Ahad, Februari 10, 2008

Bagaimana ia bermula


Salah satu kegemaranku ialah mengambil nota atau mencatat apa sahaja yang terlintas di kepala tentang apa sahaja yang menarik. Namun tidak ku sangka sama sekali yang sikap ini menghasilkan seusatu yang luar biasa kepadaku, dimana aku sering dilihat sebagai 'berbeza dari orang lain.' Malah pernah juga aku di tegur, kerana mereka merasa pelik apabila sedang rancak berbual aku tiba-tiba sahaja diam dan menulis sesuatu, sama ada di kertas, di tisu atau pada buku yang sering ku bawa berama-sama.

Sebaik sahaja tamat belajar dan berusaha mencari kerja yang tetap (kerja ada tetapi bukan yang tetap), aku terlibat dalam dunia MLM. Sebenarnya aku sudah terlibat lebih awal lagi, iaitu sewaktu belajar cuma ia tidaklah sekencang mana. Aku pula tidak dapat bergerak bebas oleh kerana terikat dengan pelbagai aktiviti manakala sumber kewangan yang terhad membantutkan semangat. Lalu ia padam seketika. Aku cuma menghadiri kursus dan kelas bimbingan yang ku rasa cukup bernilai dalam membentuk diriku kemudiannya kerana padaku, kelas itu bukan sekadar tentang perniagaan, tetapi ia lebih kepada self-development. Dari situlah aku mula belajar membaca buku tentang self-help dan berusaha lebih positif untuk bergerak ke hadapan.

Hampir dua tahun kemudian aku berpindah tempat tinggal dan berubah kerja. Nota-nota hasil dari kelas, catatan dari perbincangan dan entah apa-apa contengan dan lukisan yang terhasil dari bidang MLM yang aku ceburi mencetuskan satu idea kepadaku - mengapa tidak semua ilmu ini dibukukan sebagai panduan kepada semua? Ilmu ini amat bernilai kerana hadir dari pelbagai pemimpin dan beberapa buah syarikat MLM yang berbeza. Masing-masing mecurahkan pengetahuan yang kuanggap sebagai rahsia perniagaan. Mana ada seorang Pengarah atau Pengurus atau Pengerusi syarikat yang berani mendedahkan rahsia perniagannya kepada para pekerjanya? Tetapi tidak dalam MLM. Ia adalah perkongsian, perniagan yang melibatkan penglibatan orang ramai. Jadi manusia adalah sumber utamanya dan kemahiran pada manusia perlu diasah bagi dibangunkan kebolehannya.

Dari situ, aku memulakan langkah. Mengumpul dan meneliti serpihan kertas, cebisan nota, buku catatan dari kotak-kotak yang ku simpan. Dalam pencarian itu, Alhamdulillah, aku bertemu dengan peluang yang cukup baik. Jadi aku sudah mempunyai tempat yang bagus untuk menanam pokok. Sekarang aku perlu menyemainya sahaja.

Selepas setahun, khabar gembira ku terima selepas Hari Raya tempohari. Selepas proses pruf, menandatangani kontrak, menulis prakata dan sedikit baik pulih, aku menanti dengan penuh debar. Bila-bila masa ia akan keluar. Dan pada masa yang sama, sudah ramai menanti. Ada yang mahu membayar dahulu, tetapi ku tahan. Perasaan teruja memang ada - perasaan sama yang wujud bila cerpen pertamaku tersiar didada akhbar suatu ketika dahulu - tetapi biarlah semua dapat melihat hasilnya sebelum boleh ku jual kepada mereka.

Aku berdoa agar buku pertama ini ibarat batu lonjakanku untuk mengasilkan yang kedua, ketiga dan seterusnya dalam pelbagai genre. Insya Allah.

.

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...