PARIS - Tokoh bola sepak dunia menganggap ketua ketua pasukan Perancis, Zinedine Zidane tidak bersalah selepas pemain itu meminta maaf secara terbuka di televisyen kerana menghantuk pemain Itali, Marco Materazzi.
Zidane, 34, membuat kenyataan pertamanya mengenai insiden perlawanan akhir Piala Dunia itu menerusi stesen TV Canal+ dan TF1 di Perancis.
Walaupun bintang tengah Real Madiri itu tidak menyesali tindakannya ketika meminta maaf, namun dunia bola sepak Perancis tetap memberi sokongan kepada pemain pujaan mereka itu.
‘‘Kami dapat merasakan dia amat kecewa kerana dia sepatutnya disanjungi selepas perlawanan jika insiden itu tidak berlaku. .
‘‘Dia seperti tersinggung apabila melihat kad merah. Dia mengakuitidak bersalah dan anda juga harus memaafkannya,” kata bekas jurulatih Perancis, Michel Hidalgo.
Bekas rakan sepasukannya pada Piala Dunia 1998, Bixente Lizarazu turut berkata, Zidane mesti diampunkan.
‘‘Amat penting baginya untuk menjelaskan sendiri insiden itu dan meminta maaf.
‘‘Selepas kejadian itu (hantukan) yang tidak sepatutnya dilakukan, bagus jika dia bercakap tentang provokasi dan anda perlu menghukum kedua-dua pemain, pencetus dan pembalas,” kata Lizarazu.
Zidane turut mahukan Materazzi dihukum, biarpun mengakui bahawa dia memang wajar dibuang padang kerana serangan itu.
Katanya, adalah tidak adil jika pemain Itali itu terlepas biarpun dengan dada yang lebam kerana tindakannya dalam insiden tersebut.
Seorang lagi bekas pemain antarabangsa Perancis dari 1982 dan 1986, Alain Giresse berkata, orang ramai tidak boleh mengharapkan semua pemain bola sepak menjadi sempurna.
‘‘Kita tahu dia seorang yang amat merendah diri dan tenang, tetapi dia juga mempunyai perasaan marah. Zidane baik, mudah tersenyum dan tampan, itu sudah sempurna asasnya,” katanya.
Menteri Belia dan Sukan, Jean-Francois Lamour berkata: ‘‘Kata-kata Zidane itu memang kita nantikan. Terutamanya permohonan maaf kepada kanak-kanak, guru dan sukarelawan.”
Matezarri sebelum ini dilaporkan telah mencaci Zidane dengan kata-kata perkauman, merujuk kepada keturunan Algeria Zidane dan pengganas Islam Arab, namun ia dinafikan oleh kedua-dua pemain.
Bagaimanapun kelmarin, seorang ahli politik Itali, Roberto Calderoli telah mengeluarkan satu kenyataan yang menyebabkan bintang tengah itu berang.
‘‘Seorang naib presiden senat Itali telah berkata bahawa pasukannya menewaskan sebuah pasukan yang diwakili orang kulit hitam, beragama Islam dan komunis, bukankah ia lebih teruk (daripada hantukan saya)?
‘‘Tidakkah anda fikir ia serius? Ia mengejutkan saya. Tindakan saya mengejutkan tetapi bagi saya, itu lebih teruk. Apabila anda mendengarnya, ia menyakitkan,” kata Zidane.
Calderoli, pemimpin sayap kanan parti Liga Utara yang popular, Selasa lalu berkata demikian ketika memuji kejayaan Itali ke atas Perancis dan menganggapnya sebagai ‘satu kejayaan bagi jati diri Itali’.
‘‘Apabila saya berkata, pasukan Perancis mengandungi orang kulit hitam, beragama Islam dan komunis, saya bercakap satu perkara yang jelas dan terbukti,” kata Calderoli.
Sambil membangkitkan soal agama dan warna kulit, dia juga menambah: ‘‘Perancis ialah sebuah negara pelbagai kaum kerana sejarah penjajahannya yang tidak membanggakan saya.
‘‘Bukan salah saya jika ada orang yang hairan melihat sebuah pasukan yang membariskan tujuh orang kulit hitam daripada 11 pemain...,” katanya.
Tidak semua orang di Perancis menyokong Zidane termasuk akhbar mingguan bersayap kanan, Minute.
‘‘Selamat tinggal si biadap,” tulis akhbar itu di muka depannya.
Akhbar tersebut mulanya menyiarkan satu artikel menanyakan pembacanya, sama ada Perancis memiliki terlalu ramai orang berkulit hitam dalam pasukan sambil mendakwa bahawa pasukan itu menjadikan masyarakat lain di dunia berpendapat bahawa orang Perancis berkulit hitam sedangkan anda kerap menemui ramai yang berkulit putih. – AFP
Bacaan lanjut: http://www.utusan.com.my
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan