Sabtu, November 04, 2006

Tunas Cipta - November 2006



Inilah dia rupa majalah Tunas Cipta yang bakal dikuburkan. Sudahkah anda buat surat bantahan?

Cerpen saya berjudul 'Takbir pada Akhir Ramadan' disiarkan dalam edisi ini. Saya sendiri belum berkesempatan mendapatkan majalah ini. Susah sangat! Kalau tak kerana kedai mamak di belakang pejabat saya, sudah tentu saya terpaksa ke Koperasi DBP hanya untuk mendapatkan majalah ini.

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, percubaan kedua berhasil. Selepas ini, saya tidak pasti kemana karya saya akan pergi. Begitu juga dengan sahabat pengkarya yang lain.

~Ruang kita semakin sempit~

5 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum Sdri Ziati,

Indah membisik rasa berbicara jiwa
Terasa yakin seiring langkah rasa ceria
Berubah wajah namun masih kata-kata mesra serupa
Tahniah kerana jingga antara warna kegemaran saya
Juga ungu yang meredup mata.

Madu dan racun andai terhidang sedulang akan samakah maksudnya?
Sempit biar pun pada had yang membatas ruang andi benar niatnya tidak akan ada yang dapat menghalang.Kini dunia berdimensi serentak senada memercukan kasih sayang, akan terkilan andai kita tertinggal oleh himpunan alasan. Arus yang deras membanjiri dunia kini melimpahi jiwa setiap insan yang menghukum mahukan penyatuan berbaur keamanan juga perpadu jasad dan roh kembali ke fitrah ciptaan.Rububiatullah bukan boleh bersamaan dengan keinginan hasrat hati manusia.Uluhiatullah tidak pula membuatkan kita di ambang kemunduran! Syumulnya tidak terpisah untuk dipilih menurut cita rasa bagi menghindar resah... fahamkah anda? Makna yang lain adilkah andai mempergunakan Islam untuk kaedah penyelesaian masalah yang berpunca dari kesilapan memilih cara mengurus tadbir? Bolehkah budaya sahaja mengangkat jati diri manusia... dengan bahasa sahaja interaksi menghubungi kita?
Memang boleh namun sudut hati ditempa rasa sepi kerana tidak dihuni cinta Ilahi. Bolehkah politik ekonomi dan sosial terpisah dicerakinkan dari kegiatan hidup manusia? Mustahil.
Makanya dikira mustahil andai meminggir agama dari urusan negara kerana agama mengikat manusia untuk saling bersaudara.Buktinya mengapa semakin bertamadun manusia semakin tersembunyi kemanusiaan dari diri kita. Kekasih Allah SAw berpesan : Mahukah kamu aku memberitahu dengan apa Allah akan memuliakan dan meninggikan darjat kamu? Di jawab mahu oleh sahabat. Kamu menyantuni mereka yang melupakanmu, kamu memaafkan orang yang menzalimimu, kamu memberi kepada orang yang menahanhakmu, dan kamu menjalinkan hubungan orang yang memutuskan ikatan persaudaraan denganmu. Ini sifat toleransi di dalam Islam yang membudayakan kesantunan budi bahasa... Berapang dadakah kita ?

abiumar berkata...

Assalmaualikum...

Terima kasih jenguk blog saya... Bleh ajar saya menulis. Saya abru belajo.

Tq

Norziati Mohd Rosman berkata...

Thanaif: Sesekali tukar baju. Blog ni pun nak beraya

Ustazmuda: kalau dah ada blog tu, kira dah boleh menulislah hehe

afna-z berkata...

salam..
kalau terkubur tak tahulah kat mana saya nak hantar sajak lagi...

Nisah Haji Haron berkata...

Salam,
Sah! Tunas Cipta Disember 2006 adalah keluaran terakhir. Kepada yang rasa ruang penulisan ini sudah 'disempitkan', buatlah sesuatu! Suara rasa daripada penulis muda tentu sahaja lebih memberangsangkan pihak pengurusan DBP. Mungkin ada yang berkata ini sudah tidak berguna lagi kerana keputusan sudah dibuat. Tetapi jika benar Tunas Cipta akan ditalkinkan sekalipun biarlah mati melawan!

Pun, kita perlu yakin bahawa tiada sesuatu pun yang pasti dalam hidup ini kerana semuanya kerja Tuhan. Segala kita berusaha dan bertawakkal, insya-Allah Dia akan membantu.

ikhlas,
Nisah Hj Haron

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...