Sabtu, Februari 28, 2015

Cuci hati

Hati cuma sekeping daging duduk dalam badan kita. Tetapi ia punya pengaruh yang kuat dalam diri kita. Boleh mempengaruhi pemikiran. Boleh menggerakkan perbuatan. Boleh menjadikan kita baik atau jahat.

Bila berada dalam media sosial, apa yang dapat saya lihat ialah ramai yang bercakap tentang diri sendiri. Aku punya ini, aku beli itu, aku ke sana, aku ke sini. Tanpa media sosial, kita tidaklah menayang sesuatu benda semudah hati. Kita tak tunjuk pada orang beg yang baru dibeli. Tak beri tahu harini masak apa akau mengutuk-ngutuk makanan di kedai yang tak sesap. Tapi media sosial mendatangkan penyakit baharu. Apatah lagi dengan selfie. Bila semua ditayangkan, kita mahukan pujian. Bila cakap yang tak selari, mulalah tarik muka. Ada yang left group. Ayat tulis berbeza dengan ayat bercakap. Kita membaca dengan intonasi sendiri. Orang lain menulis dengan intonasi mereka tetapi apakah sampai mesj sebenarnya? Ada kalanya ayat kita bernada marah tetapi yang mebacanya tidak membaca dengan marah, jadi tak jadilah marah. Ada kata nasihat yang ditelak bersifat umum diibaratkan pula menegur dia. Ah, kalau kritik dan tegur pun tak boleh, akibatnya bermasam muka. Tak semena-mena. Perangai anak hingusan.

Semenjak dua menjak aku dah berjaya mengawal cara berkomunikasi di media soisial. Kita nak cari kebaikan maka berkawanlah dengn budak baik. Yang selalu memaki hamun dtinggalkan. Tak pernah berinteraksi juga pun eloklah dikeluarkan. Yang selalu jumpa, ah, kan selalu tau berita. Maka tinggalkah media sosial untuk perkara bermanfaat. Dari 2000++ tinggal 450, sebagai menepati sarasan 500 awal tahun ini.

Sekarang aku sedang membersihkan hati. Buang perkara negatif. Bila kawan memulakan gebang, aku tinggalkan dan tak baca. Banyak unsur membesarkan diri di sana, kadang-kadang aku mencelah beri kata nasihat. Dapat mencelah sahajalah. Sedarnya sekejap kemudian sambung mengumpat. Itu belum lagi cerita luar maya. Ah, aku nak kumpul pahala. Hidup bukannya panjang. Jadi sekarang banyaklah aku diam, mengelak jumpa orang. Elak bercakap tentang orang. Banyakkan baca buku agama dan motivasi. Baca tafsir. Kenapa? Kerana aku penat mendengar manusia bercerita tentang manusia.

Ahad, Februari 15, 2015

Dua kehidupan yang dikenang-kenang

Sudah masuk pagi Jumaat. Khamis ada dua kematian yang menyebabkan Malaysia tergamam.
Hasbullah Awang pada siang dan Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat pada 9.45 malam. Aku catatkan di dinding FB sebagai kenangan masa depan.

--

Hasbullah Awang yang sering menyapa pendengaranku dengan cukup indah ketika berkomentar secara langsung di siaran sukan pada waktu-waktu kecil ku kini telah pun pergi. Innalillah



Dan...

Saya tidak ada kenangan bersamanya. Tidak pernah bergambar bersama. Tidak pernah hadir dalam majlisnya. Tidak pernah berusaha mendekati perjuangannya.

Saya hanya mengenali beliau dari jauh. Dari Harakah yang selalu abah beli. Juga dari akhbar lain yang sering memaparkan berita-berita kecil tentangnya sebagai seorang ahli politik tetapi dari sisi negatif . Atau berita di kaca tv yang menunjukkan dia bercakap sekerat-sekerat, pada ucapan yang tidak habis bagi menunjukkan dia ...pembangkang sejati. Semakin dewasa semakin mengenali beliau dari teman yang datang dari Kelantan. Mereka berkongsi tentang kuliah pagi Jumaatnya yang sering dinantikan. Tentang tulisannya yang menjernihkan pemikiran. Tentang siri ceramahnya yang mengisi jiwa yang kekosongan.

