Jumaat, Julai 14, 2006

Ini lah dia!






Semasa Zidane umumkan yang dia mahu keluar dari persaraannya dan mahu membantu Perancis dalam Piala Dunia 2006, dia berkata bahawa ada suara ghaib yang mengejutkannya di waktu malam yang mahu dia bermain semula (di peringkat antarabangsa). Suara ghaib siapakah itu? Apakah suara Jibrail menurunkan wahyu kepadamu Zidane untuk main bola semula?? (hehehe...)

Walau apapun, saya bukan fanatik Zidane. Sekadar mengikuti perkembangan semasa. Dan antara mereka yang terpegun dengan dua tandukan Zidane semasa final 1998 di Perancis. Apa yang terjadi, bola itu bulat, dan segalanya telah tersurat!

Inilah gambar untuk tatapan - Zidane menanduk Materazzi dan kad merah penutup karier cemerlangnya di pentas bola!

TAMAT!

‘Dia hina ibu, adik saya’


DUA SUASANA: Ketika Zidane (gambar kiri)
berdepan dengan keadaan tidak tenteram dalam
temuramah TV secara langsung di Paris meluahkan
cerita benar peristiwa dia menanduk pada final Piala
Dunia, ‘lawannya’ Marco Materazzi (kiri gambar kanan)
bergembira di atas pentas bersama penyanyi
Rolling Stones, Mick Jagger (dua dari kanan),
pemain gitar, Ron Wood (dua dari kiri) dan
rakan sepasukan Alessandro Del Piero ketika
kumpulan berkenaan mengadakan persembahan
Jelajah Eropah di Milan, kelmarin.

Zidane dakwa Materazzi sengaja provokasi sehingga dia hilang pertimbangan

PARIS: Misteri yang menyelubungi Zinedine Zidane masih belum terungkai.Sejak beberapa hari lalu, peminat sukan di seluruh dunia dibelenggu persoalan: Ungkapan apakah yang digunakan pemain Itali, Marco Materazzi sehingga menyebabkan Zidane hilang punca di pentas terakhir kariernya?

Media dari Brazil hingga ke Britain menggunakan pakar pembaca bibir untuk cuba mengesan perkataan itu tetapi mereka mendapat jawapan yang berbeza.

Dalam wawancaranya dengan stesen televisyen Perancis, Zidane memperkatakan mengenai insiden dia menghantuk kepalanya ke dada Materazzi yang disebabkan kata-kata penghinaan lawan itu tetapi tidak memberitahu apa sebenarnya yang diperkatakan.

Berikut adalah petikan daripada temubual Zidane bersama stesen Canal-Plus dan TF1 kelmarin. – Agensi

Isu hantuk kepala


“Ia adalah tindakan yang tidak boleh diterima, dan saya mohon maaf kepada semua kanak-kanak yang melihatnya.

“Adakah anda fikir pada final Piala Dunia...hanya 10 minit daripada penamat kerjaya, dan saya akan melakukan sesuatu seperti itu kerana ia membolehkan saya berasa bagus?

“Saya beritahu diri sendiri bahawa jika berlaku seperti ini, ia kerana sudah ditentukan sebegitu. Dan saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku, saya menerimanya.

“Saya tidak boleh kata saya menyesal dengan tindakan saya kerana ia akan bermakna (Materazzi) tidak salah untuk mengeluarkan kata-kata sebegitu.”

Apa yang Materazzi kata

“Dia mengeluarkan perkataan yang amat pedih, yang diulanginya beberapa kali. Perkataan yang beberapa kali lebih teruk daripada perbuatan. Ia adalah perkataan yang menyentuh perasaan dan sanubari saya...Perkara yang terlalu peribadi, mengenai ibu saya, adik perempuan saya.

“Saya lebih rela ditumbuk di muka saya daripada mendengar perkataan sebegitu.”

Mengenai persaraan

“Saya tidak akan berpatah balik, sekurang-kurangnya itulah harapan saya...(keputusan itu) adalah muktamad.”

“Saya akan berehat, dan kemudiannya beralih kepada perkara-perkara lain.”

Bacaan lanjut: http://www.bharian.com.my

Zidane tetap dapat sokongan

PARIS - Tokoh bola sepak dunia menganggap ketua ketua pasukan Perancis, Zinedine Zidane tidak bersalah selepas pemain itu meminta maaf secara terbuka di televisyen kerana menghantuk pemain Itali, Marco Materazzi.

Zidane, 34, membuat kenyataan pertamanya mengenai insiden perlawanan akhir Piala Dunia itu menerusi stesen TV Canal+ dan TF1 di Perancis.

