Khamis, Februari 21, 2008

Senarai Buku 'Wajib Baca'

Sebaik kelas bermula Sabtu yang lalu, kami diberi satu senarai yang agak panjang. Pada hemat saya, ia adlah senarai 'buku wajib baca' pada 2008. Malah ketika di rumah sebentar tadi, saya membuat senarai tambahan. Ia sebagai ingatan buat saya supaya lebih membaca, menyelidik, memikir dan menyemak bacaan.

Buku yang tersenarai bukanlah sebarang buku. Ia pelbagai. Memang elok disenaraikan buat kami yang sedikit liat membuat pelaburan untuk mengasah kemahiran menulis. Bagi diri saya sendiri, ada antara buku yang disenaraikan itu telah berada di rak. Memang sejak setahun yang lalu, saya menjadi pemburu 'buku versi murah yang orang tak beli', namun rupanya ada hikmah. Kerana buku yang saya beli itu (kebanyakannya) merupakan buku yang menang anugerah penulisan atau apa-apa anugerah sastera negara. Ketika beli, memang saya tidak merasa ia signifikan, malah beli pun kerana ia 'adalah buku yang menang anugerah.' Pada fikiran saya, kalau buku yang menang, tidak kiralah oleh penulis mapan atau yang biasa-biasa, kalau sudah namanya menang, pasti ada sesuatu yang menarik didalam karyanya.

Sebagai permulaan, saya membaca Hikayat Amir Hamzah, mengulang baca Imam dan berusaha membaca satu dari tiga buku Arena Wati yang di lelong di Jalan Masjid India dan tersimpan dirak sejak setahun yang lalu tanpa langsung saya sentuh. Tiga buku sekali baca, dan saya cuba mencabar diri. Tambahan pula ini kali kedua saya membaca buku Pak Arena, setelah hampir 10 tahun. Ya, saya selalu tewas dengan buku Pak Arena. Tetapi tidak kali ini.

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...