Isnin, Jun 08, 2009

Banyak

Ada banyak perkara yang bermain di fikiran, yang ingin saya luahkan. Tetapi bila sahaja jejari menyentuh papan kekunci, secara tiba-tiba fikiran menjadi kosong. Tiba-tiba topik yang ingin di perkatakan hilang. Idea tiba-tiba berlalu pergi, lesap. Saya bagaikan hilang daya untuk bermain dengan kata-kata. Perang dalam diri, dalam kepala, beban kerja yang tidak berpenghujung bagaikan menarik-narik diri dari mencanaikan idea.

Inilah yang dikatakan writer's block. Saya berusaha melampiaskan halangan ini dengan melakukan kerja lain - membaca, meneliti, jalan-jalan, bergaul dengan bermacam jenis manusia. Dalam tempoh yang sama, saya melakukan pelbagai kerja, menimba pengalaman dalam jurusan hidup yang pelbagai, mencuba dalam bidang yang berbeza agar ia boleh menjadi perencah tambahan dalam karya yang baru. Semoga adalah hasilnya nanti, InsyaAllah


.


1 ulasan:

Unknown berkata...

Cik Ziati,
Mencatatlah realiti dari krisis kekeluargaan akibat dari penyalahgunaan etika insan.

Ia kini dilihat upaya menyelamatkan keindividuan kita.

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...