(Kalau Malaysia di bom Israel saat ini, tiada seorang pun yang mengendahkan. Malah mereka sanggup syahid di depan tv!)
Bukan saya benci Siti. Bukan.
Saya juga tidak marah Datuk K yang berjaya memikat hati Siti. Saya bukanlah antara kalangan yang membenci ikatan antara Siti dan Datuk K.
Tapi saya benci dan marah dengan sikap rakyat Malaysia. Taksub mereka melampau-lampau. Dahulu semasa aura Mawi meletup, beginilah juga keadaannya. Perang terjadi di Astro dengan ayat yang biadap dan kurang ajar. Bila dia putus tunang, keadaan yang sama berlaku. Media memainkan peranan bagi melakukan majalah dan akhabr. Beritanya jadi sensasi.
Saya juga bukan anti Mawi. Saya dapat rasakan kesan fanatik Mawi. Rumah sewa saya dahulu ada Astro, jadi saya dapat lihat kesan dan akibat buruknya. Memang buruk.
Itu kisah Mawi. Kisah Siti lain pula. Dan saya tahu kisah Siti - Datuk K tak akan habis saat dia bertunang, bernikah dan berkahwin. Selepas ini orang nak tahu bagaimana Siti menyambut puasa selepas bergelar isteri, apa pengalaman raya bersama suami, kemudian sibuk pula nak tahu sama ada Siti bunting pelamin atau tidak. Wah! Semakin panjang pula. Memang tidak akan habis kisahnya.
Maka wartawan pun semakin sibuk. Tokey majalah dan akhbar pula senyum melebar. Kantung mereka membesar. Rakyat berebut-rebut mahu mendapatkannya. Sekali seumur hidup. Bila lagi mahu lihat Siti kahwin? Macam Yusry dan Erra dahulu. Di sana sini kisah Siti yang menjadi perbualan. SMS pasal Siti, kantung e-mel penuh pun kisah Siti, lawak bodoh pun tentang perkahwinan mereka. Di meja makan, majlis kenduri kahwin, mesyuarat syarikat pun, semasa tuang minyak, kisah Siti jadi agenda utama. Jadi agenda perbincangan nasional. Jadi topik perbualan rakyat. Wah!
Tapi saya tahu, rakyat Malaysia ini memang prihatin. Di mana-mana dan atas apa jua mereka cukup prihatin. Bukalah apa sahaja tabung, berduyun-duyun datang menderma. Mohonlah bantuan pasti ada yang datang. Tapi keprihatinan mereka juga kadang kala mengundang lawak jenaka. Janganlah dengan perkara sebegini remeh menjadi tarikan utama.
Masih banyak lagi perkara yang lebih besar untuk kita lihat. Masalah dalaman negara tidak diambil endah. Belum lagi dengan kisah Perang di Lubnan sana, saat Israel membunuh dengan rakus rakyat Lubnan (baca:rakyat, bukan tentera atau negara). Kita masih lagi seperti itu, terpaku depan tv, sibuk mengSMS ucapan perkahwinan, mengAFundi, menangis bila calon AF keluar dan...macam-macamlah.
Malaysia saat ini senyap sunyi! Degup jantung terhenti. Mulut terkunci. Semua terpaku depan tv. Makcik-makcik, pakcik-pakcik, malah adik-adik yang masih berhingus dan tidak tahu apa-apa pun melongo depan tv. Keadaannya sama seperti final AF3 bila Mawi ada dahulu. Tahukah mereka 21 Ogos itu sempena 27 Rejab. Tahukah mereka 27 Rejab itu hari Isra' Mikraj. Pernah dengar pasal Isra' Mikraj? Pernah? Bila? Masa sekolah dulu?
Opss...sebelum saya melalut lebih panjang, lebih baik saya berhenti dahulu. Saya sekadar mendoakan yang baik-baik buat Siti. Moga dipanjangkan umur dan menempuh alam yang bahagia.
