Sabtu, Ogos 29, 2015

The worldview

So we all look at life very differently from each other, as if everyone is from a different world. Of course we do not belong to different worlds, but we do subscribe to different worldviews, as a matter of fact.

What is a worldview? A worldview is the set of lenses through which you see the world around you. It is a set of inter-related beliefs that help you make sense of your experiences.


The worldview affects the way you think, how you feel, and how you live your life. Through your worldview, you interpret life in a particular way, and because of that your worldview matters.To understand further what a worldview is, think carefully about the big questions of life. Think and try to answer these questions. Does God exist? How did everything begin? Who am I? Why am I here? Am I living a good life? What happens after I die?


By Mohd Asham Ahmad,Senior Fellow at Ikim’s Centre for the Study of Syariah, Law and Politics. .

Khamis, Ogos 06, 2015

Kembara Kemboja #8

Tasik Tonle Sap merupakan tasik yang luas dan besar. 90km kata Rahman, pemandu tuk-tuk di Phnom Penh. Aku tak semak pula, belum Google.

Ada cruise yang membolehkan pelancong mudik Tonle Sap. tapi taklah mudik keseluruhan tasik, memadari dari jeti hingga ke muara. Bila dah tiba di mulut Tonle Sap yang luas macam laut, bot pun berhenti. Nikmatilah pndangan yang luas dan keruh. Air pada musim kering tanpa setitik hujan menyebabkan airnya macam teh susu. 

Bayaran cruise cuma USD15. Cuma, haha. Jangan convert ke RM, nanti menyesal.


Dari atas, menuju ke jeti

Di sini ramai orang Vietnam duduk. Mereka bukan orang asal Kemboja, tetapi kaum pendatang. Orang datang ni tak boleh ada tanah, tapi boleh buat rumah di Tonle Sap. Kerana itulah aku pelik bila melihatkan wajah-wajah penduuk di sini yang seperti Cina dan berkulit cerah, tak seperti orang Kemboja yang berkulit sawo matang macam orang Melayu kita.

Banyak rumah dibina, ada kecil ada besar. Hidupnya atas air, segala aktiviti adalah sekitar tasik. Ketika musim panas-kering begini, mereka akan membeli air untuk diminum tapi untuk masak, pakai dan lain-lain aktiviti, memang menggunakan air tasik. Setiap rumah pun ada tandas. Ok, jangan bayangkan yang lain-ain.

Bila tiba musim hujan, air tasik akan naik. Penduduk akan melayarkan rumah mereka ke bahagian lain tasik yang tidak tinggi airnya. Begtulah yang aku diberitahu.

Rumah terapung


Menghampiri Tonle Sap, masih di muara



Saujana mata memandang. Di sini, bot berhenti untuk mengambil gambar sebelum berpatah balik.



Restoran pun ada




Rabu, Ogos 05, 2015

Kelas Arab hari Selasa


Gambar di cuplik dari FB Ustaz

Kelas Arab Madinah di Sg Merab bersambung selepas 6 minggu bercuti (puasa + raya). Perancangan awal, pelajar akan masuk buku 2. Tetapi malam ini Ustaz mengubah metod pengajaran. Dia akui dalam kesibukan untuk menanda wajibat, jadi eloklah wajibat yang ada kami sama-sama memeriksa wajibat teman-teman. Ini sangat bagus katanya kerana boleh sama-sama belajar kesilapan. Lagipun dia tidak mahu wajibat ditinggalkan. Oleh itu minggu depan bermula kelas menyemak wajibat dari bab 10 hingga 23. Ini bermakna pelajaran buku 2 akan bermula paling awal Disember nanti. Dalam kelas ini, wajibat adalah WAJIB.

Bila melihat bilangan pelajar yang kian menyusut, ustaz akui ini lumrah. Dia pun memberi nasihat. Kelas percuma tidak ada komitmen apa kecuali minat. Kebanyakan yang tak datang bukan malas tetapi dah mula tak faham. Bila buat wajibat, tak siap. Bila belajar, tak dapat tangkap. kemudian rasa taknak datang. Bila dah tercicir mulalah tak datang selalu.Jadi katanya berdoalah agar Allah berikan kefahaman kepada kita dalam belajar. Apatah lagi ini bahasa al-Qur'an, kena banyak bersabar. Tak faham pun datanglah kelas, nanti lama-lama dapat ilmunya. Dia bagi contoh kawannnya yang 9 tahun belajar kelas tiga kali seminggu, repeat banyak kali tapi akhirnya kini mengajar pula bahasa Arab. Kata kuncinya sabar.

Dua nasihatnya ini memang bermakna buat aku yang sejak akhir-akhir ini dah mula rasa lemau dan masuk angin. I'rab dalam wajibat tak boleh jawab. Rasa lost betul. Tapi bukan aku sorang. Yang lain pun begitu.

Namun ini puncanya satu: tak buat ulangkaji. Balik rumah, buku letak tepi, minggu depan baru ambil. Macamana nak pandai?

Aku kena fokus kembali akan niat belajar bahasa Arab. Ingat, nak kaji kitab turath kena kuasai bahasa dahulu. KUASAI


Selasa, Ogos 04, 2015

Kembara Kemboja #7

Diterbitkan di FB pada 2 Ogos 2015

Thanks to my travel partner Dessert Queen. Opportunity to spend time with you is such a memorable journey in order to know more about your passion on baking and traveling - yes, these two different world that so unique on her. Kau ingat senang nak jalan dengan seorang baker cum traveller addict yang dicemburui ramai? Berderet orang nak curi masa travel dengan dia tau LOL! (Eh i'm serious ok).

Terima kasih menyediakan segala-galanya, bermula dari tiket penerbangan, memilih h...otel, cari pemandu tuk-tuk yang handsome, siapkan itinerary, rancang perjalanan dan semua sekalilah. Memang segala-galanya aku serahkan pada kau sebab aku tersangkut dengan kerja sehinggalah beberapa jam sebelum kita terbang. Apa yang dapat aku bagi pada kau hanyalah beberapa episod drama yang mengecutkan perut haha!

Bau masam, muka berminyak, lenguh lutut, sakit kaki, berdenyut kepala, perut lapar, kulit gelap, tengok persembahan tak faham apa adalah antara kenangan yang dapat dirasai bersama dalam perjalanan empat hari tiga malam. Orang lain sibuk dengan raya, kita pergi berjalan jauh-jauh. Apatah lagi dengan poket yang rabak sebab semua transaksi guna USD. Thank you for lending your ears for my sharing on history and thanks for entertaining my curiosity on many things. Jangan menyesal travel dengan aku. Haha!

Thanks friend!

#cambodiatrip #travel2015 #day4

Isnin, Ogos 03, 2015

Kembara Kemboja #6






Semua bas-relief atau ukiran di dinding Angkor Wat memaparkan watak wanita yang tidak menutup bahagian dada. Tetapi Cik Srikandi menemui dua ukiran wanita yang berkebaya.

Puas saya meneliti setiap ukiran. Lenguh lutut memanjat hingga ke puncak menara dengan tangga yang curam. Bukan tak jumpa, tetapi keletihan benar-benar mengganggu. Saya tahu ada bahagian yang saya tak masuk. Maka saya pasti di situlah dua gadis berkebaya itu berada.

Apa istimewanya gadis berkebaya ini? Mengapa mereka berbeza dari bas-relief yang lain?
feeling excited.



*Cik Srikandi share mesej yang aku hantar kepadanya. Eh, berdebar juga. Mujurlah bercakap hal yang baik-baik. Dia perasan aku letakkan gambar bukunya ini dan dia beri komen di FB. AKu rasa dia ikuti perkembanganku selepas itu. Best kan :)



----
Mesej asalnya seperti berikut:


Siem Reap & Nirvana

Siem Reap bermaksud 'Siam Kalah'. Ini untuk menandakan bahawa Siam (Thai) tidak lagi menjajah kawasan Siem Reap yang sebelum itu diberi nama sebagai 'Nakhon Siam' oleh pemerintah Thai. Selepas era 'Varman Kings', orang Khmer telah memasuki 'Era Kegelapan' yang menyaksikan wilayah mereka ditakluk oleh orang-orang Thai dan ini diburukkan lagi dengan konflik dalaman.

Di sini terletaknya Angkor Wat yang terkenal itu. Ketika saya melawatnya dahulu,saya telah mengukir sebaris ayat di dalam satu bangunan yang ditandakan sebagai 'library'.

Tiada siapa yang melihat perbuatan saya. Saya mengukir ayat-ayat rahsia itu, apabila terperasan bahawa Angkor Wat seolah-olah ingin menyerupai kejuruteraan Borobudur, 'seroja' yang terapung di tengah tasik.

Namun Borobudur lebih kompleks, ia dibina dengan plan ingin menampakkan seolah-olah ia dikelilingi air. Adakah ia dibina dahulu, kemudian disalurkan air supaya di sekelilingnya menjadi tasik buatan? Ataupun membinanya di tengah-tengah tasik? Teknologi apakah yang digunakan oleh Srivijaya?

Dari sini saya beri clue: itulah sebabnya mereka membina East & West Baray.

Angkor Wat seakan-akan lagu yang menjadi anthem Nirvana. Cobain cuba untuk meniru sound Pixies tapi apa yang keluar adalah Smell Like Teen Spirit.

Mengapungkan sebuah kompleks bangunan yang berton-ton beratnya di atas sebuah tasik adalah kegilaan.

Gila..tetapi setelah ia menukar pelannya dari 'seroja' yang terapung di atas tasik, kepada 'seroja' yang hidup di atas sekeping tanah yang terapung di atas tasik. Aneh kan?

Kepada fans saya yang ke sana baru-baru ni, ukiran vandalisme saya itu mengadap ke East Baray, sebab di sana ada 'prototaip' Borobudur...

~Srikandi

 The Secretkeeper of Suryavarman I of Angkor & Bansasura of Ligor

https://www.facebook.com/norziati.rosman/posts/10206054199847976?pnref=story

Bas-relief berbentuk ..errr bunga apa ni?


Ada makna ukiran yang dihasilkan


Ahad, Ogos 02, 2015

Kembara Kemboja #5


Dari pintu masuk, kita akan nampak stupa ini. Tapi stupa ni merupakan check-point akhir. Kena ke station 1 dulu agar sesuai dengan kronologi pembuhuhan. Err..



1) Phnom Penh dan Siem Riep memberikan dua perasaan berbeza dalam satu hidangan yang sama: sejarah yang mendatangkan rasa derita dan kagum.
 
Check-point di Killing Fields. Kalau tak silap di sini tempat pertuduhan dibacakan sebelum mangsa dibunuh



2) Kekejaman rejim Khmer Rouge di Choueng Ek Killing Field dan penyiksaan terhadap tahanan di Tuol Sleng Genosid Museum ketika zaman Khmer Rouge pada hari pertama tiba memadamkan kegembiraan menjejakkan kaki ke Kemboja. Tiada kata dapat menggambarkan tindakan tidak berperikemanusiaan askar Pol Pot selama tiga tahun, sembilan bulan, du...a puluh hari yang membunuh tiga juta penduduk Kemboja (ya, ingat angka itu - kekejaman mereka telah saya hafal sejak kecil). Kami masing-masing terdiam mendengar rakaman audio sambil melihat puluhan kuburan besar mangsa perang. Masih jelas tinggalan berupa tulang, gigi, pakaian dan alat penyiksaan dipamerkan, serta stupa 17 tingkat yang menyimpan sebahagian kecil tengkorak dan tulang mangsa yang telah dianalisa. Yang lain dibiarkan di dalam 'kubur'.

Mass grave



3) Bersama pemandu tuk-tuk yang bersama kami, dapatlah bersoal jawab banyak perkara tentang masyarakat Kemboja khususnya Melayu Champa, Islam, ekonomi dan politik. Sisi Kemboja masih samar-samar dalam pengetahuan. Masih banyak perlu dibaca

Pemandu tuk-tuk. Tengok jalan yang banjir tu. Naik tutk-tuk pun macam naik roller coaster.



4) Siem Riep adalah kota pelancongan. Inilah sumber ekonomi ketiga Kemboja. Kekayaan tidak sekata menyaksikan Siem Riep jauh berbeza dari Phonm Penh dan pekan-pelan kecil yang dilalui sepanjang enam jam perjalanan. Angkor Wat ternyata menjadi modal menarik pelancong tingga terasa seperti berada di Phuket atau Krabi. Melihat kompleks Angkor yang bersih, terjaga, besar dan gagah dalam kawasan yang luas, tak terbayang bagaimana batu-batu besar diangkat oleh manusia zaman lampau. Perasaan yang sama dirasai ketika menjejaki Lembah Bujang, Sungai Batu, Borobudur dan monumen Mahabalipuram di Tamil Nadu. Sahabat, teknologi mereka lebih besar dari kita.

Russian Market yang menjadi syurga membeli belah. Besar!



Sekitar Phnom Penh. Aku suka ambil gambar talian elektriknya yang berselirat. Ke mana-mana aku pergi, pasti aku ambil. Kenapa? Sebab aku ni pelik orangnya :p



5) Sudah melihat, sudah merasa, sudah meneliti. Selang-seli perjalanan melihat budaya dan adat masyarakat yang rencam mendatangkan banyak persoalan tentang apa dan mengapa. Angkor Wat dan binaan disekitarnya membuatkan pelbagai soalan timbul. Sudah sampai masanya membaca sejarah Indo-China yang bukunya telah lama dibeli tapi dibiarkan sepi menyendiri di rak.
Membaca sementara menunggu travel partner bersolek



6) Dalam usaha memahami sejarah, banyak yang perlu saya baca dan fahami. Bukan berdasarkan kepada apa yang orang kata atau kaji. Kitalah yang harus turun padang memahami dan meneliti. Sejarah kita adalah milik kita. Mengapa harus membiarkan orang lain menuliskan untuk kita? 

