Khamis, November 29, 2012

Ulasan buku di media

Ulasan saya untuk buku 'Zainal Abas: Memoir Seorang Juruhebah' tersiar dalam Mingguan Malaysia, 25 November 2012. Terima kasih untuk Tetamu Istimewa yang memaklumkan menerusi blog ini.

Saya tidak sempat membeli akhbar tersebut kerana Ahad itu merupakan hari hijrah saya ke daerah baharu. Menurunkan barang-barang dari rumah, menunggu lori dan memasukkan barang kembali ke rumah baharu, merupakan proses yang akan saya ingat sampai bila-bila.

1 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Saya juga cuba-cuba untuk menulis ulasan buku. Dah dihantar ke Mingguan Malaysia. Tapi tak tahulah terpilih atau tidak.

Mohon tunjuk ajar.

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...