Khamis, Mei 09, 2019

Pemesong dan penunjuk

Dalam ziarah ke rumah dan melawat abah yang sudah keluar dari hospital sehari sebelum puasa, seorang perempuan berpangkat nenek - kerana suaminya adik beradik embah ku - bertanya satu soalan yang tidak disangka-sangka: memang benarkah sejarah kita telah dipesongkan?

Tidak sempat menjawabnya, emak sudah mencelah dengan cerita-cerita biasa. Sayup-sayup dari depan aku dengar nama Sultan Ali, Temenggung, Sultan, kerajaan Johor disebut. Aku pasti ada kena mengena pertanyaan ini dengan perbualan di depan.

Namun soalan itu bermain dalam kepalaku beberapa hari. Apakah jawapan yang sepatutnya boleh ku berikan ketika itu? Jika dalam keadaan spontan, apakah aku boleh memberi jawapan yang baik? Pasti darjat kesarjanaanku tercabar waktu itu. Namun Aku yakin, soalan ini ada kena mengena dengan silsilah keluarga atau perihal Perang Jementah atau keluarga di Segamat kerana mutakhir ini dalam mesej berkumpulan, pernah soalan tentang Kesultanan Johor diajukan. 

Jika ditanya lagi soalan yang sama, aku bercadang untuk menjawab dengan menanyakan soalan seperti berikut:
1. Siapakah yang menulis sejarah kita? 
2. Bolehkah dinamakan penulis-penulis itu.
3. Apakah kita tahu apa yang mereka tulis atau sekadar mendengar cerita yang sejarah telah terpesong?
4. Apakah bahagian yang dikatakan terpesong?
5. Apakah bahagian yang dikatakan betul?
6. Siapakah yang mengatakan yang betul?
7. Apakah kita tahu kelayakan penulis yang memesong dan penulis yang betul?
8. Jika kita yakin telah terpesong, apakah saranan yang perlu dibuat?
9. 

Beberapa jawapan yang boleh dihurai lagi:
1. Semua ini berpunca dari keruntuhan wibawa ilmiah seseorang - sama ada dalam menulis, menyampai ilmu, menghurai maqsud atau memahaminya. Setiap satunya ada tanggungjawab tersendiri. Jika dari asal menulis bagi menggelapkan fakta dan cerita, maka kisah sebenar akan terkorban.
2. 

Bakal bersambung...

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...