Selasa, Ogos 20, 2019

Pasca ceramah


Baru selesai menghadiri ceramah Prof Dr Farish A Noor (ya!) di ISTAC pagi tadi dengan tajuk
CONTEMPORARY NEOCOLONIALISM IN THE MALAY WORLD. Pertama kali mendengar ceramahnya, pertama kali juga masuk ke dalam Main Hall ISTAC. Semua serba sempurna, alhamdulillah.

Antara intipati ceramahnya, dan perlu aku buat bacaan tambahan selepas ini (macam selalu):
  1. Beliau memulakan ceramah dengan memberi tiga situasi penjajahan di Jawa, Burma dan lautan Asia Tenggara
  2. Beza antara colonial - colonialism dan empire - emperialism


Selasa, Julai 16, 2019

Pasca kematian

Apa yang ada dalam fikiran kita selepas berlaku kematian dalam kalangan teman yang rapat dengan kita?

Yang pergi

Petang Sabtu 6 Julai, setelah selesai mengendalikan PASAK di hadapan 29 orang guru, tenaga pengajar dan pentadbir QLS dan Madrasah Hj Farid, aku lihat di telefon tertera nama Syafiqah. Memang jarang Syafiqah telefon, mesti ada yang mendesak.

Aku ingat-ingat lupa apa ayanya, tapi yang jelas dia kata, "Kak, Zazren jatuh bilik air. Sekarang di ICU Hospital Sungai Buloh."

Aku menyusun kembali ayat dia dalam kepala. Zazren-jatuh-ICU-Hospital.

Kemudian dia sambung, "Bayi dia tak dapat diselamatkan."

Ayat kedua menyentap fikiranku. Ini bukan jatuh yang biasa.

Kemudian Syafiqah mesej dan masuk dalam group 'Geng Trip Jimat' yang ada Zaz di dalamnya, dengan Syafiqah dah Hidayah.


***
Aku merancang untuk ke hospital. Hari ini ada jamuan raya - sebenarnya dah habis raya - di RUSSEL dan janji nak jumpa Yogi bagi buku, Tapi aku ada motor, kereta pada Nurul yang tadi ambil nak jumpa kawan dia di Bangi. AKu kena dapatkan kereta untuk ke HSB.

***
Balik rumah dulu, tenangkan fikiran. Tapi waktu melawat hingga jam 7. Fikir dan fikir.

***
Ahad 7 Julai - pergi hospital

**
Update dari Syafiqah

Buat group

Naikkan status di FB

Jumaat 12 Julai - pergi melawat

Sabtu 13 Julai disahkan meninggal

Ziarah buat kali terakhir

Pasca kematian

Khamis, Mei 09, 2019

Pemesong dan penunjuk

Dalam ziarah ke rumah dan melawat abah yang sudah keluar dari hospital sehari sebelum puasa, seorang perempuan berpangkat nenek - kerana suaminya adik beradik embah ku - bertanya satu soalan yang tidak disangka-sangka: memang benarkah sejarah kita telah dipesongkan?

Tidak sempat menjawabnya, emak sudah mencelah dengan cerita-cerita biasa. Sayup-sayup dari depan aku dengar nama Sultan Ali, Temenggung, Sultan, kerajaan Johor disebut. Aku pasti ada kena mengena pertanyaan ini dengan perbualan di depan.

Namun soalan itu bermain dalam kepalaku beberapa hari. Apakah jawapan yang sepatutnya boleh ku berikan ketika itu? Jika dalam keadaan spontan, apakah aku boleh memberi jawapan yang baik? Pasti darjat kesarjanaanku tercabar waktu itu. Namun Aku yakin, soalan ini ada kena mengena dengan silsilah keluarga atau perihal Perang Jementah atau keluarga di Segamat kerana mutakhir ini dalam mesej berkumpulan, pernah soalan tentang Kesultanan Johor diajukan. 

Jika ditanya lagi soalan yang sama, aku bercadang untuk menjawab dengan menanyakan soalan seperti berikut:
1. Siapakah yang menulis sejarah kita? 
2. Bolehkah dinamakan penulis-penulis itu.
3. Apakah kita tahu apa yang mereka tulis atau sekadar mendengar cerita yang sejarah telah terpesong?
4. Apakah bahagian yang dikatakan terpesong?
5. Apakah bahagian yang dikatakan betul?
6. Siapakah yang mengatakan yang betul?
7. Apakah kita tahu kelayakan penulis yang memesong dan penulis yang betul?
8. Jika kita yakin telah terpesong, apakah saranan yang perlu dibuat?
9. 

Beberapa jawapan yang boleh dihurai lagi:
1. Semua ini berpunca dari keruntuhan wibawa ilmiah seseorang - sama ada dalam menulis, menyampai ilmu, menghurai maqsud atau memahaminya. Setiap satunya ada tanggungjawab tersendiri. Jika dari asal menulis bagi menggelapkan fakta dan cerita, maka kisah sebenar akan terkorban.
2. 

