Mahalakshmi Street, Chennai dari hadapan hotel penginapan
Melihat Chennai yang bersepah sampah, aku teringat
beberapa pengalaman perjalanan dibeberapa tempat. ketika di Hatyai, aku tidak
melihat walau satu pun sampah. Di stesen keretapi Hatyai contohnya, tong sampah
tiada tetapi tiada pula sampah. Aku membayangkan di Malaysia, ada tong sampah pun masih
ada sampah. Di Jogja, ya, memang aku puji kerana orang Jawa memang bukanlah pengotor sifatnya. Jalannya tiada sampah meski pun kawasannya nampak kumuh dan kotor. Cubalah kau cari sampah jika boleh. Mereka ada pekerja yang dibayar untuk sentiasa membersihkan. Begitu juga kawasan tertentu di Jakarta. Rumah-rumah kecil dan padat tidak pun dihuni sampah. Bersih dan kemas. Berbeza dengan bandaraya besar itu yang sudah bercampur-campur penghuninya. Sampah ada di mana-mana meskipun tidak seserius Chennai. Di Singapura, juga tiada sampah. Jalannya bersih. Kawasan perumahan bersih. Rumah sampah pun tidak berbau sampah. Tong sampah
sentiasa ada untuk kemudahan. Perokok cukup disiplin memasukkan puntung ke tong sampah. Merokok
pun di sebelah tong sampah. Hatta pokok pun takut menggugurkan daun. Namun apa
berlaku? Selepas melepasi Tambak Johor perangai mereka berubah. Sampah dibuang
merata. mereka didisiplinkan oleh undang-undang rupanya, bukan oleh sikap.
Jika tidak, masakan Mas Selamat Kastari yang melarikan diri dari
penjara Singapura dan ditangkap di Pontian beberapa bulan kemudian menyeberangi Tambak Johor dengan hanya berenang dan menjadikan tong dan botol yang ditemui di
tebing sungai sebagai pelampung. Jai yang seeloknya, kita didisiplinkan oleh sampah atau oleh diri sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan