Jumaat, Oktober 30, 2009
Sebuah mengapa dari sudut jiwa
(Dia pernah berkata pada suatu hari di sebuah perbukitan kontang)
Mengapa
dengan selalu memberi, kita jarang menerima?
dengan sering menyerah, kita selalu kalah?
Mengapa ada yang tidak pernah cuba mengerti
dengan segala usaha yang telah dikorbankan
yang sering memakan bukan sedikit hati dan perasaan
Mengapa harus disuap barulah mereka tahu apa sebenarnya yang kita inginkan
Mengapa perlu diucapkan barulah hasrat terjun ke dasar firasat
Hidup ini kadang-kadang gembira tetapi selalu-selalu mengecewakan
Ada yang indah namun tersirat juga buruk wajah
Lalu dia mengeluh, dirinya sudah letih dengan laku manusiawi
Yang galak berpura di sebalik topeng persahabatan
BBB
30 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
8 ulasan:
Namun saya selalu percaya, "apa-apa yang anda berikan, anda akan menerimanya nanti" (what you give, you get back).
org yang kita lihat pasrah, yang memberi, yang menyerah, yang segala-galanya, bukan orang yang kalah.
mereka adalah orang yang sudah ketemu makna ikhlas dan redha.
dan lebih lagi, mereka telah ketemu dengan faham (makrifat)
kerana mereka telah tahu, kerana itu mereka, tunduk menyerah
Anuar, moga-moga
asal, mahu mendalami ilmu ikhlas
salam kenal norziati
membaca puisi dan selainnya dalam blogmu.
mengapa yang tiada jawaban?
resmi manusia dan manusiawinya?
faziz ar, sudah resam manusia dan manusiawinya begitu
salam kenal jua
tamat! Meniti Jalan Hadapan.
Menarik, pencerahan tentang rasuah dengan baik.
Mungkin kerana MJH menjelmakan idea utk berniaga sendiri pula? :)
Terus berkarya.
Terus berjuang.
salam ziarah....to norziatiMR.. mohon kebenaran untuk mengambil sedikit input di blog "kisah seribu teladan".. syukran
Asal, menanti ulasan
Musafir Ilmu, silakan dan sebarkanlah demi kebaikan semua
Catat Ulasan