Bakal bersambung...

Selasa, Mei 07, 2019

Membetulkan dan meluruskan

Bismi’Llāh

Telah masuk Ramadan hari kedua. Beberapa hari sebelum Ramadan, berlaku perbincangan panjang dari pagi hingga petang. Apa yang dapat kusimpulkan, perbincangan itu lebih kepada luahan perasaan, rasa tak puas hati, rasa diketepikan, kurang perhatian, dan pelbagai rasa lain yang lebih kepada perasaan diri. 

Sebenarnya, apakah yang kita lihat pada diri sendiri dan mengapa kita melihat orang lain? Mengapa harus memikirkan diri tak cukup itu ini dan menuduh orang lain sebagai punca ketidak cukupkan itu. Pada pandangan ku, itu semua berpunca dari rasa besar terhadap diri. Jadi cukuplah aku nyatakan itu sahaja. Aku harus melihat diri juga tanpa membandingkan orang lain.

Allahu a’lam

Isnin, Mei 06, 2019

Dua tahun berlalu

Ramadan mengimbas kenangan dua tahun yang lalu. Ketika itu Ismael Za Azrene baru masuk bertugas (semula) di UM dan pejabatnya betul-betul depan perpustakaan. Maka dengan pantas berfikir dan membuat keputusan, saya merancang perjalanannya ke tempat kerja yang dapat memanfaatkan kedua-dua pihak. Dia baru balik dari perjalanan jauh, lalu saya tawarkan duduk di rumah sepanjang puasa sebelum mula menyewa. Selepas sahur, kami cepat-cepat subuh dan memulakan pemanduan ke UM seawal pukul 6. Pukul 7 atau beberapa minit sebelum 7 pagi, kami tiba di masjid al-Rahman. Kami tidur sekejap selepas menunaikan solat-solat sunat sementara menanti pejabat dan perpustakaan buka pada pukul 8. Sepanjang Ramadan itulah, penulisan tesis saya dapat digerakkan, susunan bab diperhalusi dan kandungannya ditambahbaik. Walaupun saya tidak meminjam atau merujuk apa-apa buku, suasana di perpustakaan sangat membantu dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menyiapkan tesis. Kira-kira tiga kali seminggu kami meredah perjalanan pagi manakala hari yang lainnya saya ke pejabat menguruskan apa yang perlu atau memadai memperkemaskan tulisan di rumah. Ramadan tahun itu ternyata memberi kesan yang kuat pada perkembangan tesis dan tahun berikutnya, tesis dihantar untuk penilaian.
Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. Semoga kita dapat menunaikan puasa sebulan pada tahun ini dalam keadaan sihat dalam menambah amalan dan ibadar.

Selasa, April 30, 2019

Konvo: Kenangan dan Harapan

Sebaik sahaja menyambung pengajian empat tahun laju, emak dan abah sentiasa bertanya tentang pelajaran saya, tujuan belajar, bila kan habis dan sejauh mana perkembangan pengajian. Mereka sudah mengira bilakah saya akan tamat dan menghitung tarikh majlis konvokesyen. Bagi emak abah yang tidak berpeluang belajar lebih tinggi, apatah lagi melepasi sekolah menengah, pada mereka, itulah majlis besar yang perlu diraikan, apatah lagi mereka tidak dapat bersama-sama menghadirinya sewaktu saya tamat ijazah sarjana di UiA dahulu - atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan saat akhir. Emak dan abah sudah dapat membayangkan bagaimana suasana majlis konvokesyen di UTM kerana pernah berada dalam dewan meraikan adik saya lima tahun lalu, juga di peringkat sarjana. 
Kira-kira 19 hari yang lalu, abah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Kuman terlalu mengganas dan membahayakan, sehingga perlu dilanjutkan tempoh rawatan bagi membolehkan cecair yang lebih kuat dimasukkan ke badan abah. Dengan perasaan cemas, kami menghitung hari: Ramadan yang hampir tiba, kenduri kesyukuran yang ditangguhkan, janji temu pembedahan katarak di hospital dan majlis konvokesyen, semuanya nampak tidak menyebelahi. Akhirnya, hari besar ini diraikan tanpa abah. 
Habis majlis konvokesyen, kami terus balik dengan harapan sempat mengejar waktu lawatan yang tamat pukul 7.30 malam. Tetapi nasib tak menyebelahi dan kami melawat pagi ini, sebelum waktu berakhir pada 7.30 pagi. 
Begitulah penghujung sebuah perjalanan yang belum berakhir

Pasca ceramah

Baru selesai menghadiri ceramah Prof Dr Farish A Noor (ya!) di ISTAC pagi tadi dengan tajuk CONTEMPORARY NEOCOLONIALISM IN THE MALAY WORLD. ...