Tun sudah keluar UMNO. Semua orang tahu. Petang semalam ketika menziarahi seorang kawan, saya tiba-tiba berhenti bercakap bila secara tiba-tiba terpandangkan tv yang menyatakan bahawa 'Tun Dr Mahathir Keluar dari UMNO'. Saya terkejut, tetapi tidaklah terlalu terperanjat. Tun sebagai PM sebelum ini sudah melakukan pelbagai perkara dan membuat keputusan-keputusan yang boleh di katakan drastik dan mengejutkan. Semuanya demi kebaikan negara dan rakyatnya. Saya pasti keputusan Tun ini ada rasionalnya. Biarlah orang kata dia nyanyuk, biarlah orang kata dia sudah tua dan merajuk. Orang makan garam lebih lama dari kita sudah pastinya mengerti susah payah membangunkan Malaysia serta mengubah mind-setting rakyat ketika itu.
Saya membesar di zaman Tun memerintah. Dialah satu-satunya PM yang saya kenali sejak berhingus hingga tamat belajar. Satu persatu keputusan yang dilakukan, polisi yang di cipta, projek yang dilancarkan bertujuan untuk mengubah sikap rakyat. Baik buruknya memang ada, itu lumrah. Tetapi bak kata seorang kawan, 'masa zaman Tun takde sapa boleh buli Melayu.'
Itulah hakikatnya.
Saya tidak mahu mengulas banyak perkara waktu ini kerana kita masih dalam keadaan yang cacamerba. Saya pasti Tun sudah buat keputusan yang cukup berani. Semoga Tun berjaya dalam segala usaha yang di lakukannya selepas ini.
Kepada Allah Berserah.
.
Selasa, Mei 20, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
2 ulasan:
WAHHHH......best blog TUN...menyengat dan berbakat...lihat sahaja komen..beriban-riban.....dunia politil hari ni, saya lihat sebagai dunia penuh muslihat dan kesabaran...semoga Allah lindungi kita semua..
TUN MAHATHIR
Saya selalunya meletakkan rasa hormat yang tinggi terhadap Che Det.Bukan kerana saya orang Kedah,bukan juga pegangan politik beliau(saya bukan penyokong mana2 parti).Saya melihat beliau sebagai pejuang bangsa,agama(walaupun banyak yang disangkal)dan tanahair.Beliau merajuk dengan pemimpin dungu sekarang...saya sokong apa yang Che Det perjuangkan sekarang.
Catat Ulasan