Melihat nenek tua yang terbongkok-bongkok cuba berdiri gagah dan di selangseli solat duduk, yang solat di atas kerusi, yang payah nak berdiri kembali dari rukuk, yang perlahan-lahan meletakkan kepalanya di sejadah untuk sujud, yang berusaha sedaya upaya bangun dari duduk antara dua sujud mengingatkan saya kepada muda mudi yang masih leka waktu muda, waktu punya tenaga dan kemampuan beramal ibadah. Ya, saya bukanlah orang yang baik untuk mempersoalkan amal ibadah orang lain. Siapa tahu orang itulah yang banyak pahalanya dalam diam. Saya teringatkan pada mereka yang siang dan malam pada bulan Ramadan ini sama sahaja seperti siang dan malam sebelas bulan yang lain. Lapar dan dahaga dan sebulan selepas itu berpesta ketika raya seolah terlepas dari perkara yang membelenggukan. Alangkah ruginya.
(Siapa kata syaitan dan iblis di ikat dan digari? Ia telah kuat duduk dalam diri kita sebenarnya. Rupa-rupanya selama ini, dirilah yang tewas kerana lemah, bukan makhluk tersebut yang terlalu kuat.)
Masjid Putra
8 September 2008
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan