangan kerana kita perlu menziarahi banyak rumah. Pastikan hidangan kita seimbang, lengkap dengan sayuran, bukan setakat daging dan ayam. Banyakkan minum air masak kerana pastinya kita akan kehilangan banyak air (dehydrated) sewaktu saling mengunjungi rumah tetangga dan saudara mara. Seelok-eloknya kita mulakan puasa enam pada Syawal kedua. Meskipun puasa sunat, ia bukanlah penghalang kita menjalin silaturrahim.
Agama kita jaga, silturrahim terpelihara, badan rasa selesa :)
Eid mubarak. Kullu 'amm wa antum bikhair
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan