Selasa, Mac 13, 2012

Zaman yang menghilang

Musim bunuh-membunuh kanak-kanak tiba lagi. Kali ini Dirang. Dibunuh dan dibakar bukanlah berita yang baik untuk kita dengar, yang mengakhiri pencarian Dirang selepas beberapa hari. Al Fatihah untuk beliau.

Saya teringatkan nasib budak-budak zaman sekarang. Kawasan luar dari pagar rumah adalah lokasi yang menakutkan. Mereka pun membesar dihadapan tv, bersama FB dan Youtube. Dunia mereka terhad pada bilik mandi, kamar tidur, ruang tamu dan dapur. Kulit mereka pun putih melepak tetapi obesiti akibat tabiat makan depan skrin. Dan mereka pun mati dengan cepat kerana penyakit.

Apakah  nanti mereka akan mengenang kembali kegembiraan, keindahan, keseronokan dan keasyikan zaman kecil yang begitu warna-warni?

1 ulasan:

ASaL berkata...

kanak-kanak zaman ini, tiada dunia, masakan ada zaman.

realiti mereka, adalah realiti maya, kerana itu mereka tidak mempunyai kapasiti berinteraksi dengan orang.

jadi, siapakah perlu disalahkan?
bukankah ditangan ibu bapa mencorakkan segalanya?

apakah corak dan warna yang ditunjukkan ibu bapa mereka? ialah semua permainan video dan maya yang mempromosi, vandalisme, gangterisme, pornographi, sexual, hedonisme.

itu realiti kanak-kanak zaman ini. tiada zaman atau akhirul zaman?

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...