Jumaat, April 28, 2006

Lantai T. Pinkie

Lantai T. Pinkie - seperti kata watak T. Pinkie sendiri - adalah tapak yang berulang-alik, penuh ritma yang riang, juga penuh detak yang muram.

Aku menanti masa untuk menontonnya.
Tengok sorang pun takpe, dah jenis kawan-kawan semua tak minat benda-benda macam ni..

Takut

Dalam siri 'Motinasi Pagi' yang disiarkan di TV3 pagi tadi, aku amat tertarik dengan perbincangannya. Cepat sahaja aku mencapai pen dan buku nota (yang sentiasa ada dimana-mana) dan kuperturunkan untuk tatapan semua.


Lima perkara yang menyebabkan manusia takut kepada Allah:
  1. Takut akan kematian - Manusia merasa seolah-olah hidup didunia ini adalah buat selama-lamanya dan merasakan bahawa kematian itu adalah penghujung kehidupan. Manusia ini lupa agaknya bahawa kita punya lagi satu dunia yang maha penting dan kekal abadi buat selamanya.
  2. Takut akan kegagalan - apabila kita berdoa, seringkali terasa yang seolah-olah Allah tidak mendengar akan doa kita. Apa yang kita minta sama ada lambat atau tak dapat langsung. Sebenarnya, ada hikmah mengapa Allah menangguhkan doa kita. Dia mahu kita terus berusaha, jgn berputus asa dan ada sifat sabar. Ada hikmah disebalikna. Mungkin kita akn dapat yang lebih baik dan hebat. Allah jua yang mengetahui akan segala-galanya
  3. Takut dikata - teringat kepada kisah bapa, anak dan seekor keldai yang sampai kesudah asyik turun naik keldai kerana mendengar dan mengikut kata orang. Begitulah manusia, baik dikata, buruk juga dikata. Tetapi lebih elok jika dikata dalam keadaan baik
  4. Takut tiada harta - manusia takut hidup dalam kemiskinan, seolah-solah ia adalah satu hukuman kehidupan. mereka merasa seolah-olah dunia akan berakhir apabila mereka jatuh miskin, walhal hak memberi rezeki itu adalah pada Allah. Jadi mengapa kita takut? teruskan berusaha dan berdoa!
  5. Takut hilang kasih sayang - kasih sayang adalah fitrah manusia dan mereka amat takut jik akehilangan kasih sayang - kerana merasa seolah-olah mereka ini akan hidup sendirian dan ditinggalkan keseorangan. Kasih sayang jua milik Allah, malah Dia adalah Maha Penyanyang. curahkan. Kasih sayang manusia bermusim, datang dan pergi, mudah luntur dan tidak kekal. Limpahan kasih sayang Allah lebih penting dari kasih sayang yang manusia
Sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba Nya.

Moga-moga memberikan manfaat yang bukan sedikit.
Amin

Khamis, April 27, 2006

Kawan

Kadang-kadang kita hidup ni pun, tak tau apa yang kita cari....
Hidup ini pulak rasanya, macam duduk dalam satu kotak, berpusing –pusing mencari jalan keluar. Tiada haluan. Tiada masa depan.

Aku ingat lagi bila aku ucapkan kata-kata macam tu dulu, aku akan di beri tazkirah berjam-jam oleh seorang kawan, yang nyata usianya lebih muda dari aku.

Tazkirah berjam-jam.

Dah aku ni jenis cepat insaf, cepat sahaja tangkai hatiku terusik dengan kata-katanya yang bersulam nasihat. Cepat benar aku kalah dan sedar. Mudah terduduk dengan tikaman ayatnya. Dan mudah juga airmata aku menitis, yang jatuh dengan keinsafan.

"Itu kata-kata orang yang tak ada masa depan.
Cuba fikirkan sesuatu yang positif.
Sentiasa sibukkan diri dengan sesuatu.
Jangan terlalu fikirkan tentang kekurangan diri"

Dan berpuluh-puluh nasihat lagi yang ada, yang sempat aku ingat.

Mujurlah aku ini jenis yang suka mencatat apa sahaja, maka perbualan hari itu masih tersimpan kemas dalam kotak-kotak aku yang berisi macam-macam kertas yang pelbagai saiz.

(Aku tak simpan diari. Cukuplah buku nota biasa. Atau kalau dah malas sangat, tulislah atas mana-mana recycle paper yang sempat aku jumpa.)

Kawan aku itu, sebenarnya banyak jasanya pada aku. Memang aku amat terhutang budi padanya. Dia banyak membentuk sifat aku sekarang. Yang boleh memandang kehadapan dengan nafas yang yang panjang dan menghilangkan masalah yang berlegar disekeliling kepala. Yang boleh berdiri sendiri dan berjalan dengan penuh yakin. Yang mampu tersenyum biar masalah datang melanda. Yang masih boleh bersabar biarpun kena baling file dengan bos. Dan boleh bersabar biarpun kena maki hamun. Yang penting, positif atas semua perkara.

Dia mengajar aku menukar pemikiran yang negatif kepada positif – sesuatu yang aku tak pernah tahu sebelum itu dan dialah cikgu subjek positif nombor wahid. Dia bagi aku macam-macam buku untuk aku baca – The Magic of Thinking Big, Rich Dad Poor Dad, Who Move My Cheese, buku Dale Carniege yg aku dah lupa tajuknya dan macam-macam lagi. Dia bagi kaset motivasi untuk aku dengar. Dia galakkan aku untuk menulis sebab dia tahu itu hobi aku dan selalu mengimpikan menjadi seperti Faisal Tehrani. Dia tahu aku boleh pergi jauh asalkan aku buang sikap-sikap yang tidak perlu yang boleh menghalang diri aku sendiri. Dia tahu baca mana kelemahan aku dan mahu aku buang semua sikap yang ada. Malah, dia suruh aku listkan perkara yang aku suka, perkara yang aku tak suka, sikap aku, ajar aku body languange, cara bergaul, cara bercakap, cara menegur orang dan, macam-macam lagi.

Semuanya aku simpan dan aku praktikkan. Awalnya terasa ego kerana ditegur oleh budak hingusan, tapi dah aku ni jenis tak melawan dan menurutkan kata orang, maka aku ikutlah. Alhamdulillah, hasilnya bukan dalam masa sehari dua. Sekarang ini masih lagi terkesan akan ilmu yang ada.

Mana nak cari cikgu macam tu sekarang? Consultant charge beribu-ribu tau!

Kawan aku tu masih ada lagi, bekerja dan berusaha mengejar impiannya. Sesekali jumpa, aku menanti-nanti kata-kata nasihat yang keluar dari mulutnya. Kali ini, bukan nasihat yang aku terima, tetapi pujian atas perubahan diri aku.

“Akak dah banyak berubahlah”

Sahabat yang baik adalah yang boleh memberikan sesuatu yang lebih berharga dari sebutir mutiara.

Hani, terima kasih.

Khamis, April 20, 2006

Untuk fikir bersama

TETAPLAH KAU JADI MILIKKU - Radja


Bisakah engkau ku agungkan,
Sesuci dan secantik sang rembulan,
Mampukah engkau menahan godaan,
Dari seribu rayu manis yang datang,

Jangan pernah merasa gelap
Diantara sinar-sinar yang terang,
Jangan pernah merasa sepi
Bila engkau ditengah keramaian,

Biarlah hitam menjadi putih,
Tetaplah kau jadi milikku,
Jangan merasa dirimu masih sendiri,
Tetaplah engkau disisiku,

Jujur saja wahai kekasih,
Saat ini aku tak bisa jauh,
Apalagi harus melupakanmu,
Sedetik pun kini aku tak mampu...

* rasanya menarik untuk aku kongsi lirik lagu ni. Ada makna yang cukup dalam tersirat di sebaliknya dan bila aku perhatikan betul-betul...hhmmmm menarik sebenarnya...terutamanya rangkap kedua tu....
Semoga dapat sesuatu darinya!

Maaf?

20 April

Ada benda salah yang dah saya buat hari ini, hingga menyebabkan diri seseorang itu begitu terasa. Kemaafan yang saya minta berkali-kali tidak mampu diterima. Jawapannya hanya satu, tunggu raya baru minta maaf!

Ah! saya terasa amat kejam, tetapi bukan pada diri sendiri. Saya mengaku kesalahan itu, mungkin kerana semalam lewat tidur, maka kepala pun tak mampu berfikir dengan waras. Maka terkeluarlah kata-kata yang kurang menyenangkan. Kasihan, tapi benda dah berlaku, apa boleh buat?

Namun saya merasa cukup kesal, kesal kerana saya telah melakukan kesilapan itu. Berkali-kali saya bertanya, mengapa boleh saya bergurau dengan nada yang sebegitu keras? Bagaimana boleh hati yang saya kira cukup keras terguris dengan mudah?
Oh! bersalahnya saya....

(Teringat pada kata-kata Kak Dila kelmarin - puncanya adalah pada hati. Andai ia bersih, segala-galanya bersih. Sucikan hati dan carilah penawarnya....)

Isnin, April 17, 2006

CATATAN KESYUKURAN 1

Bila kita lupa untuk bersyukur

tuhan akan memandang kita dengan sebelah mata

lalu mengatakan siapalah engkau wahai manusia

yang dahulu menitiskan air mata menagih simpati

memohon dengan ikhlas atas semua kemahuanmu

yang bila kau terima akan kau buat itu dan melakukan ini

memberi itu dan berkongsi ini

mahukan lebih rezeki untuk berbakti

supaya hidup kau kelak akan diberkati


tapi kita cepat sahaja lupa untuk berterima kasih

lalu dia tarik semua yang diberi dan sekelip mata ia pergi

seperti tsunami, katrina atau pun “Nabi”

lalu kita akan terkapai-kapai dan tercungap-cungap

maka lidah yang dahulu kelu berkata syukur

mula belajar mengucapkannya

kita pun menadah tangan kembali memohon kepada Nya

meminta ampun maaf dan mahu kembali hidup seperti sebelumnya

menitiskan kembali airmata keinsafan dan kejujuran

atas semua kealpaan dan ketewasan dek telunjuk syaitan

kerana kau tahu Tuhan tidak sekejam mana

kepada hambanya yang selalu alpa


tapi bila diberinya kita rezeki sekali lagi

apakah syukur itu terus wujud dalam diri

kerana bila kita lupa untuk bersyukur

nikmat yang ditabur buat kita jadi takbur


NORZIATI BINTI MOHD ROSMAN

2 OKTOBER 2005

BANDAR BARU BANGI



* disiapkan selepas teruk kena marah dengan bos - di beri warning dan kata dua. Bila balik aku fikir-fikir balik apa yang dia kata, renung balik apa yang aku dah buat - kesimpulannya satu. Mungkin kerana tak bersyukur atas apa yang ada menyebabkan aku buat kerja sambil lewa dan ambil endah tak endah atas perkara tertentu. Mujurlah diberi kesempatan dan peluang untuk perbaiki keadaan dan Alhamdulillah, aku mampu memperbaikinya.

Jumaat, April 14, 2006

Warkah seorang aku

Warkah seorang aku

Mungkin warkah ini akan ku tulis dengan airmata. Ah! Maaf, awal surat lagi aku sudah membicarakan yang tidak enak. Tetapi, ketahuilah bahawa, apa yang akan aku coretkan ini bukan sekadar satu omongan kosong, malah sesuatu yang lahir tulus dari hati ini.

Perkara ini sudah pun berlegar dikepalaku sejak beberapa hari yang lalu, malah kadangkala menjadikan tidurku tidak nyenyak dengan mimpi-mimpi dan igauan yang mengganggu dan menggusarkan fikiran. Awalnya, aku membiarkan dan cuba melupakan. Tetapi, mana mungkin ia pergi dengan sendirinya tanpa aku cuba melupakannya.

Pening bukan?


SATU

Aku mahu mencoret lebih panjang tentang diri aku ini. Dan kau nilaikanlah harga sekeping hati ini, sama ada ia benar benar luka atupun cukup lara.

Tahun ini, awal 2006 bakal menyaksikan usiaku bertambah ke 28. ah! Angka yang aku rasa tidak ada apa-apa makna, selain dari pertambahan usia. Selalu aku dengar orang berkata yang dia hidup ini disebabkan oleh itu dan ini, kerana itu dan kerana ini. Aku? ah, aku sendiri tak mengerti mengapa mereka berkata demikian dan mengapa harus ada jawapan untuk soalan itu.

27 tahun aku hidup, aku sering merasa kesunyian. Aku rasa aku tiada apa-apa, tiada siapa kecuali diri aku sendiri (selain dari keluarga di kampung). Aku sendirian disini,oleh itu aku hidup untuk diri sendiri. Aku sunyi kerana aku tiada siapa, aku sunyi kerana aku hanya ada aku. Hanya diriku. Aku selalu bermain dengan diri sendiri, melihat hanya diri sendiri, berkawan dengan diri sendiri, ketawa dengan diri sendiri dan menangis dengan diri sendiri. Aku rasa aku tiada siapa yang boleh berkawan, yang boleh aku ajak keluar untuk makan, yang boleh aku ajak berbual dan berbicara, yang boleh aku ajak untuk mendengar kisah lara hati, yang boleh ketawa dan menangis sama-sama. Ah! Tiada.

Aku tidak memilih sahabat, aku tidak memilih kawan. Aku mencari yang boleh mendengar, menegur dan berbicara, yang boleh bersama bila aku perlu. Aku tidak memilih kawan, sahabat atau teman. Tidak sama sekali! Tetapi aku sendiri yang dipilih oleh orang lain untuk tidak menjadi teman. Mengapa ya? Satu persoalan yang jawapannya cukup panjang untuk aku ulaskan, malah kalau perlu berjela-jela.

Ada satu perkara yang menyebabkan aku sentiasa dipinggir dalam berkawan. Kalau pun bersahabat, aku dapat merasakan bau-bau yang tidak menyenangkan dan amatlah elok untuk aku mengundurkan diri sebelum hati aku terguris dengan lebih dalam lagi. Aku sentiasa cuba untuk melarikan diri dari orang lain kerana aku sendiri tak mahu mereka merasa tidak selesa apa bila aku turut serta dengan mereka. Kau mesti tertanya mengapa aku berkeadaan begini. Aku tidak cacat, malah sempurna fizikal dan mental. Tetapi ada satu perkara yang menyebabkan aku sering rasa terpinggir dan terhina dengan pandangan mata yang tidak mengerti. Ah! Alangkah kejamnya mereka itu. Tetapi aku tidak menyalahkan mereka, malah aku bersyukur kerana mereka menyedarkan aku tentang siapa diri aku.

Selama hidup ini, satu kekurangan yang sering aku bawa ialah wajah ku sendiri. Kenapa? Mungkin kerana kau sendiri belum melihat siapa aku. Kalau pun dah lihat, tentu kau akui kebenaran ini dan beransur mahu meninggalkan aku seperti sahabat aku yang lain. Kerana wajahku inilah, aku sering dipinggirkan, dipandang sepi oleh insan lain dan tidak dipedulikan, malah sering menerima jelingan yang tidak perlu dari mereka yang tidak mengerti tentang diri ini. Sudah cukup terasa hati ini, hinggakan setiap pandangan dan jelingan itu menjadikan aku seorang yang rendah diri, cukup rendah diri dan menimbulkan ‘mental block’ pada diriku untuk bercampur dengan orang lain.

Aku menjadi takut untuk berkawan, kerana aku takut menerima pandangan orang lain, dan takut orang lain tidak senang aku bersama dalam kelompok mereka, yang selalu menyebabkan aku mengasingkan diri biarpun berada dalam keramaian. Aku menjadi malu untuk berkawan kerana aku malu dengan wajahku dan tidak mahu mereka malu kerana aku adalah sahabat mereka. Mengapa aku jadi begini, ya? Cuba kau sendiri bayangkan, doktor sampai pada tahap menasihatkan aku untuk buat surgery, kerana katanya itu adalah penawar yang paling berkesan untuk wajahku yang penuh dan berlubang-lubang dengan parut jerawat. Bukan setakat wajah, malah badan juga. Sampai kesitu sekali tahapnya! Jadi aku rasa kau pasti sudah dapat mengagak bagaimana teruk agaknya rupaku ini….hmmm

Sukar sebenarnya untuk aku keluar dengan wajah yang sebegini. Aku tidak pernah mengatakan yang rupaku ini buruk tetapi aku bersyukur kerana masih punya wajah yang sempurna tanpa kecacatan fizikal. Malah parut-parut ini menjadikan aku sentiasa bersyukur dan rendah diri atas kekurangan aku dan sentiasa insaf bahawa ada orang yang lebih teruk dari aku sebenarnya. Tapi, tiap kali aku keluar, mata yang memandang ibarat belati yang mencucuk tangkai hati ini. Itu belum lagi jelingan dan kerutan dahi yang memandang bagi hendak keluar biji mata, yang menambahkan lagi bisa, pedih dan lara hati. Aku selau bertanya pada diri sendiri, disaat manusia menidakkan rupa dan paras wajah sebagai fackor utama dalam menjalin persahabatan, mengapa masih ada yang memperlekehkannya. Aku tidak menemui jawapannya malah aku biarkan ia menjadi soalan yang tanpa jawapan, yang bila aku cari pun sekadar menambah bisa, pedih dan lara hati ini.

Wajah yang berparut dan berlubang ini ibarat bangkai yang aku bawa kemana-mana. Wajahku sudah sembab dan membengkak dari dalam. Aku takut kalau-kalau ia bertukar kepada kanser sahaja. Ramai yang bertanya dan menyarankan aku menggunakan itu dan ini, memakai itu dan ini, menyapu itu dan ini. Aku senyum dan menolak dengan penuh hikmah. Terima kasih atas cadangan itu, aku tidak rasakan yang kulit ini mampu diubah. Sudah lama ia berkeadaan begini dan sudah sebati dengan diriku. Sebut sahaja namaku, maka sudah terbayang wajah seorang perempuan yang punyai wajah yang berparut dan berlubang-lubang disana sini. Bukan aku tidak mahu mengubahnya, bukan aku tidak mahu menukarnya menjadi baik, tetapi hati aku sudah pedih dan penat untuk berusaha kerana hasilnya cuma membuang duitku. Aku katakan sekali lagi, parut dan lubang-lubang ini sudah lama bermaharajalela dan mengambil masa juga untuk diubati. Tetapi, aku sudah pedih hati untuk berusaha. Biarlah aku dengan keadaan begini. Sekurang-kurangnya aku dapat menilai hati budi orang yang ingin bersahabat denganku, sama ada dia ikhlas atau buat-buat. Memang ada nada putus asa tetapi aku tidak mahu segala usahaku menjadi satu tekanan hingga boleh merubah wajah ku sendiri. Biarlah, dan kadangkala aku senang berkeadaan begini….

Tentu kau dah dapat jawapan mengapa aku sentiasa merasa sunyi. Aku tidak membuang sahabat, malah tetap ada sahabat dan ada yang begiu baik padaku. Tetapi aku sudah menjadi seorang yang rendah diri dan punyai halangan mental terhadap orang lain. Bila aku keluar bersama mereka, aku cuba mengasingkan diri dangn berjalan seorang diri atau lari jauh dibelakang supaya tidak bersama kelompok meeka. Aku tidak mahu mereka dicemuh dalam diam hanya kerana mempunyai sahabat yang wajahnya berparut dan berlubang-lubang. Aku sendiri faham perasaan mereka yang mahu sahabat yang baik-baik dan sempurna sahaja. Aku tahu dan faham akan sifat manusia yang mahukan yang lengkap, sempurna serta yang indah-indah sahaja. Inilah yang menjadikan aku semakin jauh dari mereka…. Bila aku keluar sendiri, aku akan pandang wajah yang ada satu persatu, melhat dan mentafsir pandangan mata mereka...

Aku memang rasa sunyi..tiada teman untuk dibual bicara, sekadar berteman diri sendiri melayan lara hati. Kadangkala aku rasanya lebih senang seorang begini, tak perlu risau pasal yang lain, tak perlu gundah gulana tentang mereka yang diluar. Tapi ada juga pahitnya, bila ketawa dan menangis bersendirian. Bila mulut terkunci tanpa ada teman yang boleh diajak bual atau mendenagr curahan perasaan dan luahan hati ini. Yang ada hanyalah coretan pada kertas, buku dan laptop yang menjadi tempat untuk aku mencurahkah segala rasa marah, benci, gusar, dendam, rindu dan sayang aku pada mereka. Apa yang aku coretkan adalah apa yang terpendam dilubuk jiwa, moga ia menjadi satu warkah berharga buat masa depanku…


DUA

Aku jua ingin rasa disayangi, ingin rasa diambil perhatian dan diberi pehatian, aku juga teringin untuk menerima panggilan telefon dari seseorang bertanyakan sama ada aku sudah makan atau beluum, sihat atau sakit, sibuk atau lapang. Aku juga ingin diajak keluar dan makan, berjalan dan berbual, bergurau dan memikir masa depan. Aku merasa cemburu bila melihat temanmelayan panggilan telefon berjam-jam, SMS dan berbual bicara tentang itu dan ini. Aku merasa cemburu bila melihat teman dibawa keluar dan makan, berjalan dan berbual, bergurau dan memikir masa depan.

Aku teringinkan semuanya itu, tetapi bila memikirkan satu perkara ini, hati aku terdetik keras, apakah ada insan yang sudi melihat diri ini, mahupun menjeling, bertegur dan menyapa. Apakah ada insan yang mampu mengusik tangkai hati ini, bertanya dan bermesra. Apakah ada insan yang simpati dengan keadaan diri ini dan cuba menghiburkan hati. Tidak..sepanjang ingatanku tiada..tiada siapa yang pernah berbuat begitu. Usah katakan lelaki, yang perempuan juga memingggirkan, tetapi mujurlah ada seorang dua yang memahami, tetapi itu tidak memadai sebenarnya. Yang memahami itu menyembuhkan luka buat seketika, tetapi esoknya luka itu berdarah kembali dan bernanah….

Yang aku lakukan sekarang ini, sekadar berdiam diri. Mereka ini sekadar menjadikan aku lebih sepi dan hiba, lebih gundah dan lara. Aku menjadi pendendam perasaan, rendah diri dan menyingkirkan orang lain dari kehidupanku. Sebab itu aku rasa lebih elok hidup seorang diri. Daripada mereka menyusahkan hidupku, lebih baik aku tidak menyusahkan mereka. Biarlah aku dengan dunia ku, dengan cita-citaku, biarlah aku kejar impian yang telah aku cipta, impian yang mahu aku bina dan kejar, supaya dunia melihatku dengan mata yang terbuka dan hati yang besar, biar mereka tahu siapa aku dan biar mereka kenal aku ini siapa. Biarlah aku tidak berjodoh dan biarlah aku tidak berteman. Jika itu yang telah disuratkan untukku, aku redha…..

Maaf, warkah ini terlalu panjang dan penuh dengan airmata. Tetapi selepas 27 tahun aku bernafas, inilah diriku. Andai kau sudi untuk terus menghulurkan persahabatan, aku sedia tetapi was-was tetap wujud dalam diri.

Sekian,

Aku

070106

SMS

Handphone menjerit.

Ada satu SMS masuk.

Show

"I send my cares to the wind and ask the wind to pass them to you.
When you feel the wind blowing against your face, that's me saying I miss you so much"

Senyum

Menarik ni...

Sender?

Arrgghhh!!! Kenapa perempuan yang sent!

Penawar??

"Penat, bosan, sedih, haru, menyampah, kosong, sunyi, geram, marah, cemburu..... apa lagi?"

"Kenapa"

"Semua perasaan ada, bercampur baur, dengan resah gelisah, aahhh... .kalau nak difikirkan tentang jiwa yang tak tenteram ini, sampai kiamat pun belum tentu jumpa penawarnya.."

"Penawarnya? "

"Ya! Penawar jiwa bagi hati yang luka dan lara, yang gelisah, yang resah, yang tidak tenteram..."

"Penawarnya senang sahaja..buka Qur'an dan baca"

"Baca? Setakat baca?"

"Mmmm....ya, baca"

Diam.

"Kalau setakat baca, jadi macam baca buku ceritalah"

"Janganlah anggap macam baca buku cerita"

"Dah tu kalau suruh baca, sekadar baca sahajalah"

"Susahlah bercakap dengan orang yang terlebih pandai ni"

Senyum.

"Kau ni, mencari penawar bukan setakat baca, fahamkan juga"

"Tapi aku, bila rasa resah gelisah macam kau, aku akan panjangkan wirid dan doa, baca Qur'an... walaupun aku tak paham sangat. Alhamdulillah selepas itu, rasa lega."

"Tapi sekarang ni, aku tak boleh sembahyang la...itu masalahnya....!"

"Ooohh, masalah orang perempuan!"

"Eh! Kau pun perempuan"

"Memanglah. Masa ni hormon tak stabil..macam-macam perasaan ada."

"Jadi, apa penawarnya?"

Ya, apa penawarnya?

Penawarnya? :-) Boleh buat proposal ni... he he....

Rabu, April 12, 2006

New environment

This is not a new environment actually..

Terasa jugak bosan kat opis baru ni....teringat kat tempat lama. Tempat kena baling file, kena maki hamun, kena marah. Tempat dimana airmata aku mengalir bila kena marah....he he tak pernah kena marah sampai nak keluar airmata. Tapi nak buat macam mana.. dah memang nak kena marah, dengan mood bos yang selalu tak elok. Apa boleh buat, nasib badan.

Cuma sekarang aku asyik teringat pada kawan-kawan yang aku tinggalkan kat opis sana. kesian diaorng, tetap menghadapi situasi yang sama. Tapi aku dah pesan, kalau tak tahan, tak larat, cari keje baru. Kalau performance dah menurun, kerjasama susah..bla..blaa...blaaa...blaahhh ajelah.

Kat sini, kat opis baru ni aku tampal besar-besar kat depan mata aku sebagai penguat semangat..

"Zeti! Do keep your dreams alive!! Be positive! Believe in yourself!"

Ya! believe in yourself!!

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...