Jumaat, September 05, 2008

Nota Ramadan 1

Hujan turun mencurah-curah semalam menjelang waktu pulang dari kerja. Langit putih di litupi awan. Rahmat Tuhan bertebaran di serata alam. Hari yang tenang dan segar. Sekejap lebat, sekejap gerimis. Entah bila mahu teduh, entah bila mahu reda. Peniaga bazaar Ramadhan adalah mereka yang paling risau. Paling tidak sejak bermulanya puasa, sudah dua kali hujan membasahi bumi waktu petang. Itulah yang mereka risaukan. Jualan menjadi perlahan. Pengunjung takut-takut datang membeli. Takut hujan, takut basah. Kemungkinan makanan tidak habis dijual menghantui mereka. Itu belum lagi difikirkan tentang penat lelah menyediakan, untung rugi yang belum pasti dan kegelisahan menanti para pengunjung yangentahbila mahu datang membeli.


Tetapi rezeki Tuhan itu ada dimana-mana. Tidak siapa tahu. Jika bukan disini, mungkin di sana. Kalau tak habis pun, elok juga di sedekahkan ke surau atau masjid. Menjadi juadah berbuka atau moreh. Pulangan bukan sekadar wang, tetapi yang lebih besar menanti. Apatah lagi Ramadan menjadikan sesuatu usaha digandakan sebanyak-banyaknya. Nah, rebutlah segala peluang yang terhidang.


Hari ini Jumaat yang cerah. Dan hati pun menjadi indah.


Barakallah.



Bandar Baru Bangi

5 September 2008


.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Namun kini semakin wajar dinilai penggunaan akal di dalam merebut rezeki yang tidak menjadi hak untuk kita tetapi menjadi hak kepada orang lain.
Bagaimanakah diri mu membahasakan dari sudut akal wang dan politik digabung-jalin menjadi politik wang dan ditandakan sebagai halal dan keperluan? Mari memahami keadilan kebenaran pengkajian sains yang menemukan Kebesaran Allah yang tidak mewajarkan disengitkan pertarungan pengaruh Allah atau pengaruh manusia lebih berupaya menguasai minda kita.

Boleh bantu dicarikan buku terjemahan lama Magdalena... waktu usia 10/11 tahun dibaca tetapi lupa kisahnya.Simpankan untuk saya.

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...