Ini bukan tentang kaitan nuklear dan puasa tetapi satu tazkirah tentang nuklear dan berpuasa yang disampaikan pada selang solat tarawih beberapa hari yang lalu. Penceramah merupakan seorang pegawai, - mungkin Pengarah, saya lupa - dari Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) yang terletak tidak jauh dari Bangi. Oleh kerana beliau orang nuklear, maka tuan pengerusi memintanya bercerita sedikit tentang nuklear sebagai pengenalan.
Katanya, nuklear ini sentiasa dipandang dari aspek negatif. Perang nuklear, bom nuklear, itulah yang kita tahu tentang nuklear. Beliau membawa aspek positif nuklear. Katanya, beberapa tahun yang lalu, beliau membuat kajian berkaitan nuklear dengan melakukan mutasi benih padi yang tahan tanpa air yang banyak. "Sekarang zaman kurang air, jadi benih kena tahan lasak," sambungnya. Kajian itu berjaya dan memenangi pingat emas dalam satu pertandingan atau kajian kalau tak silap saya (pembesar suara di surau ni tak best).
Kemudian beliau membuka cerita lain, iaitu pengalamannya berpuasa di luar negeri. "seronok, kerana kita mengalami bermacam-macam cabaran yang berbeza. Kalau di Malaysia, kita puasa empat belas jam, tetapi di luar negeri ia boleh jadi panjang dan boleh jadi pendek." Ini membawa ingatan saya kepada entri blog Ustaz Hasrizal tentang penggunaan kalendar hijri. Menurut entri tersebut, menggunakan kalendar berasaskan bulan menyaksikan Islam menjadi agama yang adil dan saksama. Setiap tahun, Ramadhan akan tiba sekitar 10 atau 11 hari lebih awal berbanding dengan tahun sebelumnya. Ramadhan pernah jatuh pada bulan Disember, ia juga boleh tiba pada bulan Jun.
Kita di Malaysia, berpuasa dari pukul 5.45 pagi hingga 7.30 petang (Semenanjung) atau kira-kira 14 jam. Sedangkan di negara empat musim, apabila tiba musim sejuk, puasanya sekitar 9 jam, manakala musim panas menyebabkan mereka berpuasa lebih panjang, hingga 16 jam.
Berbalik kepada penceramah, tarawih menjadi perkara menarik. "Ada tempat yang saya pergi, tarawihnya di buat pada tengah malam, kira-kira pukul 12. Tujuannya ialah bagi memberi peluang pekerja syif malam untuk sama-sama bertarawih. Ada juga yang melaksanakan 10 rakaat selepas Isyak dan 10 rakaat sebelum waktu subuh atas tujuan yang sama. Ini menunjukkan mereka sangat memastikan kesempurnaan ibadah dilakukan bersama-sama. Orang yang bekerja syif malam mendapat peluang yang sama untuk beribadah. Mereka tidak di aniaya atau terpinggir."
Saya membayangkan para pekerja kilang, pengawal keselamatan, pekerja tol, maintenance, backup officer yang menelan air liur melihat para jemaah keluar surau atau masjid selepas tarawih sedangkan mereka perlu memenuhi tuntutan kerja. Kalau ditanya pada mereka, pastilah mereka mahu bersama-sama mengerjakan tarawih, beriktikaf, bertadarus disepanjang Ramadan. Apatah lagi sepuluh malam terakhir sudah mula mengetuk pintu. Mereka boleh solat ketika waktu rehat tetapi berapa ramaikah yang bersedia dan mampu berbuat demikian.
Tetapi apa pilihan yang mereka ada? Dan apa pilihan yang kita beri kepada mereka?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan