Selasa, Jun 22, 2010

Kita harus belajar sejarah

Sebulan dua ini macam-macam terjadi. Banyak perkara haru biru menyinggah cuping. Yang sedap, yang sedih, yang indah, yang jijik.

Minyak BP melimpah di laut lepas. Buat pertama kali kita melihat orang putih tuding menuding jadi, tuduh menuduh tapi kerja mereka tetap jalan. AS cuba menyindir Britisih, yang seolah-olah BP milik sebuah negara sedangkan ia sudah lebih dari itu. Kita harus belajar sejarah untuk mengetahuinya.

Kemudian Marvi Marmarra dan Rachel Corrie di sergah Komando Israel  di perairan antarabangsa menjadi bualan hangat (seketika). Segera kita melatah dijalanan dan di hadapan Kedutaan, bakar bendera Israel, mencemuh dan menghamun. Tapi sedarkah kita Israel, Yahudi dan Zionis itu mewakili identiti berbeza. Kita harus belajar sejarah untuk mengetahuinya.

Derita Gaza dan pelayaran Freedom Flotilla tiba-tiba senyap bila penghuni dunia dilanda demam bolasepak. Satu dunia terpaku melihat dua puluh dua orang dalam dua jersi berlainan warna mengejar sebiji bola diatas padang hijau tua belang hijau muda. Semua sibuk belek akhbar bagi membaca keputusan malam tadi, meneliti jadual perlawanan hari ini, menyiapkan seteko kopi sebagai usaha berjaga malam, membeli jersi pasukan di pasar malam, sibuk buat analisis perlawanan, becok berbicara pemain yang hebat beraksi, penuh mulut menghamun pengadil yang tidak adil dan mengeluarkan beberapa keping wang kertas berwarna merah untuk menjdi pasukan yang dijangka menang. Kita seronok melihat gol bertalu-talu masuk ke gawang Korea Utara namum kita lupa bangsa itulah yang mengganyang kit a500 tahun dahulu. Kita lupa kaitan Portugal dan Portugis. Kita hanya tahu Portugis menjajah, bukannya Portugal. Kita harus belajar sejarah untuk mengetahuinya.

Kemudian Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun, berdiri di segitiga emas Kuala Lumpur akhirnya diruntuhkan dengan kuasa sang kapitalis ketika tumpuan dunia terarah kepada Piala Dunia. Bijak sungguh percaturan mereka memilih tarikh ketika rakyat rela bersengkang mata menonton bola daripada mempertahankan satu warisan yang seharusnya masuk dalam sejarah negara. Ia dibuang daripada peta Malaysia dengan mudah. Lihatlah betapa mudahnya sang kapitalis dan para politikus mencatur agenda masing-masing. Kita harus belajar sejarah untuk mengetahuinya.

Saya terfikir, apakah nanti Stadium Negara dan Stadium Merdeka bakal senasib Penjara Pudu? Kita harus belajar sejarah untuk mengetahuinya.

3 ulasan:

asal berkata...

hairan, macamana minda dan rasa kita boleh sekejap sahaja beralih arah.

Mavi Marmara, Rachel Correy, Freedom Flotilla = awal Jun

Piala Dunia = 4-5 hari sahaja selepas itu.

awal Jun kita mengangkat bendera Palestine, 4-5 hari selepas itu kita boleh berubah menjadi yang lain?

Sihir apa yang telah ditimpakan pada umat?

Norziati Mohd Rosman berkata...

Boleh kaitkan dnegan Freemason seperti dalam artikel itu?

ASaL berkata...

kalau dibuat difikir2kan, seolah2 masyarakat Malaysia akan bertindak dan berfikir apa yang media masa mainkan (popularkan).

Kalu hari ini bola, bolalah kita.
Kalau hari ini flotilla, flotilla kita.
Kalau hari ini tentang JI, maka kita akan berada dalam ketakutan kerana media katakan ianya ancaman cukup berbahaya.
kalau itu formulanya dan kuasa media, mereka perlu berperanan lebih untuk ke arah pembangunan rakyat secara keseluruhan untuk penyatuan Ummah.

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...