Walaupun bintang tengah Real Madiri itu tidak menyesali tindakannya ketika meminta maaf, namun dunia bola sepak Perancis tetap memberi sokongan kepada pemain pujaan mereka itu.

‘‘Kami dapat merasakan dia amat kecewa kerana dia sepatutnya disanjungi selepas perlawanan jika insiden itu tidak berlaku. .
‘‘Dia seperti tersinggung apabila melihat kad merah. Dia mengakuitidak bersalah dan anda juga harus memaafkannya,” kata bekas jurulatih Perancis, Michel Hidalgo.

Bekas rakan sepasukannya pada Piala Dunia 1998, Bixente Lizarazu turut berkata, Zidane mesti diampunkan.

‘‘Amat penting baginya untuk menjelaskan sendiri insiden itu dan meminta maaf.

‘‘Selepas kejadian itu (hantukan) yang tidak sepatutnya dilakukan, bagus jika dia bercakap tentang provokasi dan anda perlu menghukum kedua-dua pemain, pencetus dan pembalas,” kata Lizarazu.

Zidane turut mahukan Materazzi dihukum, biarpun mengakui bahawa dia memang wajar dibuang padang kerana serangan itu.

Katanya, adalah tidak adil jika pemain Itali itu terlepas biarpun dengan dada yang lebam kerana tindakannya dalam insiden tersebut.

Seorang lagi bekas pemain antarabangsa Perancis dari 1982 dan 1986, Alain Giresse berkata, orang ramai tidak boleh mengharapkan semua pemain bola sepak menjadi sempurna.

‘‘Kita tahu dia seorang yang amat merendah diri dan tenang, tetapi dia juga mempunyai perasaan marah. Zidane baik, mudah tersenyum dan tampan, itu sudah sempurna asasnya,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Jean-Francois Lamour berkata: ‘‘Kata-kata Zidane itu memang kita nantikan. Terutamanya permohonan maaf kepada kanak-kanak, guru dan sukarelawan.”

Matezarri sebelum ini dilaporkan telah mencaci Zidane dengan kata-kata perkauman, merujuk kepada keturunan Algeria Zidane dan pengganas Islam Arab, namun ia dinafikan oleh kedua-dua pemain.

Bagaimanapun kelmarin, seorang ahli politik Itali, Roberto Calderoli telah mengeluarkan satu kenyataan yang menyebabkan bintang tengah itu berang.

‘‘Seorang naib presiden senat Itali telah berkata bahawa pasukannya menewaskan sebuah pasukan yang diwakili orang kulit hitam, beragama Islam dan komunis, bukankah ia lebih teruk (daripada hantukan saya)?

‘‘Tidakkah anda fikir ia serius? Ia mengejutkan saya. Tindakan saya mengejutkan tetapi bagi saya, itu lebih teruk. Apabila anda mendengarnya, ia menyakitkan,” kata Zidane.

Calderoli, pemimpin sayap kanan parti Liga Utara yang popular, Selasa lalu berkata demikian ketika memuji kejayaan Itali ke atas Perancis dan menganggapnya sebagai ‘satu kejayaan bagi jati diri Itali’.

‘‘Apabila saya berkata, pasukan Perancis mengandungi orang kulit hitam, beragama Islam dan komunis, saya bercakap satu perkara yang jelas dan terbukti,” kata Calderoli.

Sambil membangkitkan soal agama dan warna kulit, dia juga menambah: ‘‘Perancis ialah sebuah negara pelbagai kaum kerana sejarah penjajahannya yang tidak membanggakan saya.

‘‘Bukan salah saya jika ada orang yang hairan melihat sebuah pasukan yang membariskan tujuh orang kulit hitam daripada 11 pemain...,” katanya.

Tidak semua orang di Perancis menyokong Zidane termasuk akhbar mingguan bersayap kanan, Minute.

‘‘Selamat tinggal si biadap,” tulis akhbar itu di muka depannya.

Akhbar tersebut mulanya menyiarkan satu artikel menanyakan pembacanya, sama ada Perancis memiliki terlalu ramai orang berkulit hitam dalam pasukan sambil mendakwa bahawa pasukan itu menjadikan masyarakat lain di dunia berpendapat bahawa orang Perancis berkulit hitam sedangkan anda kerap menemui ramai yang berkulit putih. – AFP

Bacaan lanjut: http://www.utusan.com.my

Why Today I Wear My Zidane Jersey

A BUZZFLASH GUEST CONTRIBUTION
by Dave Zirin

Imagine Michael Jordan in his last game, with the score tied in overtime, knocking out his defender with a punch to the throat. Imagine Derek Jeter in game seven of the World Series, at bat with the bases loaded, thrashing the opposing team's catcher over the head with his bat. Our collective shock would only be exceeded by disappointment. No one, fan or foe, would want to a see a great player end their career in an act that speaks to the worst impulses of sports: when hard competition spills over into violence.

