Khamis, Disember 28, 2017

Za’ba yang tidak kita lihat - 1

Buku: Jejak-jejak di Pantai Zaman
Apabila Za’ba menulis tentang ekonomi Melayu, seawal 1923 lagi dalam sebuah akhbar Inggeris dan pada 1927 dalam majalah berbahasa Melayu, dia menerima kesan yang sangat kuat lantas mendatangkan rasa trauma padanya hingga ke akhir hayat. Za’ba telah dihalang untuk terlibat secara langsung dalam politik orang Melayu, termasuklah yang ada kena mengena dengan ekonomi dan sosial. Selepas menulis tentang ekonomi, antara lain yang sempat Za’ba sertai ialah pertemuan pertama menentang Malayan Union. Selepas itu, pena Za’ba dipencilkan hanya kepada bidang bahasa, terjemahan dan agama manakala hidupnya kongkong oleh pandangan mata-mata (spy). Mulutnya telah ditutup, kakinya telah diikat. Dia tidak lagi dapat menegur bangsanya. British telah ‘memenjaranya’. Malah Prof Diraja Ungku Aziz dalam buku ini memuji Za’ba, dan berkata bahawa Za’ba ‘patut menerima penghormatan daripada generasi ahli-ahli ekonomi Malaysia sekarang’.
Buku ini patut dibaca. Malangnya, selepas diterbitkan dua kali (1987, 2007), siapakah yang perasan apa yang Prof Ungku tulis tentang Za’ba?
Bersambung ...

Isnin, Disember 18, 2017

Jalan Pantai Baru

Aku terbaca tentang berita IIUM PJ yang dikosongkan kerana mahu dipulangkan kepada pemiliknya, iaitu Kolej Islam Malaya (nota kaki dalam buku terbaru yang aku kerjakan ada maklumat tentang kolej ini, belilah nanti ya).
Akulah generasi matrikulasi dengan nombor matrik 961xxx yang bertuah (atau rugi?) tak pernah merasa duduk di IIUM PJ. Kampus matrikulasi kami di kampus Lembah Pantai (sekarang IPG Bahasa Antarabangsa) selama dua tahun kemudian terus ke Gombak yang masih dalam pembinaan, belum siap sepenuhnya. Masjid SHAS yang menjadi lokasi Ta'aruf Week kami redah walaupun masih dipenuhi simen, batu, besi, pasir dan pekerja asing (sekitar 1998).
Tiada kenangan langsung di IIUM PJ tetapi pernah menjejakkan kaki, tak sampai pun sepuluh kali, bermalam beberapa hari di asramanya ketika menyertai satu acara sukan peringkat IPTA dan singgah solat di masjidnya bila-bila lalu di sekitar Sekseyn 14. Dan sehingga kini, kawasan PJ masih asing padaku dan boleh sesat barat jika tak guna Maps/Waze.
Selamat pulang ke pangkuan

Khamis, Disember 14, 2017

Barisan hadapan: The Front Line

Ahad malam Isnin aku kena ingat selalu kerana ada filem Korea yang menarik untuk ditonton. AKu bukanlah peminat atau penonton filem kerana kau lebih gemar membaca, tetapi aku tahu apa yang mahu aku tonton, bila dan dengan siapa.

Filem malam tadi berjudul The Front Line, sebuah filem perang, perang saudara. Adik aku baru tengok tak sampai sepuluh minit dah memanjat tangga naik ke bilik. AKu yang berhajat nak tengok sekejap boleh menyambung hingga selesai, malah aku Google maklumat hingga puas membaca tentang filem ini.

Ada satu dialog menarik pada pengakhir filem ini yang terngiang-ngiang hingga kini:


+ Kau tahu kenapa kau kalah dalam perang? Kerana kau tak tahu tujuan berperang.


Geleng


- Aku tahu. Dahulu aku tahu. Tapi perang ini terlalu lama sehingga aku lupa apa tujuannya berperang.

The Front Line, filem (2011)


https://en.m.wikipedia.org/wiki/The_Front_Line_(2011_film)

Jumaat, Disember 01, 2017

Bermula dari keyakinan

Sedang berbual santai tentang falsafah dan entah apa yang aku cakap agaknya, bila tiba-tiba dia tulis: Ulama dulu dah habis bahas tentang psikologi dan motivasi rupanya.

Aku berfikir sejenak sebelum menulis ringkas, Philosophy in other words, adalah psychology.

Pada pandangan ku, philosophy atau ilmu kalam atau usuluddin atau ilmu tawhid (general interpretation to philosophy) in the end membawa kita kembali dan dekat kepada Tuhan. Asas perbahasan kita ialah yaqin. Bermula dari sesuatu yang thabit.

Philosophy Barat menjauhkan diri dari tuhan. Sebab asas perbahasan mereka ialah keraguan. Mereka tak berpijak dibumi yang nyata

Keranan itulah status WhatsAppku tertulis: yang tidak berakar pasti dibawa banjir.

Bagaimana untuk kukuh berdiri kalau tiada akar?

Allahu a’lam

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...