Rabu, Ogos 05, 2015

Kelas Arab hari Selasa


Gambar di cuplik dari FB Ustaz

Kelas Arab Madinah di Sg Merab bersambung selepas 6 minggu bercuti (puasa + raya). Perancangan awal, pelajar akan masuk buku 2. Tetapi malam ini Ustaz mengubah metod pengajaran. Dia akui dalam kesibukan untuk menanda wajibat, jadi eloklah wajibat yang ada kami sama-sama memeriksa wajibat teman-teman. Ini sangat bagus katanya kerana boleh sama-sama belajar kesilapan. Lagipun dia tidak mahu wajibat ditinggalkan. Oleh itu minggu depan bermula kelas menyemak wajibat dari bab 10 hingga 23. Ini bermakna pelajaran buku 2 akan bermula paling awal Disember nanti. Dalam kelas ini, wajibat adalah WAJIB.

Bila melihat bilangan pelajar yang kian menyusut, ustaz akui ini lumrah. Dia pun memberi nasihat. Kelas percuma tidak ada komitmen apa kecuali minat. Kebanyakan yang tak datang bukan malas tetapi dah mula tak faham. Bila buat wajibat, tak siap. Bila belajar, tak dapat tangkap. kemudian rasa taknak datang. Bila dah tercicir mulalah tak datang selalu.Jadi katanya berdoalah agar Allah berikan kefahaman kepada kita dalam belajar. Apatah lagi ini bahasa al-Qur'an, kena banyak bersabar. Tak faham pun datanglah kelas, nanti lama-lama dapat ilmunya. Dia bagi contoh kawannnya yang 9 tahun belajar kelas tiga kali seminggu, repeat banyak kali tapi akhirnya kini mengajar pula bahasa Arab. Kata kuncinya sabar.

Dua nasihatnya ini memang bermakna buat aku yang sejak akhir-akhir ini dah mula rasa lemau dan masuk angin. I'rab dalam wajibat tak boleh jawab. Rasa lost betul. Tapi bukan aku sorang. Yang lain pun begitu.

Namun ini puncanya satu: tak buat ulangkaji. Balik rumah, buku letak tepi, minggu depan baru ambil. Macamana nak pandai?

Aku kena fokus kembali akan niat belajar bahasa Arab. Ingat, nak kaji kitab turath kena kuasai bahasa dahulu. KUASAI


Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...