Jumaat, Oktober 30, 2015

Sempadan

1)
Chancellor Bismark, the architect of the German 'Reich', was initially not interested in colonies but he was pushed by German pressure groups to join the fray. Finally he volunteered to act as the 'honest broker' at the Berlin Conference of 1884-1885 where Africa was divided up into suitable pieces. The straight lines on the map show, even today, that the borders of African territories were drawn at a conference table without regard for local realities. It is interesting to note that the Organization of African Unity (OAU) endorsed these borders in the 1960's so as to discourage all revisionist claims.

Sumber: The Routledge Companion to Decolonization, Dietmar Rothermund


2)

Dalam satu seminar sejarah yang dianjurkan secara kecil-kecilan kira-kira lima tahun lepas, penceramah membuka bicara dengan mengajak peserta melihat bagaimana penjajahan telah merobek-robek negara jajahannya lalu membentuk sempadan geopolitik dengan mudah. Beliau membawa kami menggambarkan dalam kepala bagaimana negara si benua Afrika dipecah-pecahkan dengan di atas meja. Lihatlah bagaimana Mesir dan Libya dipisahkan okeh sebuah garis lurus. Mesir dengan Sudan juga bersempadankan garis lurus. Begitu juga antara Mauritania dengan Mali, Algeria dengan Mali, Chad dengan Sudan, Libya dengan Chad. Negara-negara Afrika lain pun begitu juga walaupun garisannya tidak lurus. Sedangkan, kata beliau, negara Eropah dipisahkan antara satu sama lain oleh gunung-ganang (Sepanyol dan Perancis dipisahkan oleh banjaran Pyrenees manakala Perancis-Itali oleh banjaran Alps) begitu juga sungai (beberapa nama diletakkan di sini, boleh Google untuk tahu lebih banyak) yang memisahkan Sepanyol dan Portugal (Sungai Ardila), Romania dan Ukraine (Sungai Danube yang popular) dan Ukraine-Hungary (Sungai Tisza). Tiada pun garis lurus.Begitulah harga sebuah penjajahan.

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...