Entri ini ditulus ketika rakyat Malaysia sedang menatap majlis pertunangan dan penikahan Siti – Datuk K di TV3. Saya? Saya tidak mahu menjadi antara mereka yang melekat di kaca tv. Analogi saya mudah sahaja. Kalau Malaysia di bom Israel saat ini, tiada seorang pun yang mengendahkan. Malah mereka sanggup syahid di depan tv!
Isnin, Ogos 21, 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
81 ulasan:
Telan sahaja apa yg disua.
Mamah sahaja dihadam ke usus jika baik akan menumbuh jadi daging jika tidak buang dalam bentuk perkumuhan.
Membuai keselesaan sepoi bayu berbahasa raga jiwa akan lesu tanpa ransang mahu mendesak kerana kita tidak akan tercalar oleh derita insan lain.
Kesan ekonomi menjana kemewahan jiwa menyudut sebentar pinggiran sesak sengsara airmata yang durja..
Kesan ekonomi mempengaruhi rasa menyubur aksi bergaya yang kenyang suaranya hilang akan segar semula bila hidangan hilang.
Bila mengungkap bicara begini salahkah menikmati hasil usaha sekali seumur hidup ... ini lah salah tafsir ... salah beranggapan memanupulasikan kejadian natijahnya pada siapa ya ... rakyat marhaen seperti saya juga yang di ISA, pesan Tuk Guru bersederhanalah setiap ketika dalam perbuatan kerana ia mencipta keseimbangan, keadilan neraca berkasih sayang bukannya mengkelas kasta sebagai perjuangan...
3 hari lamanya saya meneropong memaksa diri menerima 'kejutan ' negara arab juga kolam mandinya ada acara pesta berpakaian seragam elak pasir berkelladak di air,
teringat juga di Malaysia sama tetap serupa, bila berkumpulan berbaju berseluar panjang di tepi kolam akan di usir ' tukar pakaian ' tersenyum anak dara saya bilalah dapat berenang di kolam yang jernih air tanpa pasir...
Itullah negara negara kita tapi hotel bukan hotel kita ...
Anak teruna bersuara ... itu bukan orang arablah ... orang putih ...
Senyum lagi tambah ketawa...
Saya tak tengok.
Jika lihat pun tidak mengapakan...
Saya tidak menonton sebab di sini tidak ada liputan...depa tak kenal pun siapa pasangan nie...
Banyak perkara yang utama di minda masyarakat di sini...program televisyen mereka amat-amat beramanah (jika bukan semua).
Saya mampu berada di hadapan televisyen berjam lamanya tanpa menonton drama,program hiburan sebagai contoh kerana irama patriot mereka menyegar sesuai dgn isu semasa,propaganda yg cuba ditimbulkan amat mudah dihidu,para ulamak turut sama menerangkan isu-isu semasa,ianya terserah kpd penonton untuk memilih. Selain mengaut untung antara 'channel' berinteraksi,kupasan & rumusan isu -isu politik terang berani tegas dan berprinsip biar pun berlainan haluan dasar pemerintah.
Siaran hiburan & kartun juga filem kami menonton bersama krn bimbang ada adegan yg tidak sesuai dgn anak-anak (ada masa terlepas juga )
Isu kini amat menarik bila ada 'channel' slot khas tentang Tholiban juga Al Qaeda & biasalah banyak idea wartawan & penulis membentangkan apa sahaja yg selari dgn apa-apa pun kehendak mana-mana pihak.Sewajarnya isu di ketengahkan adalah bgm berdiskusi & menyoaltanya mgp golongan ini suka memilih cara yg di kira 'menanding & serupa'dgn dasar kuasa menerusi kekuatan senjata & ketenteraan (ini di anggap cara yg halal ?)Akhirnya terserlah agenda berangkai ekonomi berseni aksi yg tidak dapat disembunyi lagi.
Isu ini seperti dipilih sesuai dgn masanya hingga mengundang polimik lidah bersandar pengalaman yg akhirnya memanas didihkan suasana.
Ia ternyata merugikan jika tidak disabitkan dgn ketelusan utk mendptkan kedamaian.
Imbasan di minda saya adalah lebih kpd bgm & mgp gerakan-gerakan ini wujud...spt tersusun oleh masa jika satu saat sistem yg ada semakin durja membawa duka memadam sifat insan dgn racun tuba,jiwa murah mati menjadi sudi,yg taat jujur mengenal Pencipta di elak pinggir,yg rendah nilai moral menyingkir di anggap maju,lahir ramai yg berjiwa satria namun kerdil tatkala gelanggang terbuka,
yg sama bersaudara rapuh cinta mudah dilaga-laga,wujud sindrom manis hanya di bibir saja aksi lebih berpaksi pd spekulasi mendamba dana bilion tercipta, di sana boleh berkorban apa sahaja, di sini jerat menanti mangsa,pasti sempurna andai ada pakatan gadaian maruah hilang...
Jemu sebenarnya berulang tayang perkara dan isu yg sama sebab itu banyaknya 'channel' mematang pemikiran namun tidak mampu roh insan terpadam biar pun yg jelas harga kemanusiaan yg hilang.
Masa akan terus beredar & manusia akan bertukar rupa mudah-mudahan keadilan bebas dr pencemaran.
Mudah-mudahan juga tidak lagi silap bertanggapan bila melihat fitrah Muslim yg taat krn iman yg seiring memaut amal menjarak kebatilan.
Jika sesat jalan baliklah ke pangkal jalan,perumpamaan melayu wajar jadi amalan.
Malu bertanya juga merugi diri.
Begitulah kalau hiburan sudah mendominasi kehidupan kita. Jadual harian kita pun kadang-kadang dipengaruhi oleh jadual tv. Kita terpaksa menangguhkan masa makan semata-mata untuk menghabiskan satu-satu program kegemaran kita.
Masyarakat kini lebih agungkan artis yg banyak bawa kemungkaran. Pakaian & cara hidup artis ditiru. Di TV & majalah dipaparkan hidup artis yg tidak mengikut cara hidup Islam.
Agama & hukum ALLAH SWT dipermainkan sesuka hati. Bila nak masuk masjid pakai tudung sebab masjid rumah ALLAH. Tapi diluar masjid buka tudung. Apakah di luar masjid bukan kepunyaan ALLAH SWT.
HOZiz0 The best blog you have!
ChhIyK Good job!
Thanks to author.
Magnific!
Nice Article.
Hello all!
Thanks to author.
Hello all!
Thanks to author.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Wonderful blog.
JxK33A write more, thanks.
Hello all!
Magnific!
Magnific!
Magnific!
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Hello all!
Hello all!
Hello all!
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Wonderful blog.
Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
Suicidal twin kills sister by mistake!
Nice Article.
All generalizations are false, including this one.
Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER
A flashlight is a case for holding dead batteries.
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER
Wonderful blog.
640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81
A lot of people mistake a short memory for a clear conscience.
Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.
Give me ambiguity or give me something else.
Give me ambiguity or give me something else.
All generalizations are false, including this one.
Calvin, we will not have an anatomically correct snowman!
Please write anything else!
Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
Friends help you move. Real friends help you move bodies
Calvin, we will not have an anatomically correct snowman!
If ignorance is bliss, you must be orgasmic.
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
The gene pool could use a little chlorine.
Suicidal twin kills sister by mistake!
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
Beam me aboard, Scotty..... Sure. Will a 2x10 do?
The gene pool could use a little chlorine.
Calvin, we will not have an anatomically correct snowman!
Magnific!
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Save the whales, collect the whole set
Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER
I don't suffer from insanity. I enjoy every minute of it.
Wonderful blog.
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Friends help you move. Real friends help you move bodies.
Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.
Change is inevitable, except from a vending machine.
Hello all!
All generalizations are false, including this one.
Nice Article.
C++ should have been called B
Give me ambiguity or give me something else.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
Catat Ulasan