Now imagine if Jordan and Jeter claimed they were provoked with a racial slur. Does their violence become understandable? Even excusable? Herein lies the case of French National team captain, the great Zinedine Zidane.

Zidane, competing in his last professional match, was kicked out of the World Cup final in overtime for flattening Italian player Marco Materazzi with the head-butt heard around the world.

Zidane, or Zissou as he is known, became the first captain ever ejected from a World Cup championship match. The announcers denounced Zissou for committing a "classless act and the French team withered, eventually losing to a demonstrably inferior Italian squad in overtime. The following morning the international tabloids with their typical grace, gave Zissou a new nickname: "butt-head."

Less examined was the fact that Zissou was literally carrying a lightly regarded French team to the finals. Less examined was the fact that Zissou had been grabbed, kicked, and fouled all game by the vaunted Italian defense. Less examined was the fact that Zissou had almost left minutes earlier due to injury, his arm wilting off his shoulder like a wet leaf of spinach. This unholy amount of pressure is the primary reason the 34-year-old veteran snapped and planted Materazzi into the pitch.

Now the great mystery is what set Zissou off. What could Materazzi have possibly said to send him over the edge? Answers are beginning to filter out.

According to a FIFA employee transcribing what was said during the match, Materazzi's called Zissou a "big Algerian shit."

A Brazilian television program that claims to have used a lip-reader said Materazzi called Zissou's sister "a whore." The highly respected French anti-racist coalition SOS Racisme issued a press release stating, "According to several very well informed sources from the world of football, it would seem [Materazzi] called Zissou a 'dirty terrorist'."

Materazzi, in an answer that can only be called Clintonian, said, "It is absolutely not true. I didn't call him a terrorist." Of course he didn't comment on what he did call him. Zissou himself has only said cryptically that he would reveal what Materazzi said "in the coming days."

Right now, we do not know beyond a shadow of a doubt what was said but all the circumstantial evidence points at least toward a variant of SOS Racisme's claim.

Zissou is the son of Algerian immigrants who has sparred verbally with Europe's far-right political machine for more than a decade. He is an outspoken anti-racist on a team that has defined itself by its multiculturalism and stubborn insistence to stand up against bigotry both inside and outside the sport.

Materazzi on the other hand, will be playing this year for the Italian team Lazio, where his father was the former coach. Lazio's fan club, The Ultras, are notorious for their Fascist-friendly politics. Lazio's hardcore Ultras, known as the "Irriducibili," have members in Italy's extra-parliamentary far right and try to use the club to recruit. The group has frequently uses racist and anti-Semitic banners, one time hanging a 50-foot banner that said their opponents were a "team of niggers."

It's wrong to taint Materazzi for the actions of Lazio's fans, but there is more. Earlier this season in a match that pitted Messina against Inter in Sicily, Messina's star African player Marc Zoro famously picked up the ball and walked off the pitch in protest of the monkey chants rained upon him by Inter supporters.

In a stirring act of solidarity, many of the Inter players immediately showed support for Zoro's actions. But one opponent yelled, "Stop that, Zoro, you're just trying to make a name for yourself." That opponent's name was Marco Materazzi.

At the start of this tournament I wrote a soccer column with my colleague John Cox, called Racism Stalks the Cup. We expressed our concern that the monkey chants, banana peels, and peanuts raining down on African players this year would continue on the sport's grandest stage. This largely did not occur.

But then in the final act, at the moment of most exquisite tension, it seems racism may have actually emerged from the shadows. I, for one, am damn glad that when it did, it ran smack into Zissou's beautiful head.

We don't know with iron certainty what Materazzi said, but if it turns out to be more of the anti-Black, anti-Muslim, garbage that has infected soccer like a virus, the Italian team should forfeit the cup. They should voluntarily give the greatest trophy of them all back to FIFA as a statement that some things in this world are more important than sports.

Racism will be the death of soccer if things don't change. Italy can set the sport back on course, with one simple, stunning gesture.

Give the damn thing back.

A BUZZFLASH GUEST CONTRIBUTION

Dave Zirin is the author of "What's My name Fool?": Sports and Resistance in the United States (Haymarket Books). You can receive his column Edge of Sports, every week by e-mailing edgeofsports-subscribe@zirin.com. Contact him at whatsmynamefool2005@yahoo.com.

Keterangan lanjut: http://buzzflash.com/

Rela ditumbuk daripada dicaci

PARIS - Misteri Zinedine Zidane masih belum telerai. Dalam komen sulung yang dinanti-nantikan sejak perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia, ketua pasukan Perancis itu hanya menjelaskan sebahagian daripada sebab mengapa dia menghantuk pemain Itali, Marco Materazzi: Cacian kesat berulang terhadap ibu dan adik perempuannya.