Perjalanannya di dunia cukup payah bila memikul tugas seorang agamawan dan politikawan. Tetapi dia menunjukkan jalan sebaliknya. Pada sesetengah pihak, agama haruslah diasingkan dari jawatan. Tetapi beliau menunjukkan jalan sebaliknya. Tiada batasan untuk mendidik ummah meskipun bergelar pemimpin. Malah kepimpinan dan teladan yang ditunjukkan ketika berada atas cukup diteladani ramai. Benar, dia menunjukkan jalan yang patut kita contohi. Dari kehidupan serba sederhana di Kampung Pulau Melaka hingga kepada sopan bicaranya ketika bertemu rakyat dan para penuntut ilmu.

Perjuangannya di dunia telah selesai. Selamat berpulang Tuan Guru yang dikasihi. Moga cahaya yang kau bawa di dunia ini kan kekal menerangi insan yang masih bernafas di dunia ini.


Selamat berpulang sang murabbi!






Rabu, Februari 11, 2015

Belajar bahasa

Sudah menghampiri setahun kelas bahasa Arab percuma yang ku pelajari setiap malam Rabu. Kelas ini memang percuma, dianjurkan oleh seorang guru budiman. Dia kerja sendiri, menjual unit trust dan perniagaannya sedang berkembang. Mengajar bahasa Arab pula sudah menjadi darah dagingnya. Asalnya dia belajar dari Ustaz Taha yang terkenal diKelantan kerana mahu faham apa yang dipelajarnya di sekolah. Belajar boleh dapat A tapi tak tahu apa yang dibelajarnya. Selepas masuk kelas Ustaz Taha barulah dia faham bahasa Arab sepenuhnya. Dia masuk Darul Quran untuk belajar Quran kemudian sambung di UIA dalam Kejuruteraan. Da terus mengajar di UIA meskipun kepada pelajar yang mengambil bahasa Arab. Dia bertukar ke jurusan Ekonomi dan kemudian bertemu jodoh dengan anak muridnya. Kelasnya merata, anak muridnya pelbagai. Kelas peecuma ini atas janjinya untuk menginfaqkan sedikit pengetahuan dan masanya yang terluang.

Kelas kami menggunakan silibus Dr V Raheem yang banyak dipakai di seluruh dunia. Aku akui berbeza sekali dengan apa yg aku pelajari dahulu di UIA. Di Casis pun guna Matn Ajerumiyah, teks klasik Arab yang agak susah tapi menjadi senang bila kita faham. Style bertalaqqi dan mengingat. Jadi buku teks katanya ada 3 dan buku satu makan masa setahun. Kelas ini santai sahaja. Kadang dua muka tak habis. Ada kalanya rasa banyak sangat belajar. Selalu juga kelas batal. Bila musim cuti sekolah banyaklah cuti. Aku pula, dua bulan kebelakangan ini banyak halangan hingga banyak tertinggal. Meskipun ada rasa malas dan letih, ku gagahi juga. Niatku tetap sama dari dulu - belajar hingga faham Quran. Malam ini kami rujuk Quran untuk dua ayat. Nampaknya sedikit demi sedikit kefahamanku dah sampai. Cuma nak tahu nahu lebih jelas. Ahad yang lalu pula aku beli tafsir Quran BM untuk dipelajari sendiri, moga hari tercerah hati untuk faham Quran dnegan betul. 

Kepada guruku, moga Allah murahkan rezekinya supaya dapat mengajar ramai orang, diberikan kesihatan dan semangat untuk terus mengajak insan mendampingi ayat Tuhan dengan betul dan dimudahkan jalan mencari dan memberi ilmu yang benar. 

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...