Segala perkara yang baik bila dilakukan, biarlah hanya kita yang tahu. Solat tarawikh 8 atau 20 rakaat, berapa juzu’ Qur’an di baca hari ini, berapa banyak sedekah diberi, biarlah Allah sahaja yang mengetahui. Tak usahlah kita yang menyebarkan kebaikan yang dilakukan oleh diri sendiri. Bak kata orang tua-tua, tangan kanan memberi, janganlah sampai tangan kiri menyedarinya. Sampai begitu sekali kita diminta untuk berahsia. Namun sejauh manakah kita boleh menutup rasa bangga bila melakukan amal kebajikan. Mulut setidak-tidaknya pasti mahu menyebut, seolah-olah mahu orang lain memuji tindakan kita. Bukankah ia sekadar mengundang rasa riak, ujub dan takbur lalu menerbitkan rasa bangga diri kerana berada setahap lebih dari orang lain? Sia-sialah segala amalan yang dilakukan jika mahu diberitakan kepada orang lain.
Cukuplah untuk diri sendiri. Cukuplah diri sendiri yang tahu.
Bandar Baru Bangi
5 September 2008
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan