Sabtu, Februari 09, 2013

Berubah

Kemudiannya saya sedar siaran Ikim.fm sudah berubah sebaik sahaja kalendar Januari 2013 bermula. Tetapi tak mengapa, saya pastikan recorder cukup bateri dan rakaman terkini akan segera saya dengar sebagai satu cara mengulangkaji 'pelajaran.' Kawasan kejiranan kian meriah, saban minggu ada sahaja yang berpindah. Persatuan penduduk sudah ditubuhkan, dan untuk ini kita harus berterima kasih kepada teknologi yang membantu memudahkan proses. Dengan hanya memperkenalkan diri sebagai salah seorang penghuni taman, pihak pentadbir akan memasukkan nama ke dalam kumpulan tertutup di FB dan kemudian forum maya dilancarkan. Dalam masa tidak ramai yang pindah, hari keluarga sudah pun diadakan, AJK sudah ditubuhkan dan mereka menjalankan kerja-kerja awal sebelum kontraktor / pemaju melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada persatuan penduduk. Oleh kerana masing-masing berusia sekitar 30-40 tahun, maka generasi celik teknologi dengan otak yang cergas, aktif menjalankan kerja-kerja belakang tabir menyelesaikan masalah yang berbangkit, misalnya isu sampah yang tidak dikutip oleh kontraktor yang dilantik pemaju, pengawal keselamatan yang masih dibawah tanggunggan pemaju dan yang penting adalah isu keselamatan memandangkan fasa pembinaan masih berjalan disebelah kawasan yang sudah siap dibina.

Saya arif betapa renyahnya melayan insan yang cerewet dan berhubung pula dengan pemaju yang kadang kala bersikap lepas tangan. Tetapi insan hebat ini bekerja di belakang tabir tanpa sebarang upah. Mereka melaksanakan tanggungjawab itu sewajarnya. Anda adalah hero dalam diam! Tahniah!

Isnin, Februari 04, 2013

Terjemahan

Secara tidak sengaja, ramai pula yang bertanya kepada saya - sama ada menerusi emel atau chat di YM - tips atau cara menjadi penterjemah yang berjaya. Tergaru-garu juga saya, kerana ini bukanlah bidang utama saya, dan bagaimana saya boleh masuk ke bidang ini juga suatu 'epik' seperti yang pernah saya ceritakan di sini. Namun apa yang saya sampaikan di situ cuma bunga-bunga - permulaan kepada kerjaya penterjemah.

Perkara utama yang menjadi fokus penterjemah ialah bagaimana mahu mendapatkan pelanggan.


1. Khidmat dari Senior translator
2. Iklankan diri
3. Peranan kawan-kawan
4. Marketing strategy: jangan sombong, ringankan mulut
5. Hadiri majlis dan perkumpulan
6. Rajin bertanya
7. 

*Iklan; akan disambung selepas ini :)

Jumaat, Februari 01, 2013

Tukar

Sudah masuk hari ke-32 hari ini. Januari sudah berlalu dan Februari mengambil alih. Hari-hari berlalu seperti biasa buat saya, menempuh perjalanan ke pejabat, bekerja dan pulang kembali. Setiap hari saya melihat perubahan-perubahan di kawasan kejiranan yang naik berdiikit-dikit. Jika semalam masih belum ada bumbung, hari ini pekerja giat memasang atap. Atau tiba-tiba pagar sudah berdiri memisahkan rumah dan  jalanan yang luas. Kawasan ini masih belum siap sepenuhnya, dan dihujung jalan dapat dilihat tanah sedang diratakan untuk fasa pembangunan berikutnya. Selepas ini siapa tahu, saya hanya melihat konkrit rumah, bukannya pohon menghijau di bukit bukau sekitar pergunungan Langat.

Dan Januari juga menjadi saksi saya memberanikan menghantar surat perletakan jawatan secara mengejut. Hampir semua terpempan dan hingga sekarang mereka masih menanti apakah saya akan menarik balik notis tersebut. Biar saya simpan sahaja jawapan itu.

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...