Sebenarnya bila membaca, saya tidak gemarkan gangguan. Kalau boleh, terus habis baca bila sekali pegang. Kalau dah tutup sekejap, nak buka semula tu ambil masa juga. Bila dah tak sentuh dua tiga hari, mulalah lupa ceritanya. Nak sambung baca semula tu, bila dah ingat-ingat lupa, terus jadi malas. Tapi mustahillah kalau saya boleh habiskan satu buku sehari. Cuma yang saya ingat, rekod baik yang saya pegang setakat ini ialah Cinta Hari-Hari Rusuhan. Agaknya dah memang kena dengan citarasa, sehari duduk di bilik habiskan buku tersebut dengan penuh debaran. Dan novel paling liat yang sehingga sekarang baca tak habis ialah dari penulis yang sama juga – 1511H [Kombat] (ampunkan saya cikgu!). memang saya tak boleh ‘pergi’ dengan cerita perang agaknya, sebab seorang kawan – askar – boleh habiskan novel ni dalam masa sehari.
Sasaran saya dalam bulan ini ialah menghabiskan bacaan beberapa novel / buku penting. Mungkin saya rasa cara ini sesuai. Buat sasaran bacaan setiap hari dan setiap bulan, kemudian lihat progress. Kemudan update dalam blog. Barulah rasa bersemangat nak habiskan bacaan.
- Ranjau Sepanjang jalan – Shahnon Ahmad (tinggal hujung-hujung)
- Hikayat Amir Hamzah – A Samad Ahmad (dah mula lama tapi tak habis-habis)
- Why We Want You To Be Rich – Robert Kiyosaki & Donald Trump (mahu dapatkan ilmu tentang kewangan, buku yang menarik juga)
- Pertentangan – Wole Soyinka (novel terjemahan)
- Pura Bujangga – antologi cerpen Affandi Hassan (belum habis-habis lagi, tapi ia memang sebuah buku yang hebat)
Saya juga cuba mengulang baca beberapa buku yang saya dah ingat-ingat lupa ceritanya, yang dah habis baca lama dahulu. Masalah yang sama ialah, bila sentuh sahaja buku, terus zzzzz (sapa suruh baca sambil baring...lelaplah jawabnya). Antara buku tersebut ialah:
- Keluarga Gerilya – Pramoedya Ananta Toer
- Salina – A Samad Said
- Rich Dad Poor Dad - Robert Kiyosaki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan