Rabu, Jun 23, 2010

Kita semalam

Bercerita tentang diri sendiri, tentang siapa kita dengan merujuk kepada masa gemilang semalam itu memang nikmat. Cerita yang kita sahaja tahu, bercampur antara fakta dan ilusi. Cerita yang bikin orang suka dengan kita, takjub dengan keistimewan kita, taksub dengan kepimpinan kita.

Tetapi apa yang boleh kita dapat dari itu? Membawa diri kita semalam ke masa depan, dengan segala kenangan dan kegemilangan yang hanya kita tahu. Ia bukanlah boleh menambah wang di akaun simpanan, membina sebuah mahligai indah tetapi sekadar satu memori indah buat diri sendiri.

Maka haruskan kita membawa kegemilangan semalam bersama-sama?

saya pernah menasihati seorang teman. Kata saya, "untuk berlari ke depan, jangan selalu menoleh ke belakang. Bimbang nanti tersungkur. Sesekali tu boleh, tapi jangan selalu. Dan membawa masa lalu berlari bersama pun bahaya juga. Seeloknya maafkanlah masa lampau supaya mudah kita membawa diri untuk masa depan."

Siapa kita hari ini adalah diri kita pada hari ini. Semalam tidak menambah apa-apa kecuali ilmu dan pengalaman. Kalau pun ada, mungkin perasaan ego dan bangga diri. Apa yang kita ada pada hari ini seharusnya berdiri bukan semata-mata atas kenangan semalam. Ia adalah apa yang kita usahakan hari ini.

Apa yang kita tanam hari ini, adalah apa yang akan kita tuai esok. Ia bukan kerana semalam kita telah berjaya menuai hasil yang banyak. Ia adalah kerana benih yang baik yang kita semai hari ini.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Menarik Ziati isu kali ini.

Kepada saya ialah lebih kepada pencabulan dan kawalan pemantauan yang tidak diketahui dari mana sumber asalnya.Sehingga lebih kepada kewajaran diistilahkan pencurian yang dilakukan sewenang-wenangnya tanpa sedia memikirkan keinginan untuk berjaya tetap dimiliki oleh semua manusia.

Dan sudah pasti tentu tidak ada keujuban keegoan atau keangkuhan yang wajar diselimuti di jasad seseorang itu tanpa direlainya walaupun diusahakan oleh orang lain untuk dimilikinya.

Wujudkah perjanjian di atas kertas kosong?
Ooo mungkin skrin kaca lap top.

Wujudkah tanda tangan yang mesti disahkan pemilikan ketuanannya?
Ooo mungkin terma syarat untuk bersetuju dalam bahasa undnag-undnag yang dimesinkan.

Wujudkah bukti kiriman pos dengan cop pendaftaran yang dibayar duti stemnya?
Ooo mungkin kiriman pesan menerusi gelombang yang hilang di tengah jalan.

Begitukah makna semalam?
Usah lupa ada sesetengah kudis meninggalkan parut!

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...