Warkah seorang aku
Aku mahu mencoret lebih panjang tentang diri aku ini. Dan kau nilaikanlah harga sekeping hati ini, sama ada ia benar benar luka atupun cukup lara.
Aku tidak memilih sahabat, aku tidak memilih kawan. Aku mencari yang boleh mendengar, menegur dan berbicara, yang boleh bersama bila aku perlu. Aku tidak memilih kawan, sahabat atau teman. Tidak sama sekali! Tetapi aku sendiri yang dipilih oleh orang lain untuk tidak menjadi teman. Mengapa ya? Satu persoalan yang jawapannya cukup panjang untuk aku ulaskan, malah kalau perlu berjela-jela.
Selama hidup ini, satu kekurangan yang sering aku bawa ialah wajah ku sendiri. Kenapa? Mungkin kerana kau sendiri belum melihat siapa aku. Kalau pun dah lihat, tentu kau akui kebenaran ini dan beransur mahu meninggalkan aku seperti sahabat aku yang lain. Kerana wajahku inilah, aku sering dipinggirkan, dipandang sepi oleh insan lain dan tidak dipedulikan, malah sering menerima jelingan yang tidak perlu dari mereka yang tidak mengerti tentang diri ini. Sudah cukup terasa hati ini, hinggakan setiap pandangan dan jelingan itu menjadikan aku seorang yang rendah diri, cukup rendah diri dan menimbulkan ‘mental block’ pada diriku untuk bercampur dengan orang lain.
Aku menjadi takut untuk berkawan, kerana aku takut menerima pandangan orang lain, dan takut orang lain tidak senang aku bersama dalam kelompok mereka, yang selalu menyebabkan aku mengasingkan diri biarpun berada dalam keramaian. Aku menjadi malu untuk berkawan kerana aku malu dengan wajahku dan tidak mahu mereka malu kerana aku adalah sahabat mereka. Mengapa aku jadi begini, ya?
Sukar sebenarnya untuk aku keluar dengan wajah yang sebegini. Aku tidak pernah mengatakan yang rupaku ini buruk tetapi aku bersyukur kerana masih punya wajah yang sempurna tanpa kecacatan fizikal. Malah parut-parut ini menjadikan aku sentiasa bersyukur dan rendah diri atas kekurangan aku dan sentiasa insaf bahawa ada orang yang lebih teruk dari aku sebenarnya. Tapi, tiap kali aku keluar, mata yang memandang ibarat belati yang mencucuk tangkai hati ini. Itu belum lagi jelingan dan kerutan dahi yang memandang bagi hendak keluar biji mata, yang menambahkan lagi bisa, pedih dan lara hati. Aku selau bertanya pada diri sendiri, disaat manusia menidakkan rupa dan paras wajah sebagai fackor utama dalam menjalin persahabatan, mengapa masih ada yang memperlekehkannya. Aku tidak menemui jawapannya malah aku biarkan ia menjadi soalan yang tanpa jawapan, yang bila aku cari pun sekadar menambah bisa, pedih dan lara hati ini.
Wajah yang berparut dan berlubang ini ibarat bangkai yang aku bawa kemana-mana. Wajahku sudah sembab dan membengkak dari dalam. Aku takut kalau-kalau ia bertukar kepada kanser sahaja. Ramai yang bertanya dan menyarankan aku menggunakan itu dan ini, memakai itu dan ini, menyapu itu dan ini. Aku senyum dan menolak dengan penuh hikmah. Terima kasih atas cadangan itu, aku tidak rasakan yang kulit ini mampu diubah. Sudah lama ia berkeadaan begini dan sudah sebati dengan diriku. Sebut sahaja namaku, maka sudah terbayang wajah seorang perempuan yang punyai wajah yang berparut dan berlubang-lubang disana sini. Bukan aku tidak mahu mengubahnya, bukan aku tidak mahu menukarnya menjadi baik, tetapi hati aku sudah pedih dan penat untuk berusaha kerana hasilnya cuma membuang duitku. Aku katakan sekali lagi, parut dan lubang-lubang ini sudah lama bermaharajalela dan mengambil masa juga untuk diubati. Tetapi, aku sudah pedih hati untuk berusaha. Biarlah aku dengan keadaan begini. Sekurang-kurangnya aku dapat menilai hati budi orang yang ingin bersahabat denganku, sama ada dia ikhlas atau buat-buat. Memang ada nada putus asa tetapi aku tidak mahu segala usahaku menjadi satu tekanan hingga boleh merubah wajah ku sendiri. Biarlah, dan kadangkala aku senang berkeadaan begini….
Tentu kau dah dapat jawapan mengapa aku sentiasa merasa sunyi. Aku tidak membuang sahabat, malah tetap ada sahabat dan ada yang begiu baik padaku. Tetapi aku sudah menjadi seorang yang rendah diri dan punyai halangan mental terhadap orang lain. Bila aku keluar bersama mereka, aku
Aku memang rasa sunyi..tiada teman untuk dibual bicara, sekadar berteman diri sendiri melayan lara hati. Kadangkala aku rasanya lebih senang seorang begini, tak perlu risau pasal yang lain, tak perlu gundah gulana tentang mereka yang diluar. Tapi ada juga pahitnya, bila ketawa dan menangis bersendirian. Bila mulut terkunci tanpa ada teman yang boleh diajak bual atau mendenagr curahan perasaan dan luahan hati ini. Yang ada hanyalah coretan pada kertas, buku dan laptop yang menjadi tempat untuk aku mencurahkah segala rasa marah, benci, gusar, dendam, rindu dan sayang aku pada mereka. Apa yang aku coretkan adalah apa yang terpendam dilubuk jiwa, moga ia menjadi satu warkah berharga buat masa depanku…
DUA
Aku jua ingin rasa disayangi, ingin rasa diambil perhatian dan diberi pehatian, aku juga teringin untuk menerima panggilan telefon dari seseorang bertanyakan sama ada aku sudah makan atau beluum, sihat atau sakit, sibuk atau lapang. Aku juga ingin diajak keluar dan makan, berjalan dan berbual, bergurau dan memikir masa depan. Aku merasa cemburu bila melihat temanmelayan panggilan telefon berjam-jam, SMS dan berbual bicara tentang itu dan ini. Aku merasa cemburu bila melihat teman dibawa keluar dan makan, berjalan dan berbual, bergurau dan memikir masa depan.
Aku teringinkan semuanya itu, tetapi bila memikirkan satu perkara ini, hati aku terdetik keras, apakah ada insan yang sudi melihat diri ini, mahupun menjeling, bertegur dan menyapa. Apakah ada insan yang mampu mengusik tangkai hati ini, bertanya dan bermesra. Apakah ada insan yang simpati dengan keadaan diri ini dan
Yang aku lakukan sekarang ini, sekadar berdiam diri. Mereka ini sekadar menjadikan aku lebih sepi dan hiba, lebih gundah dan lara. Aku menjadi pendendam perasaan, rendah diri dan menyingkirkan orang lain dari kehidupanku. Sebab itu aku rasa lebih elok hidup seorang diri. Daripada mereka menyusahkan hidupku, lebih baik aku tidak menyusahkan mereka. Biarlah aku dengan dunia ku, dengan cita-citaku, biarlah aku kejar impian yang telah aku cipta, impian yang mahu aku bina dan kejar, supaya dunia melihatku dengan mata yang terbuka dan hati yang besar, biar mereka tahu siapa aku dan biar mereka kenal aku ini siapa. Biarlah aku tidak berjodoh dan biarlah aku tidak berteman. Jika itu yang telah disuratkan untukku, aku redha…..
Maaf, warkah ini terlalu panjang dan penuh dengan airmata. Tetapi selepas 27 tahun aku bernafas, inilah diriku. Andai kau sudi untuk terus menghulurkan persahabatan, aku sedia tetapi was-was tetap wujud dalam diri.
Sekian,
Aku
070106
87 ulasan:
Kak Zeti...akak fokus pada kelebihan yang akak aderr, insya allah itulah penghibur dari Tuhan yang diberikanNYA...
Terima kasih
itulah sahaja penawar yg akak ada.
Yg penting sekarang, kena positive :-)
Ya. Akak perlu fokuskan kepada kelebihan diri. Saya juga rasa begitu. Saya ada kelemahan diri juga. Selalu rasa sunyi... sebab saya ini 'cacat' dalam satu perkara...
Tq romantis selatan. Selatan tu kat man? Johor? melaka? Seberang Tambak.
Kalau asyik ingat kekurangan diri sahaja, tak kan kemana, betul tak?
Itu sekadar catatan semasa duduk sorang2, masa tu setan datang mencucuk.. adusss!
Bismillaah
As Salaamu 'alaykum and peace to all,
Dear sis Zeti,
I am very touched to read your words. Sedih sis. But, you must believe that everything that happen is for a reason, and as long as we have faith in Allaah, we will be successful and be granted happiness, in this world and hereafter, Insya'Allaah. Salaam,
Sis Zabrina
Cik Zeti, buatlah chatbox, senang sembang-sembang!
Terima kasih semua,
Sifu, memang teringin nak buat chatbox. Semalam edit link pun ambil masa separuh hari....
Bila nak siap chatbox, lecehlah nak tinggal komen di sini. Chatbox lebih mudah dan kawan2 lain senang baca!
Sifu...errr.. saya dah cuba korek-korek..tapi takde pun rahsia nak buat chatbox..
any tips?
saya boleh mengajar kamu meletakkan chatbox.. dan saya sgt tersentuh membaca entry ni.. sabar dan tabahlah menghadapi dgn senyuman.. sesungguhnya tuhan menciptakan manusia itu mmg ada ketidaksempurnaannya..
Wahai Norziati,
Kita mesti selalu positif, bersangka baik dan periang. Saya penulis yang belum terkenal dan penghalangnya banyak. Mungkin saya tiada masalah seperti anda tetapi sifat negatif seperti yang anda gambarkan tetap ada kadangkala. Buangkan sahaja, tolak ketepi, kerana setiap gurisan hati ada kifarahnya. Balasan terbaik hanya daripada Allah. Aroza Yusof
Zigil8 Nice Article.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Please write anything else!
Magnific!
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Nice Article.
Hello all!
Hello all!
Please write anything else!
Nice Article.
ZwoNjh write more, thanks.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Thanks to author.
Wonderful blog.
Thanks to author.
Good job!
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Hello all!
Wonderful blog.
Nice Article.
Magnific!
Nice Article.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Give me ambiguity or give me something else.
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
The gene pool could use a little chlorine.
Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.
Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.
Give me ambiguity or give me something else.
Friends help you move. Real friends help you move bodies
Give me ambiguity or give me something else.
I don't suffer from insanity. I enjoy every minute of it.
I don't suffer from insanity. I enjoy every minute of it.
Save the whales, collect the whole set
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Thanks to author.
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Lottery: A tax on people who are bad at math.
I'm not a complete idiot, some parts are missing!
Friends help you move. Real friends help you move bodies.
A flashlight is a case for holding dead batteries.
The gene pool could use a little chlorine.
C++ should have been called B
Friends help you move. Real friends help you move bodies
Good job!
Beam me aboard, Scotty..... Sure. Will a 2x10 do?
Save the whales, collect the whole set
When there's a will, I want to be in it.
The gene pool could use a little chlorine.
Friends help you move. Real friends help you move bodies
Suicidal twin kills sister by mistake!
Change is inevitable, except from a vending machine.
The gene pool could use a little chlorine.
Magnific!
Oops. My brain just hit a bad sector.
Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.
Nice Article.
Nice Article.
C++ should have been called B
Hello all!
Hello all!
Magnific!
Suicidal twin kills sister by mistake!
All generalizations are false, including this one.
When there's a will, I want to be in it.
Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.
Give me ambiguity or give me something else.
I don't suffer from insanity. I enjoy every minute of it.
All generalizations are false, including this one.
640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81
Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.
The gene pool could use a little chlorine.
Suicidal twin kills sister by mistake!
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Catat Ulasan