#cambodiatrip #travel2015 #day3
 
feeling ancient at Siem Reap Province ខេត្ត សៀមរាប.


Muzium. Dapat tangkap gambar je, tak sempat masuk. Dah petang, dah tutup

Sabtu, Ogos 01, 2015

Kembara Kemboja #4

catatan dari FB bertarikh 2 Ogos 2015


Perjalanan pada 30 Julai 2015
 



Inilah lokasi pembunuhan beramai-ramai yang dinamakan Choeung Ek Killing Fields, terletak tidak jauh dari bandar Phnom Penh. Ketika kecil saya banyak membaca di dada akhbar tentang sifat tidak berperikemanusiaan regim Khmer Rouge di bawah Pol Pot yang membunuh rakyat Kemboja yang enggan menerima fahaman komunis. Sesiapa yang berwajah cerdik, belajar di universiti, memakai cermin mata dan berkulit halus akan dibunuh kerana mereka adalah orang-orang pandai yang akan menentang fahaman komunis nanti. Setiap penduduk dikerah melakukan kerja yang sama seperti menanam padi dan tidak dibenarkan memiliki tanah. Mereka tinggal dalam pusat penempatan yang sama dan diberi makanan yang sama. Semuanya kerana ideologi komunis. Kononnya sama rata dan adil.


Selepas tiga tahun penderitaan yang berakhir pada 1979, banyak kekejaman yang mereka lakukan disedari masyarakat antarabangsa. Kubur pembunuhan beramai-ramai, kem siksaan tahanan dan jenis pembunuhan kejam dibongkar satu persatu. Masyarakat sepakat membawa penjenayah ke pengadilan antarabangsa dan dihadapkan ke tribunal jenayah perang. Ketika itu sekitar 1990-an, saya masih ingat wajah tua Pol Pot, Khieu Samphan dan Ieng Sary duduk dibangku pengadilan mendengarkan jenayah yang mereka lakukan dan pertuduhan yang disenaraikan.




Namun mereka tidak akan pernah merasa bersalah. Tiga tokoh Khmer Rouge inilah yang merencanakan penyiksaan ke seluruh Kemboja. Saya masih ingat apa yang mereka buat seperti yang diceritakan saksi. Bagaimana mangsa dikumpulkan, disembelih, dipukul dengan apa sahaja hingga mati, bayi dihentam ke pokok hingga tercabut nyawa, siksaan di kem tahanan yang tidak terbayang oleh fikiran waras manusia. Tiada peluru yang akan membunuh mereka kerana harga peluru sangat mahal. Oleh itu apa sahaja alat yang ada akan digunakan sebagai senjata.


Setiap kali membaca laporan akhbar dan catatan wartawan ke Kemboja ketika itu, saya sering membayangkan siksaan hidup mereka dan derita hari-hari yang dilalui tanpa mengetahui apakah esok masih ada buat mereka. Sejak itu saya sering tertanya apakah saya mampu menjejaki Kemboja dan berada di padang pembunuhan ini. Dan apakah saya sanggup melihat kekejaman yang telah menjadi sebahagian dari sejarah pedih Kemboja.


Di belakang saya adalah stupa 17 tingkat yang menempatkan tengkorak dan tulang temulang mangsa. Tetapi banyak lagi dibiarkan di dalam kubur kerana terlalu banyak untuk diletakkan dalam stupa. Pelancong yang menziarahi Killing Fields diberi satu set rakaman audio untuk mendengar penerangan di setiap check-point yang berakhir di stupa. Sepanjang penerangan bermacam-macam perasaan timbul. Teman seperjalanan yang selalunya akan mengambil banyak gambar tidak mampu berbuat demikian sebaliknya berdiam diri sepanjang masa lawatan kami di sini.


Akhirnya saya menewaskan kerisauan dengan berjaya tiba di Killing Fields biarpun dengan perasaan gementar. Tidak semua rakaman dapat saya hayati sepenuhnya. Wajah Pol Pot yang meminta simpati masyarakat antarabangsa sewaktu pengadilan terbayang-bayang di hadapan mata. Mereka akhirnya dihukum, tetapi apalah makna hukuman itu pada usia tua. Dan percayalah, tribunal perang itu masih berjalan sehingga sekarang. Masih ramai tentera yang hidup bebas menunggu waktu pengadilan sedangkan mereka kian menginjak usia tua.


Sedih, memang pedih. Itulah ideologi komunis.


#cambodiatrip #travel2015 #day1




0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...