Bagaimanapun Zidane tidak menjelaskan secara terperinci apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Materazzi, yang sebelum ini bersumpah tidak pernah mencaci ibu Zidane.

Tenang dan bercakap lembut, Zidane berkali-kali memohon maaf kepada peminat, terutama kanak-kanak dalam temu bual kelmarin - tiga hari selepas kejadian ganas itu berlaku.

‘‘Apa pun, saya hanya manusia,” kata Zidane.

Pemain tengah berusia 34 tahun itu tidak menyesal dengan hantukan yang telah mengakhiri karier profesionalnya selama 18 tahun.

‘‘Saya memberitahu diri sendiri, jika kejadian sebegini berlaku, ia disebabkan ada `sesuatu’ di luar sana yang menetapkannya begitu.

‘‘Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku, saya menerimanya,” katanya kepada televisyen TF1.

Zidane enggan menjawab soalan tentang apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Materazzi.

‘‘Saya lebih suka rahang saya ditumbuk daripada mendengarnya,” katanya kepada saluran Canal Plus, sambil menegaskan bahawa bahasa Materazzi ‘amat kesat’ dan dia mengulangi cacian itu berkali-kali.

Zidane dan Materazzi berbalas cakap selepas Itali mematahkan satu serangan Perancis. Beberapa saat kemudian, Zidane membongkokkan badan dan menyondol dada Materazzi, menyebabkan dia rebah di padang.

Ketua pasukan Perancis itu bagaimanaoun menegaskan, dia tidak menyesal dengan perbuatannya itu ‘kerana ia membuktikan apa yang diperkatakan oleh Materazzi adalah benar.’

‘‘Tindakan saya tidak boleh dimaafkan tetapi mereka mesti menghukum pihak sebenar yang bersalah dan orangnya ialah yang mencetuskannya,” katanya.

Materazzi pernah mengakui dia mencaci Zidane tanpa menjelaskan secara khusus.– AP

http://www.utusan.com.my

Akhirnya dia bersuara!!



Saya tak nafikan hampir menitis airmata melihat Perancis tewas tempohari. Tewas kerana ia berakhir dengan penalti - sesuatu yang suakr untuk diterima. Dan kerana Zidane juga. Ya! Zidane.

Saya pasti ada sesuatu yang menyebabkan dia bertindak begitu. Maka sejak berakhirnya WC2006, bermacam telahan yang timbul dan andaian dibuat. Zidane tutup mulut, enggan berbicara tentang itu. Ada yang simpati, ada yang mencemuh. Tetpi yang pasti, namanya tetap dianggap sebagai satu lagenda yang pernah mewarnai dunia bolasepak.

Tak perlu saya hurai panjang. Entri seterusnya ini adalah beberapa jawapan terhadap tindakan Zidane yang sempat saya cari. Ini adalah sebahagia, kerana saya dan pasti,ada sebab di sebalik tindakannya itu

Khamis, Julai 13, 2006

Salam untuk semua

Bayu dari Sabah ternyata menyegarkan.

Sebelum bertolak, saya sempat menghadiri bengkel PTS dan Sifunya, Pn Ainon hadir memberikan kuliah berapinya. Saya berjumpa beliau dan menyatakan betapa saya buat beberapa minggu mahupun bulan merasa sedikit tertekan kerana tidak mampu mengotakan janji untuk menyiapkan manuskrip seperti yang dihadapkan. Pelbgai perakra yang menghalang dengan semangat turun naik yang ada pasang-surutnya. Namun, nasihatnya cukup mudah dan ringkas.

"Buat blog dan publishkan. Bagi orang lain baca"

Dan sepanjang penerbangan 2 jam 30 min itu saya rasa terlalu lama. Saya tahu ini pertama kali saya terbang dan trkial-kial, tapi kata-kata Pn Ainon bermain-main di telinga. Sebaik di mendarat di KKIA dan tiba di banglo yang menjadi tempat saya menginap buat beberapa hari, saya tidak boleh tidur! Terus saya capai laptop dan mengedit itu ini.

Hasilnya? lawatilah blog terbaru saya di http://www.kisahseributeladan.blogspot.com/
Semoga isi didalamnya akan lebih menceriakan hidup kita. Saya rasa kerja menjadi lebih mudah dan lebih fokus. Terima kasih Sifu!

Sehubungan itu, saya memohon sebarang komen bagi memantapkan lagi gaya persembahan dan penulisan. Moga ada kebaikan yang timbul darinya.

Selamat membaca!

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...