Selasa, April 26, 2016

Apa yang mereka mahu?

Terdapat permintaan agar aku menekuni isu feminisme yang mutakhir ini gerakannya muncul dengan giat. Bukan, bukan mengkaji isu feminisme sebaliknya mengkaji gerakan feminis yang memperjuangkan feminisme. Oleh kerana ada keperluan untuk mengkaji dan memahamkan khalayak akan isu ini, maka aku sebagai perempuan diminta membuat bacaan yang tertentu. Tak perlulah aku nyatakan atas permintaan siapa.

Sebelum ini pun, feminisme menjadi isu yang tidak gemar aku borakkan, atau aku baca. Dalam Scriptorium Adabiyyah, ada beberapa naskhah buku tentang feminisme yang sengaja aku beli kemudian aku dudukkan dia elok-elok pada rak. Feminisme pada aku bukanlah isu yang patut difikirkan (tatkala ada isu lain yang lebih besar), malah ia tidak patut menjadi isu. Mengapa ya kita harus fikir kita ini tidak sama dengan lelaki (sedangkan memang hakikatnya tidak sama)? Mengapa kita asyik kata kita selalu dipinggirkan (kerana hakikatnya kita sering fikir kita terpinggir - macam orang Syiah yang asyik kata dia diketepikan)? Mengapa terlalu gender-centric dan asyik fikir aku perempuan, dia lelaki (dah, memang kau perempuan, so what)? Mengapa sering tak puas hati tentang lelaki (kerana perempuan memang sering tidak boleh dipuaskan)? Ah, macam-macamlah.

Namun untuk mengenepikan terus isu ini pun, tak boleh juga. Mahu tak mahu, dengan tujuan membetulkan, kita perlu juga masuk dan berenang dalam lautan yang sama. Tetapi kita pasti ke mana arah kita. Kita mahu ke timbul dan berada semua di darat. Bukannya berenang lalu tenggelam dan lemas.

Dalam usaha timbul dalam lautan yang kita renang, aku mula membaca beberapa buku tentang feminisme yang ada. Prof Ungku Maimunah ada menulis dua buah buku tentang feminisme dan gender. Ini amat baik sebagai permulaan.

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...