Ahad, Julai 12, 2015

Gaduh anak-anak

Aku perhati sahaja bila Dr KM menembak FT dalam satu status FBnya dua hari lepas. Itu pun selepas Group WA batch aku bercerita tentangnya. Aku share only me tapi tak baca. Aku scroll sampai bawah. Dapat aku tebak apa yang Dr KM 'bagi' pada FT.

Kemudian dalam status lain aku baca yang Dr KM menyahut cabaran penyokong FT agar berdebar di UKM. Aku senyum sinis. Parah ni, desus hatiku.

Malam itu aku hantar mesej pada A dan Ida. Aku teringat perangai masa kecil dahulu..

Bergaduh dalam FB ni macam budak-budak main ejek-ejek lepas tu ajak gaduh kat padang. Ramailah yang datang menonton. Tumbuk menumbuk pun berlaku. Sorak sorai bukan main kuat. Akhirnya dua-dua bengkak muka dan penonton pun bersurai.

Selepas itu yang kuat berkokok ialah para penonton. Masing-masing buat ulasan sendiri hingga melampau-lampau ekspresinya. Yang bergaduh pula kena duduk diam sebab mulut dah bengkak dan tak boleh bercakap apa-apa.

Aku senyum selepas menghantar mesej ini. Mereka berpandangan yang sama.

Kepada A, aku tambah lagi mesej berikut:

Faisal Tehrani merupakan guru penulisan pertama saya. I still respect him as my guru. Only as my guru penulisan. Dia telah meletakkan Norziati di tempat sekarang. Tiada siapa boleh nafikan. Tapi tak bermaksud kita kena sokong dia membabi buta.

Tambahku lagi,

Sebab tu i ke casis senyap2 dan minta kawan terdekat rahsiakan. But i did my confession yesterday. See my profile, i put casis on my edu background. Bukan senang nak buat tu. kena sampai tahap haqqul yaqin untuk ubah status. Jangan fikir ia semudah edit your profile.

Aku senyum lagi pada ayat akhir. Penutupnya aku kata: 

Haha i am too philosophical maybe

Yeah, it's me :)

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...