Empat buah buku yang di beli melalui talian dari Ujana Ilmu dihantar sendiri pada 9 Ramadan oleh tuannya, En Syukri, suami Pn Nisah yang kebetulan berada di Bangi. Terima kasih En. Syukri yang begitu cepat respon terhadap e-mel, yang terhasil akibat kesilapan sendiri kerana tidak memaklumkan pembayaran melalui e-mel mahupun fax. Syukurlah, ia tiba dengan selamat, menjadi santapan semasa Ramadan yang pernuh barakah ini.
Empat buah buku dari penulis yang sama termasuklah Saasatul Ibad yang masih panas. Di saat saya berusaha mencari leluhur, empat buah buku ini juga berkenaan leluhur. Ayuh!
Tetapi, buku yang mana harus di baca dahulu?
.
4 ulasan:
salam,
kak, baca sultan alaudin, manikam, bedar kemudian baru saasatul..
hehe..maaf tak dapat hadir minggu lepas, ada kesibukan mendesak..
insyaAllah semakin lega menjelang syawal..
jumpa nanti..
Haha..pilih BSB dulu tapi, aduh.. beratnya..
Jangan lupa tugasan!
aiseh, terlambatlah. ingatkan nak saran baca s.ibad dahulu, kemudian kalau ada masa, cerita sikit. sebab, kita dah baca yg lain. :D jangan marah.
pssst tajuk posting ada silap eja kah?
aj
Saasatul baca masa raya nantila.
Kad dah terima. Wah! meriah!
Catat Ulasan