Khamis, Julai 20, 2006

Kes Murtad Azlina Jailani (Lina Joy) - Penerangan & tindaka

*Kiriman e-mel dari sahabat saya. Nampaknya, dia semakin serius!!


Assalamualaikum

Untuk makluman anda, ini adalah antara intipati hasil mesyuarat dan diskusi yang dibuat semasa perjumpaan di kalangan peguam2 muslim dan NGO Islam pada 12 Julai lepas di Bangunan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Isu di hadapan anda ini teramat penting dan jauh lebih mustahak untuk anda perbincangkan kerana ianya melibatkan kedaulatan Islam, ketuanan melayu dan maruah ummah secara keseluruhan.

Saya difahamkan bahawa akan diadakan suatu perjumpaan atau majlis penerangan di Masjid Wilayah Jalan Duta pada Ahad, 23 Julai 2006 pada jam 9pagi. Sila hadir memberikan sokongan moral.

Saya juga menyeru anda semua untuk kita sama-sama bersolat hajat dan memohon bantuan Allah agar permohonan Lina Joy di Mahkamah Persekutuan ditolak oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan secara majoriti.

Sila sebarkan untuk makluman sahabat-sahabat muslim yang lain.

Ahmad Nazery Shamsudin
Peguambela dan Peguamcara
Kuala Lumpur


*Dokumen yang disertakan dalam file WORD. Saya tak tahu cara download word untuk dipublishkan, tetapi post pengumuman ini saya kira memadai.

2 ulasan:

Puan Ainon Mohd. berkata...

Buatlah chatbox, cikpuan!

Norziati Mohd Rosman berkata...

BAiklah Sifu!

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...