
Saya tidak membeli banyak buku, kerana telah berbelanja banyak ketika jualan gudang DBP hujung tahun lalu. Tambahan pula tiada target membeli. Sudah banyak naskhah yang dicari ada tangan biarpun banyak lagi yang belum di beli. Saya cuma membeli Ketupat Cinta untuk diri sendiri, beberapa majalah untuk mencambah idea dan dua naskhah terjemahan untuk di kirim kepada sahabat seberang.
Saya amat selektif dalam membeli kali ini - tidak menyerang gerai sesuka hati seperti dahulu. Sudah pandai memilih, merancang dan mengatur selera. Saya sendiri pergi pada hari ketiga dan terakhir, pada awal pagi dengan harapan tidak ramai orang. Tetapi alangkah, sesak tetap sesak. Ramai tetap ramai. Sekaligus menyebabkan keinginan berjalan mengembara di sekitar gerai terbatas dan sekadar menuju ke gerai pilihan sahaja.

Hari terakhir saya tidak lama, sekitar dua jam. Tidak tahan dengan kesesakan, nak jalan pun susah. Nampak sungguh pembeli dan penggemar buku semakin ramai dan semakin teruja membeli buku. Apatah lagi pada hari terakhir, banyak potongan harga dan token di berikan untuk melariskan jualan. Saya mengalah, tidak tahan sesak. Lalu keluar dan mencari teman.
Tetapi teruja, memang teruja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan