Rabu, Februari 11, 2015

Belajar bahasa

Sudah menghampiri setahun kelas bahasa Arab percuma yang ku pelajari setiap malam Rabu. Kelas ini memang percuma, dianjurkan oleh seorang guru budiman. Dia kerja sendiri, menjual unit trust dan perniagaannya sedang berkembang. Mengajar bahasa Arab pula sudah menjadi darah dagingnya. Asalnya dia belajar dari Ustaz Taha yang terkenal diKelantan kerana mahu faham apa yang dipelajarnya di sekolah. Belajar boleh dapat A tapi tak tahu apa yang dibelajarnya. Selepas masuk kelas Ustaz Taha barulah dia faham bahasa Arab sepenuhnya. Dia masuk Darul Quran untuk belajar Quran kemudian sambung di UIA dalam Kejuruteraan. Da terus mengajar di UIA meskipun kepada pelajar yang mengambil bahasa Arab. Dia bertukar ke jurusan Ekonomi dan kemudian bertemu jodoh dengan anak muridnya. Kelasnya merata, anak muridnya pelbagai. Kelas peecuma ini atas janjinya untuk menginfaqkan sedikit pengetahuan dan masanya yang terluang.

Kelas kami menggunakan silibus Dr V Raheem yang banyak dipakai di seluruh dunia. Aku akui berbeza sekali dengan apa yg aku pelajari dahulu di UIA. Di Casis pun guna Matn Ajerumiyah, teks klasik Arab yang agak susah tapi menjadi senang bila kita faham. Style bertalaqqi dan mengingat. Jadi buku teks katanya ada 3 dan buku satu makan masa setahun. Kelas ini santai sahaja. Kadang dua muka tak habis. Ada kalanya rasa banyak sangat belajar. Selalu juga kelas batal. Bila musim cuti sekolah banyaklah cuti. Aku pula, dua bulan kebelakangan ini banyak halangan hingga banyak tertinggal. Meskipun ada rasa malas dan letih, ku gagahi juga. Niatku tetap sama dari dulu - belajar hingga faham Quran. Malam ini kami rujuk Quran untuk dua ayat. Nampaknya sedikit demi sedikit kefahamanku dah sampai. Cuma nak tahu nahu lebih jelas. Ahad yang lalu pula aku beli tafsir Quran BM untuk dipelajari sendiri, moga hari tercerah hati untuk faham Quran dnegan betul. 

Kepada guruku, moga Allah murahkan rezekinya supaya dapat mengajar ramai orang, diberikan kesihatan dan semangat untuk terus mengajak insan mendampingi ayat Tuhan dengan betul dan dimudahkan jalan mencari dan memberi ilmu yang benar. 

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...