Sabtu, Julai 29, 2006

Berita pendek

Gelombang kemarahan rakyat -- 10,000 tuntut Setiausaha Negara AS dengar bantahan terhadap keganasan Israel
KUALA LUMPUR 28 Julai – Rakyat Malaysia, tanpa mengira agama hari ini bersatu dalam gelombang kemarahan ke atas kuasa besar Amerika Syarikat (AS) kerana ‘berpeluk tubuh’ melindungi Israel yang bermaharajalela membunuh penduduk Lebanon dan Palestin.


Palestin, Lebanon terus bermandi darah


BEIRUT 28 Julai – Israel terus menggempur bumi Lebanon dan Palestin dengan melancarkan serangan udara dan bedilan peluru berpandu secara lebih agresif hari ini - membunuh 40 penduduk awam. Serangan itu telah meragut 29 nyawa penduduk Palestin, 11 rakyat Lebanon termasuk di kalangan warga emas dan kanak-kanak.

Ini menjadikan keseluruhan angka kematian penduduk Palestin sejak rejim itu melancarkan serangan pada 25 Jun lalu mencecah ke angka 145 orang manakala di Lebanon yang masuk hari ke-17 hari ini sejak dilancarkan serangan pada 12 Julai lalu pula mengorbankan seramai 456 orang.


Lagi demonstrasi kutuk Israel hari ini

KUALA LUMPUR 27 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO menyeru rakyat Malaysia bersama-sama meluahkan kemarahan terhadap keganasan berterusan rejim Israel ke atas Lebanon dan Palestin dengan menyertai perhimpunan raksasa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini esok.(Sabtu)


Gencatan senjata sukar dipersetujui – PBB

PARIS 28 Julai – Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Asia Barat, Terje Roed-Larsen menyatakan agak sukar untuk mempersetujui gencatan senjata dalam konflik di Lebanon tanpa pembabitan Iran dan Syria, dua negara yang menyokong pejuang Hizbullah.


Yahudi rancang ranapkan rumah Palestin

BAITULMAQDIS 28 Julai – Rejim Yahudi merancang untuk meranapkan rumah- rumah Palestin dan binaan lain di Genting Gaza berdekatan sempadan Israel untuk menghalang pejuang Palestin daripada menggunakannya sebagai tempat berlindung bagi membina terowong untuk melancarkan serangan dan menyeludup senjata.


Beirut tuduh AS gagalkan usaha gencatan senjata
BEIRUT: Akhbar di Beirut semalam menuduh Amerika Syarikat “membunuh” sidang antarabangsa mencari gencatan senjata konflik Hizbullah-Israel manakala negara Yahudi itu pula menganggap kegagalan itu memberinya “lampu hijau” untuk terus mengganas.



Israel bedil sesiapa saja
BEIRUT/GAZA: Kempen ketenteraan Israel di Lubnan dan Gaza hanyalah pentas bagi negara Yahudi itu menunjukkan ‘kuasanya’ dan betapa mudah membunuh penduduk Arab Lubnan serta Palestin tanpa perlu risau akan dikritik, jauh sekali dikenakan tindakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Hizbullah semakin dapat sokongan

BEIRUT: Pengeboman berterusan Israel di selatan Lubnan dalam usaha menghancurkan pergerakan Hizbullah sekadar mengukuhkan pergerakan itu terutama kedudukan pemimpinnya, Sheikh Hassan Nasrallah.


Semua berita pendek ini boleh dibaca sepenuhnya di Berita Harian dan Utusan Malaysia

1 ulasan:

Unknown berkata...

Ramai yang bersangka sekadar berkumpul dan menulis berita sahaja tidak akan membawa apa-apa pengertian...ini tanggapan yang silap!
Iman di buktikan sekecil-kecil rasa dengan menyimpan perasaan benci namun terlebih baik jika di terbitkan oleh kewarasan dengan mengumpul kekuatan untuk mengubah merangka meluaskan persefahaman membuka seluas ruang agar di buktikan bahawa Muslim bukan Penjenayah, Muslim bukan Pengganas, Muslim bukan Penindas Muslim bukan berpura-pura berdalih kata, Muslim bukan sekadar berani mengangkat senjata bahkan Muslim adalah ummah terbaik di sisi Allah yang di janjikan syurga jika mati mempertahankan agama bukan mati yang hanya di kebumikan bersisa daging menjadi tulang...

Pelapor media cetak eletronik dan media berperanan besar tanpa batas keyakinan, mengambil tempat bersama rakyat memastikan benarkah demokrasi yang di julang selama ini benar-benar adil saksama atau hanya sekadar sesuai untuk satu-satu ketika satu-satu saat sahaja? Berani kerana benar takut kerana sedia berserah.

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...